VIVO V11i atau OPPO F9 ?
Sunday, October 21, 2018
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Zaman dah makin maju. Model handphone pun tahun ke tahun mesti ada je keluar model baru. Bulan ni kau beli model paling latest. Tupp tup dua bulan lagi keluar dah model terbaru. Cisss. Punya lah kau ingat kau dah beli model paling baru dengan spec paling canggih. Sekali model baru keluar lagi canggih dari kau. Kahhkahh. Alhamdulillah. Aku tak ada lah terikut sangat dengan benda begini. Tapi aku dah rasa lah perasaan tu. Aku beli huawei mate 10 pro, alih-alih beberapa bulan kemudian, kua lak p20. Alahai betulll. Tapi entry kali ni aku bukan nak cari handphone baru untuk diri aku. Untuk org lain. Hihi.
Makanya, aku telah dilanda dilema untuk pilih sama ada OPPO F9 atau VIVO V11i. Fuhh. Kompius tau. Kedua-dua model ni adalah keluaran terbaru. Vivo sebenarnya keluaran terbaru dia V11 dan V11i. Tapi aku memilih V11i untuk dipilih bersama OPPO F9 sbb vivo V11 mahal bebenor. Kahkah. Beza dalam beberapa ratus. Kalau antara oppo f9 dan vivo v11i, beza satu ratus. Oppo mahal seratus.
DILEMA SURVEY KEDAI TELEFON
Aku tak adalah terus terjah beli. Bila ditotalkan kesemua kedai aku pergi, aku rasa adalah dekat 10 kedai aku survey dari Putrajaya sampai lah kedai kat Muo hahaha. Kat Putrajaya aku survey kat alamanda. Ada 4 kedai aku pergi. Kesemua kasi harga sama. Mmg tak boleh tawar ekh? Ergh stress uii. Dia tak kasi aku tawar kan. Ok fineee. Aku nak cari kedai yang boleh kasi aku freegift yg best dan berbaloi. Sebenarnya tips ni aku dapat dari opismet aku. Dia hadiahkan oppo F7 utk bini dia. Dia kata kat aku, skrg mmg harga handphone kebanyakan kedai mmg fix habis. Harga semua sama, so Rai kena pandai pilih kedai mana yg bagi gift best-best. Yelahhh, kita dah bayar mahal kan. So manfaatkan lah hahahaa.
Kedai 1- Freegift tempered glass dan casing lutsinar tu. *dalam hati aku, elehhh casing lutsinar tu kalau kat kedai ustad baru seringgit jekk*
Kedai 2 (kedai oppo)- Freegift monopod, casing olite dan tempered glass.
Kedai 3- Tak tanya. Masuk tanya harga je.
Kedai 4- Tak tanya. Just masuk survey harga.
Aku balik Muo. Aku ajak laki aku p survey handphone. Nasib baik dia rajin layankan. Aku gerak dari Putrajaya, sampai je Muo, terus kami p keluar survey. Fuhh gigih kan. Padahal penat drive tak hilang lagi.
Kebanyakan kedai aku pergi offer aku freegift casing dan tempered glass. Cehh. Tak menarik langsung. Dahlah jual market price. Takdak diskaun. Kedekut. Hahahaa. Jahatnya aku ni. Aku bukan apa. Sbb opismet aku kata, dia beli oppo F7 tu dia dpt headphone dan monopod siap box yang nampak have-have gitu. Dia kata headphone tu mahal jugak sebenarnya. So aku mcm, apahal aku tak jumpa kedai bagi freegift best camtuuu hahahaa. Mana aciii.
Sehinggalahhhhhhh. Aku jumpa satu kedai ni:
Kedai ni bersebelahan dengan KFC Bukit Gambir. Nama dia Smart City Trading aku rasa. Sbb itu nama fb dia.
Pekerja kat sini punya lah ramah dan rajin melayan karenah aku yg banyak songeh ni. Masa aku p, ada dua staff chinese dan dua staff malay. Semua perempuan. Owner dia pun ada, chinese I guess? Tapi fasih sangat cakap melayu dan sangat friendly. Kedai camni lah orang suka nak masuk. Ni kalau aku masuk, kau buat taktau je mmg takde mood nak membeli tauuu. Aku tanya pasal oppo f9 dan vivo v11i. Then aku tanya, apa aku dapat kalau aku beli handphone kat kedai dia.
Oppo F9: Aku akan dapat monopod, ring hp, power bank, usb light, casing hp, lagi apa ku tak ingat.
Vivo V11i: Aku akan dpt sama mcm oppo, tapi vivo V11 dan vivo V11i didatangkan dengan gift edisi V11 dan V11i iaitu thermos dan usb yang warna dia warna vivo baru tuu. Wahhhh. Kira ni gift edisi dari vivo lah.
Aku pun mcm...... Alaaa, kalau I ambik oppo I tak dapat lah thermos tu? Kahhkahh! Then tokey dia kata, oppo takde kasi thermos lahh kak.. thermos tu under vivo. Sobb sobbb. Dekat 5 minit camtu lah aku keliru nak pilih mana. Kalau ikutkan mmg nak ambik oppo f9. Sbb oppo mahal sikit dari vivo v111. Beza satu ratus. Yelahhh selalu kan yg mahal sikit ni bagusss. Hahaa. Tokey dia bgtau aku and suami, secara jujurnya, antara oppo f9 dan vivo baru ni, ramai customer dia yg ambil oppo. Tapi ada customer yg komplen oppo baru dia problem sbb overheating and apa entah. Dia kata so far vivo mmg tak ada lagi customer yang datang komplen handphone ada problem. Ewahh. Aku pun mcm, biar betul tokey ni. Kalau aku jadi tokey, mesti aku suruh customer aku ambik yang mahal. Hahaha. Tapi dia ni suruh ambik yg murah pulak.. Setelah difikir-fikirkan, aku pun pilih Vivo V11i. Hehe. Tambahan pulak phone storage vivo lebih besar dari oppo. 128GB wehhh. Takyah dah masuk memory kad sbb aku rasa dah besar dah tu. Aku rasa beza antara vivo V11 dan V11i takde lah kritikal sangat. Better ambik V11i. Murah sikit dari V11. Tak salah aku beza fingerprint kot. V11i kat belakang. V11 kat screen. Lagi apa entah beza dia. Korang google lah sendiri hehee.
Masa tengah nak buat proses pembayaran dan staff pasang tempered glass, aku tanya, takkan I dapat casing putih ni je? Casing lain tak dapat ke? Hahahaa. Then staff tanya kat tokey, tokey dia kata, boleh.. Tapi stok casing corak2 tu takdak lagi. Kalau dah sampai, dia call aku and aku kena datang kedai ambik. Hehehe. No problemmm. Selesai semua. Alhamdulillah. Berjaya jugak aku beli handphone baru untuk syurga dunia akhirat. Satu tahun simpan hasrat. Berjaya jugak beli. Berjaya jugak jumpa kedai yg murah hati kasi freegift macam-macam dan tak kedekut. Settle semua, aku nak keluar buka pintu tu, tokey dia kata, ehh ehh ambik ni nahh I tambah satu lagi hadiah.. Tokey dia capai kasi laki aku. Wahh. So kami dapat satu lagi gift iaitu perfume kereta lemon, yang ada kipas pusing2 tuu kalau letak kat aircond kereta. Aku pun mcm, wahhhh, baiknyaa dia ni, thankyou thankyouuu hahaha. Alhamdulillah.. Terima kasih staff-staff kat kedai tu dan juga kepada tokey dia yang baik hati dan tak kedekut. I doakan semoga perniagaan you maju jaya. I rasa dalam banyak kedai telefon kat bukit gambir tuu, kedai you yang paling best! Dari segi layan customer, barang-barang, harga, mmg tiptoppp!
Vivo V11i. Nengok review, dia punya kamera boleh tahan cantikkk..
Antara gift yg aku dapat..
Thermos tu cantik sangat warna diaaa tau. Aku cakap kat laki aku, ni boleh bawak p hospital ni utk bersalin nanti. Hahaha. Aku try capture gambar guna vivo V11i. Lawaaaa. Spec dia aku tgk mcm lebih kurang henset aku, huawei mate 10 pro. Ada fingerprint kat belakang. Ada face unlock. Face unlock ni sampai skrg aku tak guna. Fingerprint je dah ok kott. Risau henset sendiri tak kenal tuan pulak nanti bila muka bangun tido hahaha.
Saw this on their facebook page. Amoi ni antara yang layan karenah aku time aku membeli handphone ni. Staff dia sampai 4 orang melayankan aku time tu. Hahaha. Terima kasih banyak sangat. Aku masa ni pulaktu mulut potpetpotpet tak henti-henti bercakap. Padahal kami laki bini boleh tahan penat jugak sbb masing2 baru balik dari tempat kerja masing2. Aku dari Putrajaya. Laki aku dari Kota Tinggi. Habis je beli handphone, kami pergi beli barang nak memasak esok hari di Econsave Bukit Gambir. Nasib baik malam tu makan kat luar. Hehe. Begini lah pjj lifestyle ye kawan-kawan. Seminggu sekali baru dapat merasa beli barang keperluan dan masak-masak dengan suami. Ewahh buat cerita sedih pulak kat sini....
Kepada yang duduk area Muar, Tangkak, yang cari kedai jual handphone best, aku suggest kedai ni. Pergi lah. In Sha Allah korang akan dilayan sebaik mungkin. Staff dan tokey pun baik. Lokasi di Bukit Gambir. Sebelah dengan KFC dan kedai haiwan peliharaan. Buat masa ni, ada patung vivo besar depan kedai dia. Hehehe
Korang pakai hp jenama apa? Aku so far pernah pakai nokia, sony, lenovo, samsung and now huawei. Masih belum berkesempatan nak pakai iphone hahahaa. Masa beli huawei, kawan2 aku cakap harga dah mcm lebih baik kau beli iphone. Tapi mmg belum jatuh cinta lagi kat iphone. Nanti-nanti lahh hahaha.
Oh ya, untuk giveaway aku tu, pengumuman pemenang lambat sikit yee? Hehee. Ampun maaf dipinta. In Sha Allah bulan depan aku umumkan. This week mcm busy sikit.. Sorry korang!
Psstttt. Doakan urusan aku dipermudahkan yaa? Hehee. Thank you!
16 COMMENT
Hai awak. Sama laa. Baru 2 minggu pakai vivo V11i ni. Disebabkan iphone pecah retak seribuu. Huhuhu. Sebelum ni pernah pakai samsung, lenovo, nokia dan iphone. Dah bertahun pakai iphone. Nak beralih arah pulak. Sebab tengok Vivo VV11i ni cantikk. Hahaha. Sebenarnya saya pon dalam dilema jugak nak pilih sama ada F9 atau Vivo V11i ni. Suami cadangkan ambik vivo sebab 128gb. Hee :)
ReplyDeleteOhh yaa. Semoga dipermudahkan urusan awak ya :)
Kannn. Kite pun dilema nak ambik yg mana. Sebab depa keluar saing2 pulaktuu. Hahaha. Both oppo and vivo warna model baru mereka cantik. So far ok tak pakai vivo v11i? harap2 takde apa2 masalah lah..
DeleteAsalam akhirnya dapat juga memilih satu ya VIVO
ReplyDeleteLama dilema nak memilih tuu. haha. akhirnya vivo jugak jadi pilihan...
DeleteKak sha lebih suka jenama Mi.. cuma skrg ini baru test pakai Samsung..
ReplyDeleteSamsung pun best kak sha.. harga dia pun best.. huhuuu. haritu tengok harga samsung nak terbeliak mata...
DeleteKikiki.. Akak pakai yang biasa-biasa je Rai.. selalunya yang survey suami akak.. Yang pakai akak.. Kikiki.. Satu je akak kurang suka dengan samsung ini.. Tak ada tarikh bila ambil gambar.. yang lain, so far okay..
DeleteMacam menarik pulak tengok. Sekarang semua fon lawa-lawa. Nanti boleh review camera dia pulak...
ReplyDeleteha'ahh. semua lawa-lawa.. nak pilih pun rambang mata..
Deleteadooo~ ni yang rasa nak try vivo ni..
ReplyDeletetry laaa. vivo harga dia murah sikit dari huawei atau oppo. tgk kualiti gambar vivo pun cantik jugak..
Deleteabang kc guna oppo F8, serius camera dia lawa gilosss! lighting & warna memang naikkan betul seri gambar. baru nak suggest rrai ambik oppo f9 hahaha.
ReplyDeletetapi vivo pun camera cun gak. dua2 best haha
wahhh. yekeee. oppo mmg bab gambar, kamera dia cun kann. tp haritu try snap pakai vivo, not bad jugak. harap2 betul lah keputusan ambik vivo tuu. hehee. tq kc!
Deleteterbaek :)
ReplyDeletetak ada pengalaman guna Vivo..skrg pakai Huawei hat murr murr je
ReplyDeleteWah hebat la fon vivo ni, teringin nak pakai juga
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.