Selesema oh selesema

Friday, December 28, 2018


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Tewas dengan selesema dan batuk. Baru dua tiga hari kena. Semalam alang-alang pergi checkup, mintak sekali ubat kat doktor. Doktor bagi ubat selesema dan buang kahak. Sbb batuk aku batuk berkahak. Haihh. Doakan aku cepat sembuh ya? Tak selesa betul hidung ni.

Punca Selesema
Selesema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca daripada pelbagai jenis virus. Kebiasaannya, ia merebak apabila seseorang yang menghidap selesema itu bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara sebelum dijangkiti individu lain. Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi seeloknya anda perlu membasuh tangan selepas menghembus hidung. Bayi lebih cenderung kerap dijangkiti selesema disebabkan mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. [SUMBER METRO]

Doktor ada tanya juga, baru-baru ni ada jumpa orang yang tak sihat ke? Jawapannya mestilah ada. Hahaha. Boleh merebak melalui udara rupanya. Haih. Jangan opismet aku semua jangkit aku sudahlahhhh huahuaa.

Tips nak cegah/ kurangkan batuk dan selesema
  • Selalu menjaga kebersihan diri terutama membasuh tangan dengan bersih, menutup mulut ketika batuk atau bersin, mengelap hidung menggunakan tisu pakai buang dan tidak meletak tisu yang telah digunakan merata-rata.
  • Jauhi tempat yang sesak dengan orang ramai terutama mereka yang batuk dan bersin.
  • Makan makanan yang seimbang, elakkan daripada merokok dan mengambil alkohol.
  • Minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk kekalkan hidrasi badan. Pengambilan air masak, jus buah-buahan dan minuman lain seperti teh dapat membantu mengelakkan kekeringan atau dehidrasi pada hidung dan tekak. [SUMBER MYHEALTH]
Kalau boleh taknak lah sampai tahap demam. Badan aku pun dah mcm nak demam ni. Mata dah panas jeee rasa. Sakit kepala tu mcm on off lah kejap dia datang kejap dia pergi. Mujur pregnant, kalau tak dah lama telan actifast. Aku rasa musim ni. Dengan cuaca yang begini. Kawan aku pun ramai jugak tak sihat sbb demam. Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik lah hendaknya. Terhindar dari sakit-sakit yang ringan mcm selesema, batuk, ni semua adalah nikmat yang kita selalu lupa. Nampak je tak seberapa, tapi bila kena selesema tu, org yang kena je tau dia punya tak selesa nak buat kerja tu mcm mana.

Get well soon Rrai! Haha





You Might Also Like

10 COMMENT

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.