Produk Sampah! Tapi betul ke sampah?

Wednesday, August 29, 2018



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Baru-baru ini tular mengenai kenyataan individu pakar mengenai produk-produk tempatan kerana beliau melabelkan kesemuanya sebagai sampah. Aku juga turut sama melenting bila baca kesemua statement beliau. Perkara pertama aku buat, aku terus screenshot dan whatsapp kawan aku,

"Kau jangan beli tau @#$%^&* ni, bahaya lah, nanti apa-apa jadi pulak kat kau."

Sebab, beberapa hari sebelumnya, kawan aku tu ada beritahu dia nak beli produk tu untuk kulit dan kuruskan badan. Aku memang sokong jelah sbb produk tu mmg sangat sangat popular dan aku tgk ramai guna. Tapi bila keluar kenyataan mengatakan produk tu sampah dan bahaya, terus aku tak kasi kawan aku beli.

Siapa lah aku untuk berkata yang lebih-lebih. Pakar bukan, apatah lagi belajar bidang kesihatan atau perubatan. Memang tidak sama sekali. Cuma aku ambil iktibar dan elakkan lah dari guna bila mana ada yang kongsi produk tu tak bagus.

TAPI.

Kesan setiap produk kat individu tu berbeza. Setuju tak? Contoh lebih senang, ada orang alergik udang. Tapi kau, melantak seperiuk pun tak ada apa-apa. Aku fikir mcm tu je.

Ada juga produk tempatan yang aku guna, dan berikan kesan yang baik kat aku. Jadi bagi aku tidaklah kesemuanya sampah. Tapi aku setuju, berlambak sangat-sangat manusia kat Malaysia ni yang rebranding produk dan buat produk yang mengandungi bahan bahaya mcm merkuri tu. Benda mcm ni ada je jadi. Tapi tak kesemua produk mcm tu.

Aku kesian. Orang bertelagah pasal isu ini.
Tapi tu lah. Aku sendiri tak berani nak komen lebih-lebih. Hahaa. Pendapat korang macam mana?




You Might Also Like

3 COMMENT

  1. sha memilih jugak dengan produk ni tapi takdalah sampai gelar produk tu sampah huhu

    ReplyDelete
  2. Jangan terlalu terpengaruh dengan iklan murah..dan sebelum beli apa2,siasat dulu...buat survey...tengok pro and cons dia..

    ReplyDelete
  3. Sebelum nak makan/minum apa2 supplement.Kita kena tanya pendapat doktor dahulu.Tak semua produk itu sampah.Tak semua produk kita boleh makan.Atas kesesuain badan kita juga sesuai ke tidak dengan produk itu.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.