Cheesekut mudah dan sedap!

Friday, November 23, 2018


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Masihkah korang ingat zaman kegemilangan cheesekut dahulu? Dimana ianya viral dengan begitu meluas dan ramai sangat kongsi resepi, buat sendiri bahkan turut menjualnya yang mana ada sesetengah markup harga tak munasabah dengan isi cenonet jee. Aku pun masa tu dok sibuk jugak buat. Orang buat, ko pun nak buat. Seboookk!

Tapi sekarang tak ramai jual cheesekut ni. Cheesekut bukan makanan yang tahan lama kalau nak disimpan. Dua seller dah aku jumpa. Mereka buat bila ada permintaan je. Ready stok takdokk. Ini bagi menjaga kualiti makanan tersebut dan nak elakkan pembeli dapat cheesekut yang dah tak fresh.

Cheesekut ni senang yang amattttt je membuatnya. Sumpah senang. Aku yg jarang masuk dapur pun boleh buat. Kahhkahh! Berlagak ko! Aku craving sebenarnya. Aku contact seller yg aku selalu beli tu, dia tak seen pun whatsapp aku tu. Kawan aku whatsapp pun sama jee, takde respon pun. So kami beranggapan dia dah tak meniaga lah. Aku ambik inisiatif berani mati dengan decide utk buat sendiri cheesekut ni sbb aku teringin sgt nak makan. Hahahaa. Nengok jek lah aku punya malas nak susun cantik2 biskut tu. Aku letak tengah2 jeee hahahaa. 

Korang pun mesti pernah buat cheesekut jugak kan? Betul kan aku cakap? Senang jeee buat dia. Bahan pun tak banyak sangat.

Aku bagi opismet rasa. Opismet aku kata, Rrai dah boleh juallll dah ni. Hahahaa. Kembang seperiuk jap. Lepasni kalau ada potluck boleh buat cheesekut je! Hehe

Buat sendiri, kau boleh adjust dia punya manis. Cheese pulak aku sengaja tak letak terlampau leleh sangat. Karang naik lagi berat jenuh nak menjawab dgn nurse hahahaa. Siapa suka cheesekut? Kita geng!



You Might Also Like

12 COMMENT

  1. Nieyl suka pulak makan biskut ngan susu skrg ni...
    tak tahu kenapa...pantang nampak biskut dkt rumah...

    ReplyDelete
  2. Sedapp nyaaa. Tetiba jadi lapar hehe btw singgah sini :)

    ReplyDelete
  3. Kalau kak pip craving , mmg buat sendiri .. Jimat n yes boleh adjust rasa manis tu ..

    ReplyDelete
  4. Dah lama teringin nak buat cheesekut ni tapi tak terbuat sampai sekarang.

    Syaza | www.syazaraihanah.com

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaa.. kenapalah saya rasa saya tak pernah makan? T.T

    ReplyDelete
  6. Sedapnya. Share la resepi 😊

    ReplyDelete
  7. Bukan sekadar cheesekut chewah tagline

    ReplyDelete
  8. Lama tak buat.. Dulu akak buat niaga.. craving pula bila tengok entry Rai jni..

    ReplyDelete
  9. Lepas baca post Rrai ni ingat LZ nak buat semula lahh cheesekut.. Kebetulan anak duk rumah cuti sekolah, macam-macam makanan dia request.. Thanks CP Rrai mengingatkan kembali nostalgia cheesekut ini, hehehe

    ReplyDelete
  10. Dulu masa viral mmg rajin gak buat. Sekarang ni kalau teringin je la buat. sedap!

    ReplyDelete
  11. ray teringin sgt nak rasa

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.