Sejarah Makanan Cina Malaysia Untuk Kita Tahu

Tuesday, December 08, 2020

 


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA


Hi korang. Hari ni aku nak kongsikan a little bit of asal usul Chinese Food di Malaysia. Siapa tak suka Chinese Food kan? I love it! Korang nak tahu tak bagaimana Chinese Food ni mula berakar umbi di Malaysia dan sebenarnya ia sangat dekat dengan culture dari negara asal makanan itu sendiri.

Sejarah Chinese Food di Malaysia ini bermula pada abad ke-15 apabila Puteri Hang Li Po yang dihantar oleh Maharaja Ming Zhengtong dipersembahkan sebagai isteri kepada Sultan Mansor Syah dari Kesultanan Melaka. Puteri Hang Li Po hadir bersama-sama dengan 500 pekerja yang mana mereka ni kemudiannya membina penempatan mereka di sebuah kawasan yang pada hari ini biasanya disebut sebagai Bukit Cina. Tempat ini secara amnya telah diakui sebagai salah satu bukti kehadiran dan wujudnya penempatan orang Cina di Asia Tenggara. Petempatan Cina terus berkembang pesat setelah Portugis menawan Melaka pada tahun 1511. Wow. Tahun 1511 tuuuu. Aku belum lahir lagi! 

Bertahun kemudian, penempatan awal orang Cina di Melaka ini semakin bertambah apabila banyak pedagang Cina dari Fujian dan Guangdong datang. Sebilangan besar dari mereka ini berkahwin dengan wanita Melayu dan secara automatiknya they become one of us contohnya macam dengan cara mereka berpakaian dan juga makanan mereka. Untuk pengetahuan korang juga, bukti mengenai tradisi keagamaan Cina di Malaysia ini terdapat di kuil Cheng Hoon Teng Melaka, yang dibina pada tahun 1645 sejurus selepas penaklukan oleh Belanda. Pada zaman pentadbiran Inggeris  di Tanah Melayu pada abad ke-19, pedagang Cina ditemui di kebanyakan bandar besar di kalangan Kesultanan Melayu.

Budaya orang Cina Malaysia adalah Baba Peranakan yang mana terdapat di bandar-bandar pelabuhan seperti Pulau Pinang dan Melaka. Mereka ini hampir tidak dapat dibezakan dari orang Melayu tempatan kita kecuali agama mereka dan penggunaan daging babi dalam makanan mereka. Orang-orang Baba Peranakan ini juga mengadaptasi beberapa hidangan Belanda dan Portugis ke dalam masakan mereka, mixing it up with Chinese and local ingredients and then, menghasilkan masakan Baba Nyonya yang kini sangat terkenal  di Singapura dan Malaysia. 



So, today, kalau tiba-tiba tekak kita terasa nak makan Chinese Food, tak perlu dah nak bersusah payah beli macam-macam bahan nak masak. Kalau tak ada masa nak masak, order online je senang! Zaman sekarang ni banyak restoran dan kedai makan kat luar sana yang menyajikan dan jual Chinese Food tau. Tak tahu nak order kat mana? Senang je! Korang boleh semak di FoodPanda dan banyak pilihan korang akan jumpa! Apa yang best adalah korang akan jumpa banyak Muslim Chinese Food dan semestinya halal, bersih dan selamat.

Siapa suka Chinese Food angkat tangan! Hehe


You Might Also Like

5 COMMENT


  1. Hai,jemput join GA saya :)
    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. dulu best jer kalau ada lakonan masa skolah rendah, berebut smua nak jadi puteri hang li po sbb dia cantik .. bak kata2 org

    ReplyDelete
  3. Kalau mee curry kat kedai cina halal sedap wooo :)

    ReplyDelete
  4. uishhhh lapar pula lepas baca entry ni hahaha

    ReplyDelete
  5. Tak pernah makan makan chinese muslim ni.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.