Blogger Challenge Number 1 | Introduction and your recent photo.

Tuesday, July 16, 2019



1. Introduction and your recent photo.


Introduction? Mcm pendahuluan diri lah yedakkk. Alaa tak kenal aku ke hahahaa. Meh aku kenalkan lagi *crying emoji* 

Aku Rrai. Nama penuh Nur Raihanah. Orang Muo. Tapi tak tau pun selok belok Muo sangat hahahaa. Untuk penulisan di blog, mmg aku akan refer diri aku sebagai "AKU". Kepada yang lebih berusia, harap korang tak rasa aku sengaja jadi biadap dengan korang lah eh sbb blog ni hanya sebagai platform untuk aku berkongsi cerita, kongsi apa aku rasa, dan meluahkan perasaan gittewwww. Macam diary. Ko tulis diary bahasa kan diri kau saya ke? Kalau ya, ok sorry pardon me.

Aku dah kahwin. Dah ada anak. Syukur Alhamdulillah. Aku berblog sejak tahun 2012. Tapi blog aku bukanlah di kategori yang baik sbb performance blog aku pun ada pasang surutnya. Dulu aku aktif menaip di blog. Tapi bila aku dah start kerja, terabai kejap blog aku. Hahahaa. Aku pernah berada di satu fasa yang satu hari tak log in blogger ni memang tak sah! Aku pernah berada di satu fasa yang ngadap bloggggg je keje aku hari-hari. Pernah. Bukan tak pernah. Kalau kau tanya aku sayang ke tak blog ni, off course aku sayang! Melalui blog ni lah aku dapat duit poket sikit di zaman aku menganggur dulu HAHAHAHAA. TQ Blog I love youuuuu muah muah!

And hereeeeeee. Recent photo gue.. 



Me and my husband. Jumaat last week. So. Recent photo korang apa? Hahahaa. Pilih yang proper dan menutup aurat lahhh ye if nak join blogger challenge ni.. 


Sekian potpet aku hari ini. Harap esok aku boleh buat entry task kedua pulak. Tataaa!


You Might Also Like

8 COMMENT

  1. hai Rrai.. salam perkenalan. dah lama follow rrai.. bagus jugak buat blogger challenge macam ni.. boleh kenal lebih rapat walaupun dah lama follow.. hehe

    ReplyDelete
  2. Masa zaman Rrai aktif sesangat tu, I was there! Hahahhaa. Selalu singgah sini dulu sebab Rrai banyak update blog pluss iols dah fall in love terokksss dengan design blog Rrai.. Dari dulu hingga sekarang hahaha

    ReplyDelete
  3. Wah.. Nak buat jugalah.. Tengah kekeringan Idea nie nak buh apa kat Blog..

    ReplyDelete
  4. in shaa Allah aida akan join challenge rrai ni.
    sementara takde keje selambak atas meja lagi ni kan.
    aida ni ada byk idea, rrai, just masa nak edit gambar tu yg takde!
    yes lah kan, utk tempek gambar and update blog, kena pilih yg bebetul.
    aurat tu utama.
    kesesuaian tu kedua :)

    ReplyDelete
  5. inspirasi bagi idea nak tulis ni. Hehe, baru letak post challenge je. blur nak tulis apa

    ReplyDelete
  6. Wah mcm seronoknya blog challenge ni :)

    ReplyDelete
  7. akak dah join blogger challenge tu... Feel free to drop by ye http://sheilaarshad.blogspot.com/2019/08/blogger-challenge-1-intro-and-recent.html

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.