Guardian buat promosi lagi wehhh!! Tadi aku godek website guardian, woww murah betul harga shampoo and conditioner. Ni lah waktu sesuai nak topup stok shampoo kat rumah. Hahahaa. Apalagi. Jangan lupaaa p serbu guardian.
Yeayyy! Cool Blog ada keluarkan flavour baru and both of them are my favourite! Huhuu. TEH SUSU dan KOPI PREMIUM BLACK TIGER. Apa yang best dan menariknya adalah, ada campuran gula perang dalam flavour baru ni dan ianya sangatlah sedap okay!
Aku dah cuba flavour premium milk tea black tiger ni. Sedappppp. Tapi gula perang aku dapat tak sebanyak dalam poster ponggg. Kuiikuii. Tapi okay laaa. Sedap jee. Takde lah tawar ke apa. Kandungan gula perang tu buat rasa teh susu ni lagi sedap.
Yang bestnya, flavour baru didatangkan dengan cawan comel 700 ml. Cawan ni siap ada love lagi tauu. Hahaha. Kalau nak simpan lepas guna pun boleh. Aku mmg suka simpan cawan camni. Selalu kalau beli air green tea chatramue tu pun cawan dia aku tak buang. Heheh. Simpan buat pekasam. Sbb berguna di kemudian hari.
Aku dapat tau pasal flavour baru cool blog ni sbb baca blog Rabia semalam. Terus rasa nak pergi beli jugak. Hahahaa. *sebok* Thank you Rabia sbb share dalam blog awak..
Lepasni nak cuba coffee pulak. Mesti sedap coffee campur brown sugar. Aiiish. Sebelum beranak ni kena make sure apa kita ngidam dah termakbul. Kahhkahh.
Aku beli kat mana?
LG-3A, Suria Mall, Presint 3 Putrajaya, Jalan Tun Abdul Razak, 62100 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Kalau di Putrajaya ni kat situ je setahu aku ada jual cool blog. Haih. Cool blog ni aku suka sebab dia ada macam-macam flavour dan sedap. Dari zaman sekolah menengah kot aku jadi pencinta cool blog ni! Kalau kat wetex parade Muar tu dulu wajib betul singgah cool blog. Malangnya sekarang takdok dah. *sedih* Tutup dah cool blog kat wetex muo tuu. Dulu masa bercinta laki I selalu bawak situ beli cool blog. Hahahaa
Kalau nak rasa teh susu premium dengan gula perang, sila dapatkan di coolblog berhampiran. Sedappp tau tak tipu. Harga pun RM 6.50 jee. Siap dapat cawan comel lagi. Cawan uols boleh recycle. Hahahaa
Korang pulak, flavour apa jadi favourite kalau di coolblog ni?
Aku nak kongsikan promosi barangan baby yang akan berlangsung pada 24 sehingga 27 Januari 2019 di Tingkat 2, Evolve Concept Mall, Ara Damansara bermula dari 11.00 pagi sehingga 9.00 malam. Ada promosi kaw-kaw sehingga 90% tauuu! Harga serendah RM1. Ada lebih 100 jenama popular yang akan join warehouse sale ni.
Siapa yang tengah pregnant, elok lah pergi warehouse sale macam ni. Lebih-lebih lagi kalau anak pertama. Banyak barang nak beli. So kena bijak beli time promo. Hahahaa. Barang persiapan anak kebanyakan mmg aku beli masa jualan gudang Anakku dan baby fair TCE & TLM. Berbaloi-baloi.
Banyak benefit bila kita join baby fair camni. Jangan lupa register di kaunter pendaftaran. Selalu bila register korang akan dapat freegift. Dan freegift dia kasi kebanyakan mmg best best belaka. Masa aku pergi TCE Baby Ekspo, freegift dapat pampers mamy poko 10pcs n makanan baby. Masa TLM Baby Ekspo, aku dpt susu ibu mengandung & menyusu 1 kotak, wet tissue, ada mini pack yg dalam dia ada cream stretch mark lagi apa entah, and kat box laki aku, dia dapat shaver sekali. Kuiikui. Aku tak dapat pulak. Aku suruh laki aku sekali p register. Biar dapat dua gift. Heheh. Tamakkkk. Lepastu setiap booth kebanyakannya akan bagi kauorang freegift bila korang mencapai amaun yang ditetapkan. Ada juga yang kau beli sikit je dia kasikkk jgk. Contoh freegift yang aku dapat, wet tissue dan shower cream. Best weh dpt barang free. Dahlah beli barang dengan harga promosi. Lepastu dapat freegift lagi. Kalau beli kedai biasa mana ada dapat.
Cuma itulah, kena banyak bersabar dan bertabah bila pergi tempat mcm ni. Orang ramai. Sesak. Parking pun mungkin pack. Kalau agak-agak tak berapa nak larat tu ajaklah laki korang sekali. Amatlah tidak digalakkan untuk bawak budak kecik. Risau pulak dia hilang ke mana time kita sibuk shopping. Hahahaa
Kat bawah ni antara barangan yang promo time warehouse sale tu nanti.
Maklumat lanjut, korang boleh jenguk FB Branded Baby Warehouse Sale di link di bawah:
Aku tak kuasa dah nak pergi jualan barangan baby. Jalan-jalan kat mall yang tak beso mana pun dah tak berapa nak larat sekarang ni. Huhuu. Doakan urusan aku dipermudahkan tauuu! Tataaa!
Siapa sini peminat drama korea? Mesti ada yang pernah tonton drama bersiri yang aku maksudkan ni. Aku pun minat drama korea jugak. Dulu time study memang addict gilaaa nengok drama korea. Tak pernah tau aku skip every episod drama korea once aku dah start tengok. Paling teruk pun aku cepatkan je. Takde lah skip dari episod 2 terus ke episod 16!
Ini lah first drama yang aku skip terus tengok last episod. HAHAHAHAHAA. Sebenarnya masa tgk episod pertama lagi aku dah rasa mcm nak skip terus tgk episod last. Jalan cerita kalau kau baca sinopsis nampak menarik. Tapi sebenarnya bila tonton, hmmm, tak seperti yang aku jangka. Mungkin sebab aku tak minat cerita sebegini agaknya. Cerita yang mana pasal cinta jekk manjang. Takde langsung bab-bab lain yang mendebarkan dan membuat aku tertanya-tanya. Cehhwahhh kau.
Lagipun watak heroin tersangat lah membuatkan aku rasa mcm, alahai ala ala alaaaa kau ni. Sangat weak and pemalu tahap teruk punya. Kamon lah. Perempuan tak selemah itu ok. Terus rasa tak best nak tengok.
Apapun ini pendapat aku je. Tiap org citarasa dia berbeza. Kalau kauorg minat cerita cintan cintun boleh lah tengok cerita ni. Banyak je cerita korea pasal cinta yang aku tengok. Tapi so far ini yang paling aku rasa aku tak boleh go on tonton kesemua 16 episod. Episod 16 pun aku ada cepatkan jugak. Ending dia? Off course lah seperti yang dijangka. Takde elemen surprise ponggg. Hahahaa
Lagi? Ada suggestion lain tak drama korea apa best sekarang?
Untuk persiapan bersalin, salah satu yang paling utama semestinya adalah pemilihan hospital mana untuk para ibu bersalin bila sampai masanya nanti. Kalau korang nak rasa layan VVIP kat hospital kerajaan time korang bersalin, korang boleh ambik pakej FPP. Sila google utk maklumat lanjut. Aku pun almost jugak beriya iya nak sangat ambik pakej FPP dengan alasan aku nak laki aku ada dengan aku, teman aku, jaga aku time kat hospital, ewah ewahhh mengada sungguh kau kan. Untuk pengetahuan korang, kalau ambik pakej FPP ni, laki korang boleh teman korang sepanjang korang ada kat wad tuu. Laki korang pun boleh tidur sekali kat situ. Korang dapat bilik tidur sorang tak salah aku.
Namun begitu, tak semua hospital kerajaan di Malaysia ni menawarkan pakej FPP. Salah satu hospital kerajaan yang tawarkan pakej ni adalah Hospital Putrajaya. Ini aku tau pun sbb opismet aku ambik pakej FPP masa bersalin kat situ. Kos utk bersalin secara czer kalau FPP ni, dalam 3k mcm tu. Kalau bersalin normal, murah sikit laa. Lebih kurang seribu lebih kot? Tapi layanan memang VIP habissss laa kalau ambik pakej ni. Sesuai utk mereka yang inginkan lebih privasi ketika duduk di wad hospital. Berdasarkan gambar screenshot di atas, korang boleh tengok, aku siap e-mail HPSF lagi tauuu sbb nak tau sana ada tak buat pakej FPP. Gigih beno! Bila fikir balik, macam entah apa-apa je perangai.
Bagi suami yang nak temankan isteri dalam labour room/ ketika bersalin, sebenarnya korang tak boleh suka-suka masuk nak teman jee tauu. Ada hospital yang benarkan. Ada hospital yang tidak benarkan langsung. Tapi ada juga hospital yang benarkan laki korang teman time bersalin tapi dengan syarat dia kena pergi kursus dulu. Aku pun tak tahu pasal ni tau. Tahu pun sbb opismet yang bgtau kalau nak bersalin kat Muo, laki tak boleh teman dalam labour room kalau tak ambik kursus. Aku siap tanya beberapa orang kawan lagi tauuu sebab nak sahihkan kenyatan ini. Hahahahaa
Actually nama kursus ni adalah program peneman penjagaan mesra ibu. Aku dah selamat pergi dah minggu lepas. Oh ya, bukan laki kau je yee yang kena pergi kursus ni. Mak-mak pun kena hadir kursus sekali. Hahahaa. Dia macam ceramah pendidikan gittew. Sekejap jeee. Kalau korang half day pun bolehh. Tapi mcm aku, aku mmg ambik cuti terus lah. Jauh. Ceramah tu ambil masa dalam satu jam ke dua jam mcm tu. Kemudian, korang akan dibawa melawat Dewan Bersalin, dan penerangan yang lebih terperinci akan diberikan. Kalau pelawat biasa, korang tak boleh tau masuk Dewan Bersalin ni suka hati. So bagus jugak lah kursus ni diadakan. Kita boleh tengok sendiri suasana labour room dia cemana, kat mana kaunter, kat mana family kau boleh tunggu sepanjang proses bersalin tu. Paling penting, suami sendiri dapat menyaksikan lokasi bini dia nak bersalin kelak. Takda lah laki kau terkontang-kanting nanti. Once kau dah hadir kursus ni, korang akan dapat satu paper kecik yang akan dikepi kat buku pink korang. WAJIB bawak time nak bersalin. Kalau tak, laki kau tak boleh masuk labour room. Valid sampai 3 tahun tak salah aku. So, kalau dalam tempoh 3 tahun tu kau pregnant lagi, korang takyah lah hadir kursus tu lagi.
PROGRAM PENEMAN PENJAGAAN MESRA IBU
Program ini membenarkan suami (peneman) menemani isteri semasa proses bersalin di Dewan Bersalin, Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Untuk pengetahuan korang, polisi Peneman Penjagaan Mesra Ibu ni dah start sejak dari tahun 2002. Lol. Dah lama juga rupanya. Aku ingat polisi ni baru lagi terpakai. Sebab mcm, nak teman bini bersalin pon kena p kursus ke? Biar betul?
OBJEKTIF PROGRAM PENEMAN PENJAGAAN MESRA IBU
Untuk memberi sokongan emosi dan moral kepada ibu yang bakal bersalin
Untuk mengeratkan perhubungan kekeluargaan
Untuk mendapatkan faedah klinikal yang optimum kepada ibu bersalin dan bayi yang dilahirkan
PANDUAN SEMASA MENEMANI ISTERI DI DEWAN BERSALIN
Hanya peneman yang SAH sahaja dibenarkan meneman ibu yang bersalin. Peneman mestilah terlebih dahulu menghadiri ceramah PROGRAM PENEMAN PENJAGAAN MESRA IBU dan bersetuju mematuhi syarat-syarat sebelum dibenarkan menemani ibu.
Polisi meliputi Dewan Bersalin sahaja dan tidak dilanjutkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi.
Kebenaran untuk meneman perlu diperolehi daripada Ketua Jururawat/ Jururawat Dewan Bersalin terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.
Kebenaran bergantung kepada keadaan semasa Dewan Bersalin dan budi bicara Ketua Jururawat/ Jururawat Dewan Bersalin.
Jika peneman ingin keluar dari Bilik Bersalin kerana hal peribadi, beliau perlu memberitah kepada Jururawat yang bertugas (sila tekan loceng untuk memanggil jururawat)
Peneman dibenarkan berada di sisi ibu sehingga beliau selamat melahirkan anak tetapi dikehendaki keluar apabila proses kelahiran uri dilakukan.
Peneman juga dikehendaki keluar dari Bilik Bersalin apabila diminta bagi keadaan/ situasi tertentu.
Peneman tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam Dewan Bersalin.
Peneman perlu menjaga privasi dengan tidak menjengah pesakit lain.
Alat elektronik tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Bersalin. Sebarang bentuk rakaman juga tidak dibenarkan.
KEADAAN DIMANA PENEMAN TIDAK DIBENARKAN BERADA BERSAMA DI DALAM DEWAN BERSALIN
Sewaktu Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan membuat rondaan wad, pemeriksaan atau melakukan prosedur.
Semasa kelahiran berkomplikasi seperti songsang, forcep, vacuum extraction dan lain-lain yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan atau salah erti.
Semasa berlaku kes yang memerlukan resuscitation kepada ibu atau bayi yang baru dilahirkan.
PESANAN PENTING!!!
Nombor telefon Dewan Bersalin ialah 06-9521901/ 1902/ 1903 sambungan 416/ 403
Ibu-bu boleh terus mendaftar di kaunter pendaftaran Dewan Bersalin.'
Pada hari pendaftaran SILA BAWA BERSAMA:
Kad ibu mengandung/kad merah/buku pink dan kad pengenalan
Surat jaminan daripada majikan jika ada
Butir-butir suami/ waris terdekat seperti nama, alamat, no telefon serta salinan kad pengenalan
Barang-barang asas ibu dan bayi.
Tidak digalakkan bawa wang yang banyak dan barang berharga ke hospital. Kalau boleh, barang kemas tu simpan lah kat rumah sebelum korang pergi hospital. Kalau dah 36 minggu ke 37 minggu ke, dah boleh siap-siap tanggal dan simpan korang punya rantai, subang/anting-anting, gelang tangan atau kaki dan apa-apa lagi lah barang berharga kat badan korang tu. Suruh laki simpankan kat tempat selamat. Kalau tak caya laki hang, bagi mak kau simpan. Kahhkahh!
Kalau nak booking, boleh contact terus Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Kebanyakan hospital di Johor mmg kena ambil kursus ni tak salah aku. Lebih baik korang tanya dulu pihak hospital mcm mana. Kalau tak kena, so tak payah lah korang ambik. Banyak kebaikan kursus ni sebenarnya. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang baru pertama kali mengandung. Korang jangan lupa tau potostet sijil nikah dan ic korang laki bini. Kepil siap-siap kat buku pink korang. Tu dokumen wajib tauuu. Hospital lain aku taktau laa. Hahaha. And lagi satu, kalau korang kerja kerajaan, sila lah bawa GL yee siap-siap. Boleh check online ketika korang nak daftar tu, tapi kadang-kadang system problem/ lambat/ bermasalah, jadi lebih baik korang prepare siap-siap. Kalau tak bawa and staff sana tak dapat nak check status korang, tak silap aku automatik korang akan dapat kelas ketiga. Tak salah aku lahhh. Time kursus tu dia ada bgtau.
Doakan urusan aku dipermudahkan tauuu! Kursus is done~~~~ *nada Eina Azman* hehehee. Alhamdulillah. Semoga aku kuat dan tabah nak hadap sakit contraction dan lahirkan zuriat untuk suami tercinta. Bila fikir ''aku nak lahirkan zuriat utk suami'' barulah rasa kuat tu datang. Demi suami, rela aku gagahkan diri bila mengandung time pjj ni. Aku rasa anak ni lah hadiah paling mahal aku boleh bagi kat suami aku. Sebab tak ada jual kat mana-mana. Hehee. In Sha Allah. Semoga baik-baik sahaja segalanya...
Haihhhh. Pagi-pagi dah mengeluh. Hahahaa. Sebelum ni aku ada buat post mengatakan bahawa follower blog dah mencecah 1700. Alhamdulillah. Tapi kelmarin, bukak blog, tup tup follower tinggal 1699 jek. Amboi! Hang p mana woi?
Bak kata laki aku, ni mesti ada follower blog yang tak puas hati ni hahahaha. Lol. Awat lah dah follow p unfollow balik. Yang kelakarnya, unfollow lepas aku bikin post gembira bahawasanya follower dah 1700. Alahaiiii perangai. Maka follower pun kurang satu, jadi lah 1699. Takpa. Still bersyukur jugak. Takde kurang sikit pun rasa syukur tu. Cuma terkilan sikit je. Kalau betul ada someone unfollow sbb sakit mata tengok angka 1700 tu mmg sedih lah. Kalau sebab system ke, atau sbb akaun gmail dia dah tak aktif ke, tak pa laa. Aku bersyukur aku masih ada 1699 lovely follower yang keep supporting me. Thank you so much!
Sebelum.
Selepas. Rasanya 1 hari selepas aku post entry follower dah mencecah 1700.
Dah follow, unfollow balik. Siapa pernah kena? Hahahaa
Pertama sekali aku nak ucapkan jutaan terima kasih tidak terhingga kepada kesemua yang sudi follow blog cabuk aku ni. Alhamdulillah. Follower blog akhirnya genap 1700. Next mission kita usahakan supaya boleh capai 2k follower. Fuhhh. Boleh ke nak capai sampai 2k tu? Nak capai 1k pun punya lah lama dan susah. Hahahaa.
Teringat masa mula-mula buat blog dulu, ada 10 orang sudi follow pun dah rasa Ya Allah syukur sangat. Lepastu meningkat jadi 50, lepastu terus aim, aku nak target 100 follower blog. 100 tu pun dah rasa ramai. Eh tup tup hari ni, lebih dari 100 dah. Hehee. Ini semua berkat dari banyak join GA/ segmen yang para blogger anjurkan dan kegigihan aku blogwalking sbb nak cari ramai kenalan blogger suatu ketika dahulu. Ya aku akui, masa tu aku duduk di zaman yang esaited gila nak tambah follower blog. Sekarang ni, follower berapa pun tak ingat, esaited tu pun dah kurang. Sebab? Dah jarang buka blog. Busy.
Antara azam aku tahun ni, kalau boleh aku taknak biar blog aku tak berupdate untuk jangka masa yang lama. Harap aku terus istiqamah lah hendaknya. Semoga blog ni terus sukses dan harap korang terus menyokong dan jangan bosan singgah blog aku yaa.
Macam biasalah, setiap kali craving atau ngidam nak makan apa-apa, Iols lah yang cari sendiri. Time tu lah media sosial sangat sangat memainkan peranan yang penting kepada online seller di luar sana. Time tu lah penggunaan hashtag akan membantu dalam mempromosikan apa yang korang jual. Time tu lah pentingnya marketing lebih-lebih lagi di blog-blog sbb org mcm aku ni, aku suka baca review di blog. Sbb lebih nampak jujur dan huraian blogger lebih panjang. Cehhwahhh.
Baby dalam perut ni time Pak dia ada, behave jeee ye. Time Pak dia takda, nak itu lah, nak ini lah. Hahaha. Aku rasa anak aku pun suka makan cheesetart ni. Bila aku makan tu, Ya Allah macam melompat kegembiraan je dia dalam perut ni.
Kali ni aku telah menggunakan kuasa instagram untuk mencari siapa yang jual cheesetart di sekitar Putrajaya. Alhamdulillah. Jumpa jugak! Rupanya rumah beliau takde lah jauh mana dengan rumah aku. Fuhh. Bahaya ni. Risau aku karang keje nak mengorder jeeee sbb nak self pickup tu tak jauh. Hahahaa. Masa nak beli pun aku takut-takut jugak sbb berat aku dah lah naik kemain banyak sepanjang aku pregnant ni. Tapi gasak lah nakkk. Sebab doktor kata takde kencing manis kan so apa salahnya yedakkk. Ya Allah apa lah nak jadi. Aku fikir satu jeee, aku ada masa tak sampai sebulan je utk makan apa aku suka. Nanti masa pantang, memang bye bye lah makanan sedap-sedap hahahaha.
Aku ambil di kawasan perumahan seller. Oh ya. Aku taktau nak panggil dia apa. Panggil Kak Mai lah. Boleh je kan. Hahaha.
Inilah rupa cheesetart yang aku beli. Ya Allah. Serius tak tipu memang gebu, montok, dan gemokkk sangat topping cheese dia. Tengok pon gerammm weh. Rasa nak tonyoh jeee sbb gemok sangat hahaha.
See? I told you.
Dah ngap, rasa sedappppnyaa cheesetart ni. Fuhhh. Yang penting tak muak makan! Yelah org kuat makan cam kau ni makan apa je muak Rrai hahahaha. Aku ambil semua perisa blueberry. Sebenarnya boleh mix. Tapi kalau cheesetart aku cam tak minat kalau perisa coklat atau yang selain blueberry. Sumpah sedap tak terkata.
Korang yang ada sekitar Putrajaya tu, boleh nak contact Kak Mai kalau korang ada nak order kek ke, cheesetart ke, brownies ke, creampuff, sandwich atau apa2 yang seangkatan dengannya. Sebab beliau bukan buat cheesetart jee. Ada makanan lain yang beliau buat jugak..
Alhamdulillah. Dapat jugak makan cheesetart sedap ni. Awalnya aku nak beli kat kedai bakery jee. Tapi mahal. Tak berbaloi. Baik beli banyak camni terus. Puas hati makan. Hehehh. Harga pun berpatutan. Sepanjang pregnant ni suka betul aku makan benda manis. Haihh. Aku takde lah selalu makan kek secret recipe. Tapi since pregnant ni mcm selalu jugak lah tekak craving kek indulgence secret recipe tuuu. Ambuiii ambui. Lepastu nak cheesetart lahhh. Menu taknak kalah betul. Ni kalau tak turun berat badan lepas bersalin ni taktau laaa. Dasar gemok betul.
Kalau ada sesiapa yang berminat, boleh direct contact Kak Mai di nombor yang aku letak di atas tu yaa.. Thank you!
Alhamdulillah. Tahun 2018 sudah pun melabuhkan tirainya. Alhamdulillah. Sebab Allah beri peluang untuk berjalan di muka bumi ni sepanjang tahun 2018. Alhamdulillah. Banyak perkara baik berlaku dalam tahun 2018 ni. Alhamdulillah. Macam-macam jadi dan buatkan aku jadi orang lebih kuat dan matang. Alhamdulillah. Walaupun diuji macam-macam sepanjang tahun 2018 ni, Allah hadirkan juga rezeki satu demi satu. Alhamdulillah. Allah hadirkan orang-orang baik di sekeliling. Alhamdulillah. Syukur. Walaupun ada juga benda tak baik jadi dalam tahun 2018 ni, itu semua adalah pengajaran untuk aku di masa akan datang. In Sha Allah akan aku ingat sampai aku mati. Akan aku genggam erat dan jadikan pedoman. Ada banyak perkara yang buat aku gembira. Jadi, untuk hal-hal yang menyakitkan jiwa, tak berbaloi untuk dikenang sampai bila-bila. Simpan dan hadam je. Buat iktibar. Kahkahh
PERKARA PALING TAK BOLEH LUPA TAHUN 2018
Perkara yang tak boleh dilupa sudah semestinya bila sah jadi isteri orang. Syukur dipermudahkan segala-galanya untuk kami berdua. Tak sangka percintaan dari tahun 2011 ni sampai ke jinjang pelamin. Hampir 7 tahun bercinta bergaduh bermasam muka berbaik semula. Akhirnya. Selamat juga kami disatukan. Alhamdulillah. Terima kasih kepada keluarga kami sebab banyak membantu dalam menjayakan majlis dan bagi restu nak kahwin! Hehehh
DUGAAN PALING BERAT TAHUN 2018
Allah duga kami suami isteri dengan jarak. Aku di Putrajaya. Suami di Kota, Johor. Tinggal asing. Sebelum kahwin, mmg rasa mcm takde hal lah! Masa bercinta pon kiteorg mmg jumpa pun sebulan sekali camtu. Mmg bercinta pun jarak jauh. Aku Melaka, Dia Terengganu. Aku KL, dia Batu Pahat. Aku Putrajaya, Dia kat Kota. Nampak tak? Dah kahwin, Ya Allah. Beratnya jarak ni. Tak sama langsung dengan masa bercinta. Doakan aku dapat pindah dekat dengan laki aku okehh?
AZAM UNTUK TAHUN 2019
Aku harap, tahun 2019 ni aku dapat jadi anak yang baik, isteri yang mithali dan ibu yang bertanggungjawab untuk anak kami. Aku harap Allah permudahkan urusan keluarga kecil kami. Semoga Allah mudahkan urusan kami untuk tinggal bersama-sama. Doakan ya? In Sha Allah aku bakal bersalin awal Feb 2019 atau hujung Jan 2019. Dekat2 je tuuu. Tahun 2019 akan jadi tahun paling sibuk dalam hidup aku ni aku rasa. Banyakkkkkkkkkkkkkkkkkkk sangat benda kena settle baik dari segi kerja dan peribadi. Harap-harap lah segala-galanya dipermudahkan. In Sha Allah.
Aku selalu rasa, life will be so so much easier if I got my husband by my side. Serius. Kalau weekend aku balik jumpa laki aku tu, walaupun penat drive berjam-jam selepas balik kerja, bila tengok laki sambut depan pintu, alahaiiii, hilang penat. Betul lah org kata, bila dah kahwin ni kita melengkapi antara satu sama lain. Banyak benda aku tak reti buat atau tak suka buat, laki aku boleh settlekan. Benda laki aku tak suka buat, aku boleh buatkan. Paling best mestilah bab kereta, tak payah pening kepala. Kahkahh.
Selamat Jalan Tahun 2018 yang indah. Segala pahit manis yang berlaku sepanjang tahun ini tidak akan aku lupa dan aku akan jadikan pengalaman berharga untuk aku jadi manusia yang lebih baik di masa akan datang.
Selamat Datang Tahun 2019. Semoga banyak perkara-perkara baik berlaku pada tahun ini dan semoga Allah limpahkan rezeki melimpah-ruah kepada suamiku dan keluarga kami. In Sha Allah.
Kepada pembaca blog aku, terima kasih atas sokongan kalian. Terima kasih sebab rajin tinggalkan komen-komen membina dan blogwalking ke sini. Blog ni dahulu pernah jadi sumber duit poket aku masa aku sesak takde duit. Mana mungkin aku nak buang dia walaupun kadang2 aku terabaikan jugak blog ni. Hahahh. Semoga kita sama-sama maju jaya dalam dunia blogging dan jadi blogger yang berhemah.
Akhir kata, "Hidup seberat apapun, tetaplah terus berjalan. Di luar, ramai yang mahu lihat kita terjatuh daripada berdiri"
Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)
Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun.
Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.