Tips Travel Untuk Mak-Mak

Thursday, January 30, 2020



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hai korang! Haaa. Cuti Chinese New Year haritu korang jalan mana? Balik kampung? Keluar dgn boypren/ girlfriend? Bercuti dengan keluarga? Atau duduk rumah je tak pergi mana-mana? Or........ Please don't say korang kerja. Please NO. Hahahaa. Kerja tidak akan pernah habis guys. Time cuti, lebih-lebih lagi cuti umum ni, kalau boleh elak untuk bekerja, elakkan lah ya. I know we have to work for living. I know how it's feel to work during weekend, until midnight. Sebab itu aku kata, kalau boleh dielakkan, kau elakkan lah ya kawan-kawanku sekalian. Ingatlah anak bini laki tercinta di rumah. Kalau tak ada anak bini dan suami, ingatlah keluarga atau jiran sebelah rumah. Eh pahal? No I mean kalau kau kerja jeee mesti dah lama tak bertegur sapa dengan jiran-jiran. So time cuti-cuti tu pergi lah tanya khabar jiran tetangga acehhwahh gittew. Pesan sekali suruh tengok-tengokkan rumah time kau pergi kerja tuuu haa tiberrrrr hahahahaa.

Cuti CNY haritu aku berpeluang untuk spend time dengan keluarga dan yang paling penting dengan anak. Aku memang jarang bawak Princess jalan-jalan. Pertama kali aku bawak dia travel pun pergi Putrajaya (bertolak dari Muar). Waktu tu umur dia 3 bulan. Terpaksa sebab aku ada urusan kerja. Fuhhh. First time bawak dia jalan jauh. Tu kira jauh lah jugak kan. Macam-macam ragam.

Kalau diberi peluang lagi nak travel dengan anak ni, I will said yes! Seronok tau! Tapi kita as a mother kena plan dulu. Ko nak harapkan laki kau? Tak payah. Who run the world? Girl!


So kita tak payah pening-peningkan laki kita. We know what best for our family. Jom kita plan ikut anak tekak kita. Ikut suami karang, dia semua okay je. Ke laki aku je? Kahkahh. Laki aku boleh pilih hotel dalam masa tak sampai 5 minit, ko rase? Aku punyalah pilih hotel sampai 3 malam. Kasi kat laki aku, sekelip mata je dia pilih. Tapi pilihan dia selalunya tak menepati kehendak aku sebagai isteri yang banyak cekadak ni kahkahhh. Ampun Sayang. So sudahnya aku jugak yang pilih sendiri. 


Bila kita dah ada family, lebih-lebih lagi bila dah ada anak, itu bukan alasan untuk kita stop travel around the world. Kita boleh je pergi bercuti dengan isteri/suami dan anak-anak. Siapa kata tak boleh? Siapa kata susah nak travel bawak anak? Kita ni SuperMak. Semua boleh hahahaa *bongkak*

Dan boleh gunakan Traveloka as a medium untuk kita booking banyak benda. Sebab dekat Traveloka ni macam-macam ada dan harga yang ditawarkan tu agak berbaloi. So, why not kita try dulu kan untuk yang belum pernah tu. Malahan KLIA Express online booking pun ada dengan Traveloka ni. Harga tiket super berbaloi. Jarang boleh dapat harga yang murah macam yang ada di Traveloka. Kalau korang tak nak naik KLIA Express, korang pun boleh beli cheap airport limo dekat sini. Semestinya harganya sangat berbaloi untuk kita para SuperMak yang selalu inginkan penjimatan maksimum tiap kali bercuti. 

Sebelum Travel:

Rancang percutian dengan keluarga.
  • Nak pergi mana? Kalau tahun lepas kita dah bercuti ikut destinasi yang dipilih oleh suami, why not this year kita bagi isteri pulak pilih? Mungkin dia ada tempat yang dia teringin nak pergi. Atau, bagi anak kita yang pilih tempat mana dia nak pergi jalan-jalan. Lagi adil dan saksama gituu. Kalau tahun ni, anak pertama pilih, tahun depan kita kasi laa anak kedua pulak pilih. 
  • Berapa lama tempoh percutian tersebut? Ia perlulah mengikut kesesuaian. Waktu tu laki ko cuti ke tidak. Ko cuti ke tidak. Anak-anak sekolah ke? Kalau family kau jenis setahun sekali baru dapat bercuti satu keluarga, cuba lah spend lama sikit percutian tu. Bukan selalu pun. Kan?
  • Apa aktiviti nak buat sewaktu percutian? Rancang apa nak buat kat destinasi percutian yang dipilih. Takdelah ko krikkk krikkk kat tempat tu. Segalanya di hujung jari. Google laa sebelum kita pilih destinasi tersebut. Kalau rasa tempat tu hambar dan takde aktiviti best nak dibuat, NEXT. Takut nanti anak-anak bosan pulak.
  • Survey tempat yang dipilih. Bandingkan beberapa tempat pelancongan yang ada dalam checklist korang tu. Jangan main pilih jee. Mana lah tau tetiba tempat tu tengah musim wabak penyakit berjangkit, SILA CANCEL yaa demi keselamatan kita sekeluarga.
  • Bercuti ikut kita punya bajet, bukan ikut trend atau terikut dengan orang lain. Kalau dah plan nak travel awal-awal, dah boleh start buat saving dah. Kita dah boleh bajet nak tido hotel dengan harga satu malam berapa. 

Nak tinggalkan rumah sewaktu bercuti? Sila pastikan:
  • Semua suis ditutup, kepala plug semua dicabut. Kepala tong gas tu cabut, pintu belakang tutup kunci, boleh double security, sendal dengan apa-apa ke. Sebelum keluar rumah check lagi sekali untuk kali terakhir untuk double check.
  • On lampu dalam rumah sekurangnya 1 lampu. Yang ni ada sesetengah orang tak setuju. Korang rasa? Tapi kalau aku, tengok waktu laa. Kadang tu aku on jugak kalau nak jalan jauh ni.
  • Jangan nampakkan sangat rumah kita ni macam nak tinggal lama. Pandai-pandai lah fikir dah beso takkan ni pun aku nak ajar HAHAHAA
  • Maklumkan pada jiran/ ahli keluarga terdekat. Tapi kalau kau rasa dengan jiran pun kau tak percaya, bagitau lah individu terdekat dengan rumah kau, yang kau percaya, minta tolong dia tengok-tengokkan rumah kau. Jangan malu minta bantuan orang.

Tips Nak Travel dengan keluarga:
  1. Sebelum travel, make sure kau bawak plastik untuk baju kotor. Dan make sure bawak lebih sebab takut korang mandi pantai/ kolam dan ada baju basah. Percayalah kataku, time bercuti mesti laki atau anak ko akan tanya, "Mama, ada plastik untuk letak baju kotor tak?" Ko percayalah kataku ini. So kita sebagai SuperMak boleh prepare plastik ni awal-awal. Hahahaa.
  2. Toiletries sila bawa dengan kadar yang mencukupi. Dan jangan lupa sabun mandi dan shampoo anak. 
  3. Pakaian yang mencukupi. Tapi yang ni, kita sebagai SuperMak boleh gunakan kuasa veto kita dengan mengatakan kepada anak dan suami, sila pack pakaian masing-masing. Kalau ada baju tertinggal, takdenya nak beli baju baru waktu bercuti nanti.Ugut lah sikit apa salahnya. Tapi at last aku percaya, korang sebagai Mak-Mak akan double check jugak kan takut ada yang tertinggal atau anak kau pack baju entah apa-apa. HAHAHAAA
  4. Sediakan mini emergency kit. Yang ni aku mmg selalu buat. Paling sedih pun bawak lah minyak angin. Mini emergency kit yang aku maksudkan ni macam panadol untuk sakit kepala ke, panadol yg untuk sakit sendi (mana laa tau karang kita sakit lenguh2 ke sebab pergi hiking), minyak angin, koyok ke, handplast, gaviscon ke, yang kecik-kecik je semua dah memadai. Berguna tauu. Handplast tu kira penting jugak lah sebab takut kaki kita melecet ke, jari luka ke. So lebih baik standby. Entah-entah harga benda tu melambung dua kali ganda kat tempat yang kita nak travel nanti haa siapa tauuu kan.
  5. Sediakan makanan untuk anak-anak, untuk suami. Kalau ada anak kecil, jangan lupa bawak beg yg sejukbeku ke apa entah nama dia tuu. Beg yang boleh simpan makanan frozen anak. Ni kalau anak kita umur bawah setahun yang makan makanan puri/bubur. Letak ice pack banyak sikit dalam beg tu dan jangan lupa juga bawa food warmer. Food warmer ni ada yang boleh on dalam kereta. Tapi ko nak tau tak aku punya socket untuk food warmer, untuk cucuk kat kereta tuuu ilekkk hilang entah kemana. So food warmer anak aku tu aku akan guna kat hotel/homestay jelah. Kalau anak dah besar tuu, standby lah biskut, buah2 ke, air siap2 untuk mereka. Untuk laki kau, standby lah Nescafe ke untuk kasi hilang ngantuk. Untuk kau pulak, standby lah kerepek ubi pedas beli kat Parit Sulong ke herrherher.
  6. Jangan lupa toys anak- Jika anak masih kecil. Mungkin boleh membantu anak untuk behave lebih-lebih lagi jika perjalanan agak jauh dan berjam lamanya.
  7. Standby barang keperluan anak- Susu formula, botol susu, sabun untuk cuci botol susu, thermos untuk air panas, mineral water untuk bancuh susu, wet tissue, pampers, finger food anak-anak, and most importantly, kalau nak bawa anak mandi pool, jangan lupa beli pampers yang memang jenis untuk masuk dalam air punya tuuu. Okay? Takde lah pampers anak kau serap air lepastu berat kemain. Kesian baby. Kat bawah ni contoh swim pampers yang aku beli untuk anak aku. Mmg berbaloi sbb walaupun anak aku berendam lama dalam air, dia tak jadi tebal mcm pampers biasa bila kena air.
  8. Aku sarankan untuk korang double check dengan property owner/ hotel yang kau akan duduk waktu bercuti tu samada mereka ada sediakan iron, hair dryer, kettle, peti ais. Tu semua PENTING sangat bagi aku. Usually aku akan call dulu hotel dan tanya. Sebab tak semua provide. Ada bilik yang tak termasuk pakej peti ais. Ada yang iron kena mintak dulu baru dia kasi. Benda-benda ni akan ganggu percutian tau kalau kita ingatkan ada, sekali rupanya benda tu tak ada. Contoh peti ais. Kalau ada, korang dah boleh standby simpan makanan frozen anak kita dalam tu sejurus jee kita sampai hotel. Sama juga macam iron, ada tempat kita kena mintak dulu baru dia bagi. Itupun pernah jadi dekat dua tiga jam jugak aku menunggu baru iron tu dihantar ke bilik. Fuhh.

EXTRA:
  1. Survey tempat makan mana best is a must okay. Kita taknak mood percutian diselubungi rasa menyesal sebab silap makan kat tempat tak sedap hahahaa.
  2. Elakkan aktiviti lewat malam kalau bawak baby. Lebih baik stay kat hotel je dan order grab food or minta tolong husband pergi tapau makanan. Baby boleh rest, kita pun boleh rest jugak.
  3. Standby power bank supaya korang boleh snap every moment semasa percutian korang nanti. Taknak laa tetiba nak selfie battery handphone mati pulak kannn.

Done already? Okay now mood travel on! Hahahaa. Apapun, kalau betul-betul nak percutian yang berjaya, both husband and wife kena laa mainkan peranan. Jangan semua campak kat isteri, atau semua campak kat suami. Rancang sama-sama. Barulah percutian tu lebih menyeronokkan. Lagi-lagi kalau bawa anak-anak. Lagi meriah kan?





A Family that travels together, Stays together- Jangan jadikan alasan dah kahwin ni tak boleh travel/ jalan-jalan. Jangan jadikan alasan, dah ada anak, takboleh travel/ jalan-jalan. In Sha Allah murah rezeki kalau kita buat family kita happy. Aku pun kalau boleh setahun sekali aku mesti nak spend time dgn anak dan suami. Waktu dia kecik ni lah kita boleh spend time dgn dia banyak2. Dia dah besar, dah sibuk dgn life dia, kita pulak tak dapat nak berjalan dengan dia.

Have a good day korang. Aku doakan urusan korang sentiasa dipermudahkan. Aku harap entry aku kali ni berguna untuk korang semua. Assalamualaikum.








You Might Also Like

11 COMMENT

  1. thanks rai! hehe Kita baru je lps bercuti dgn family. mmg struggle bawak anak tambah anak kecik haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuuu. Tapi lagi seronok bila bawak anak kannn...

      Delete
  2. memang banyak kene plan, persediaan dalam kereta tu untuk sampai memang kene ada, bekalan dalam kereta dan dalam hotel... tempat nk pergi kene survey siap-siap eheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2. sebab tu penting kena plan dulu kalau bawak anak. supaya kita happy, anak pun seronok dgn percutian tuu..

      Delete
  3. waalaikumussalam kak..insyaAllah bulan 2 ni rasanya nak pergi travel jugak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti Rabia.. Have fun! Jangan lupa perancangan sebelum pergi bercuti hehehee

      Delete
  4. Adoi mak-mak sangat. Sejak dah beranak dua ni, tak pernah jalan jauh lagi. Paling jauh pun JB ke Pontian. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah ada anak kecik ni jalan2 jadi lebih mencabar hahaha. Tapi menyeronokkan..

      Delete
  5. saya sangat tabik spring dengan parents yang sangat sabar travel dengan anak2 kecil. saya tengok kazen2 dok prepare barang anak2 kalo nak jalan2.. perghhh.. siap siaga macam nak perang. saya belum dikurniakan kesabaran tu sebab tu x kawen n xdak anak gi hehe..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.