ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Berdasarkan tajuk pun mesti korang tau kan aku tertanya-tanya apekebende Bayaran Balik EL TS (N-Tax) ni? Hahaha. Harini dah gaji kan kan. Aku bab duit biasa laa kurang sikit opkos aku perasan. Maklumlah hidup pun cukup makan Alhamdulillah. Aku perasan kat slip gaji bulan ni ada tolak RM 133.87 untuk Bayaran Balik EL TS (N-Tax). Mula-mula aku mcm malas laa nak tanya bahagian kewangan. Tapi tu duit aku kot? Aku berhak hokeh tahu kemana dia pergi menghilang dari akaunkuuu hahahaa. *Rrai kedekot*
Rupanyaaaaa. Tu duit utk cola (Bantuan Sara Hidup) punya. Yelahh dulu kerja kat Putrajaya. Cola dapat RM 300. Bila pindah Melaka, cola sini RM 250 sahaja. Kuiikui. Itu ghupenyeeee. Aku dah mula laa fikir adoi kenapa laa kena tolak duit ni. Kena itu ke kena ini ke. Overrrrr.
Apapun doakan lah aku dan suami dimurahkan rezeki supaya kami dapat sempurnakan segala keperluan dan kelengkapan anak kesayangan kami tu. Hehee. Harap-harap aku dapat lah beri apa anak aku nak. Tapi jgn demand sangat ye anak. Mama punya gaji bukan mcm Dato Alippp yee hahahaha. Mintak barang Eco takpe. Hehehe
Have a nice day korang. Aku doakan korang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan korang. Untuk sesiapa yang baca entry aku ni, ingatlah, dalam hidup ni memang ada jatuh dan bangunnya. Yang penting, kita kena sentiasa bangun dan majukan diri kita. Apa anasir negatif lemparkan, jangan biarkan aura negatif tu masuk dalam kepala kita. Okay?
Assalamualaikum :D