8 Top Picks KFC Menu in Malaysia
Tuesday, August 25, 2020Tajuk : 8 Top Picks KFC Menu in Malaysia
Sebagai salah seorang warga negara Malaysia, saya sendiri sedia maklum yang KFC merupakan salah satu restoran jenama makanan yang sudah lama popular. Baik kecil besar tua muda semuanya kenal dengan nama KFC. Kehadiran Kentucky Fried Chicken ini boleh dianggap sebagai salah satu jenama makanan terbaik dalam hal makanan segera.
Diasaskan oleh Kolonel Harland Sanders yang mula menjual ayam goreng pada usia sudah warga emas di negeri Kentucky, KFC pada masa itu sama sekali tidak dikenali namun Kolonel Sanders tetap tidak berputus asa.
Tahukah juga anda, yang beliau pernah hampir ingin membunuh diri akan tetapi pada hari ingin membunuh diri itulah beliau akhirnya bertukar kepada menulis apakah perkara yang ingin beliau lakukan di saat usia sudah dalam golongan emas tersebut. Disebabkan beliau ada kepakaran dalam bidang masakan maka beliau cuba mencipta menu ayam goreng sendiri dan dari situlah terjadinya KFC yang kini telah berstatus sebagai salah satu syarikat terbesar di dunia.
Ketika mula-mula mula menjual ayam itu, dia berdebat dengan pesaing. Dia kemudian membeli sebuah hotel yang terbakar hingga membinanya semula sebelum ia ditutup kerana perang dunia ke 2. Setelah perang selesai, dia cuba memberi francais restorannya tetapi resepinya ditolak sebanyak 1,009 kali.
Berkat tidak putus asa, kini restoran tersebut sudah bernilai jutaan di peringkat antarabangsa dan telah diterima dengan sepenuh hati oleh setiap pelanggan yang termasuklah di Malaysia ini.
Seiring dengan masa yang berlalu, menu-menu di KFC juga sudah ada pelbagai pilihan namun menu tetap ayam KFC sentiasa mengekalkan rasa asli dengan resepi tradisi turun temurun dari Kolonel Sanders. Jika ingin disenaraikan semua menu KFC memag banyak, dan antara 8 menu paling popular yang sering dipesan oleh pelanggan dalam Malaysia ini adalah seperti yang di bawah.
8 Menu KFC Yang Paling Top di Malaysia
#1- Zinger One Box Meal
Zinger One Box Meal ni adalah antara menu terbaru yang dikeluarkan oleh KFC dan memang mendapat sambutan yang baik seperti selalu. Menu ini memang sesuai untuk mereka yang jenis suka pesan menu pakej sebab malas nak pesan banyak-banyak ataupun susah nak pilih. Memang tak boleh nak dinafikanlah sebab menu KFC ni semuanya best belaka.
Zinger One Box Meal ni ada tiga jenis pilihan sama ada nak burger zinger yang klasik, cheezy ataupun spicy BBQ. walaupun burger dia lain-lain, tapi harga dia tetap sama. Selain daripada burger, amda akan dapat juga beberapa jenis makanan yang lain macam ayam, coleslaw, minuman, nuggets dan air. Memang berbaloi.
#2- Zinger Cheesy Wedges Combo
Kalau yang tadi Zinger One Box Meal, yang ni Zinger Cheesy Wedges. Menu ni cuma Zinger Burger, Cheesy Wedges dan minuman je. Dari segi harganya, ianya lagi murah. Kalau anda jenis yang tak makan banyak sangat, boleh pesan menu ni bila singgah dekat mana-mana KFC nanti. Sama macam Zinger One Box Meal tadi, anda boleh pilih salah satu antara tiga jenis Zinger Burger yang ditawarkan.
#3- Bucket Berbaloi
Jika anda mempunyai jumlah ahli keluarga yang ramai, anda boleh order menu Bucket Berbaloi ini kerana jika dibandindingkan antara beli set lain dengan set ini, ternyata set ini jauj lebih murah dan berbaloi-baloi. Memang set ni sangat-sangat menjimatkan. Dalam set ni, anda akan dapat cheezy wedges, kentang putar, minuman dan ayam goreng. Ayam goreng anda boleh pilih di antara tiga kuantiti, sama ada mahu 6, 10 ataupun 12 ketul. Kena sangat dengan nama dia, memang berbaloi-baloi.
#4- Signature Box
Kalau anda terasa nak makan makanan yang murah tapi mengenyangkan, anda boleh cuba Signature Box. Menu ini didatangkan dengan seketul ayam goreng, Zinger Burger, kentang goreng dan juga minuman berkarbonat. Dari segi harganya pun agak murah dan memang kena dengan gabungan makanan yang dihidangkan secara variasi seperti ini. Kalau dah dapat makan burger dengan ayam goreng, siapa yang tak kenyang kan?
Tapi kalau anda nak yang lagi memuaskan, anda boleh pesan menu yang lain iaitu Stacker Box. Menunya kelihatan lebih kurang sama cuma burger yang diberi untuk kedua-dua hidangan ini adalah sangat berbeza. Untuk Stacker Box, anda akan diberikan Zinger Stacker yang memang ramai cakap cukup boleh kenyang dan puashati.
#5- Classic Rice
Malas nak memasak untuk sarapan? Apa nak risau, KPC kan ada! Gabungan ayam goreng turun-temurun mereka dengan nasi kolonel, disertakan pula sedikit sambal pedas yang direka sendiri oleh KFC dengan satu minuman percuma dihidangkan panas-panas, ini sudah cukup baik! Memang bagus sangat untuk mendapatkan mood pagi sebelum ke tempat kerja ataupun kemana jua.
Menu ini memang telah mendapat banyak pujian daripada para pelanggan terutamanya tentang sambal KFC yang cukup rasanya ini. Tidak begitu pedas dan tidak begitu manis. Sesuai sangat untuk semua lapisan dengan citarasa rakyat Malaysia. Tapi kalau anda rasa seketul ayam masih lagi tak mencukupi, anda boleh pesan 2pcs Classic Rice yang didatangkan dengan dua ketul ayam goreng rangup sedap yang begitu menyelerakan.
#6- Twister Lite Box
Anda rasa kurang berminat untuk makan nasi sebagai sarapan, atau mungkin ingin lari dari kebiasaan. Jika benar, apa kata anda cuba menu sarapan pagi yang banyak ada di KFC ini. Selain dari Classic Rice, anda boleh cuba nikmati menu Twister Lite yang dihasilkan daripada fillet Zinger yang rangup bersama hirisan tomato dan telur hancur yang dibalut di dalam tortila.
Roti tortilla ini pula sangat dan dihidangkan panas-panas. Selain itu, anda juga akan diberikan ayam goreng KFC yang sangat menyelerakan itu. Ada minuman sekali untuk menyempurnakan lagi set ini. sangat-sangat memuaskan hati dengan harganya yang agak murah untuk sarapan yang bertaraf lima bintang begini.
#7- Zinger Stacker Combo
Anda nak raikan hari istimewa dengan si dia? Tak tahu menu apa yang patut dipesan? Nah ini dia jawapannya! Tak kira jika anda ingin makan beramai-ramai, berdua mahupun seorang diri, menu ini tidak akan mengecewakan.
Bagi yang datang makan beramai-ramai tetapi ingin nikmati menu secara berasingan tanpa perlu susahkan sesiapa, set ini adalah sangat sesuai. Malah set ini juga sedang tengah laku sekarang ni. Kalau anda memang jenis yang suka makan sorang-sorang begini, memang kenalah menu ini dengan anda. Itupun kalau korang boleh habiskan sorang-soranglah. Sebabnya menu ini memang sangat-sangat mengenyangkan .
#8- Popcorn Chicken Combo
Untuk makan sampingan pula, anda mesti cuba menu yang satu ni. Ia didatangkan dengan popcorn chicken, kentang goreng dan juga minuman. Kalau anda ni jenis yang suka berbual-bual dengan member lepas habis makan, bolehlah pesan menu ni, barulah seronok sikit nak berbual bila masih ada benda lagi nak dikunyah. Tak adalah kena halau dengan customer lain sebab dah habis makan tapi tak nak bangun-bangun lagi, betul tak?
Paling penting, boleh juga order KFC Malaysia secara atas talian melalui website Foodpanda dan biar Foodfanda deliver makanan yang dipesan secara terus sehingga ke rumah. Dengan cara begini semestinya kita tak perlu nak keluar dari rumah dan kita juga tak payah nak tanggung risiko untuk berada dalam satu masa yang lama pada suatu tempat.
Foodpanda sangat komited untuk misi memudahkan rakyat Malaysia dan mereka juga akan terus bekerjasama dengan rakan kongsi dan perkhidmatan penghantaran seperti KFC untuk memastikan semua pelanggan dapat menikmati hidangan kegemaran dengan mudah.
5 COMMENT
number 1 and number 2! mmg always order
ReplyDeleteKFC ni, tak pernah mengecewakan. Semua makanan dia best best.
ReplyDeletesedappnyaaa kfc
ReplyDeletesemua dlm senarai ni kesukaan nina... memang tertunggu
ReplyDeleteSemuanya favourite tapi yang selalu beli adalah bucket berbaloi sebab berkongsi dengan anak² bulus sekali.. hihi
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.