Apa benda Bayaran Balik EL TS (N-Tax) ni?
Tuesday, June 25, 2019
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Berdasarkan tajuk pun mesti korang tau kan aku tertanya-tanya apekebende Bayaran Balik EL TS (N-Tax) ni? Hahaha. Harini dah gaji kan kan. Aku bab duit biasa laa kurang sikit opkos aku perasan. Maklumlah hidup pun cukup makan Alhamdulillah. Aku perasan kat slip gaji bulan ni ada tolak RM 133.87 untuk Bayaran Balik EL TS (N-Tax). Mula-mula aku mcm malas laa nak tanya bahagian kewangan. Tapi tu duit aku kot? Aku berhak hokeh tahu kemana dia pergi menghilang dari akaunkuuu hahahaa. *Rrai kedekot*
Rupanyaaaaa. Tu duit utk cola (Bantuan Sara Hidup) punya. Yelahh dulu kerja kat Putrajaya. Cola dapat RM 300. Bila pindah Melaka, cola sini RM 250 sahaja. Kuiikui. Itu ghupenyeeee. Aku dah mula laa fikir adoi kenapa laa kena tolak duit ni. Kena itu ke kena ini ke. Overrrrr.
Apapun doakan lah aku dan suami dimurahkan rezeki supaya kami dapat sempurnakan segala keperluan dan kelengkapan anak kesayangan kami tu. Hehee. Harap-harap aku dapat lah beri apa anak aku nak. Tapi jgn demand sangat ye anak. Mama punya gaji bukan mcm Dato Alippp yee hahahaha. Mintak barang Eco takpe. Hehehe
Have a nice day korang. Aku doakan korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan korang. Untuk sesiapa yang baca entry aku ni, ingatlah, dalam hidup ni memang ada jatuh dan bangunnya. Yang penting, kita kena sentiasa bangun dan majukan diri kita. Apa anasir negatif lemparkan, jangan biarkan aura negatif tu masuk dalam kepala kita. Okay?
Assalamualaikum :D
8 COMMENT
Kalau Rai tak share, kak sha pun tak tahu.. hehehe..
ReplyDeletenak tanya, elaun ts tu dia kira skali tu je kan. maknanya bulan depan tak tolak dah kan? saya kena tolak dlm 248 bulan ni. patut rasa mcm tak tak cukup duit. huhu
ReplyDeleteSatu kali je saya kena tolak. Boleh refer admin kt tmpt kerja awak utk maklumat lanjut..
DeleteKnapa dia tolak lebih...contohnya aku 5 bln gaji msuk lebih 100...time tolok 570...nape lebih 70
ReplyDeleteItulah ketidakcekapan admin bahagian gaji yang sangat menyusahkan empunya diri.
ReplyDeleteslmt ptg...sy sblm ni krja kt Sabah dan baru je bln Jan 2021 ni pindah ke Sarawak. gaji bln Mac ni tiba2 ada pl potongan N-TAX ni rm924. Bnyk giler...apa bnda lah tu sy x faham. Ada yg blh tlg jelaskn x🙏
ReplyDeleteNak tanya,
ReplyDeleteWaktu kerja kat putrajaya kamu memang layak menerima rm300 dan terima rm300.
Bila pindah ke Melaka, kamu layak menerima rm250 dan terima rm250.
Kenapa kena potong rm133.87 ? Melainkan bila berada di Melaka, kamu masih menerima rm300 barulah wajar utk potong rm133.87
apa benda EL TS (N-Tax) ni, aku dah lah gaji 1500, kena potong rm240. hram betul
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.