Pasang surut berblog | Baju baru blog
Wednesday, September 20, 2017
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Kejap muncul, kejap hilang. Kejap nak buat giveaway, kejap karang tak jadik pulak. Eish tumbuk jugak si Rrai ni. Sorry lah blog, tuan awak ni kerja dia macam chipsmore sikit. Karang bila dia macam free, dia rasa semua benda dia boleh buat. Padahal dia tak tahu malam besok dia kena tido opis. Kahhkahhh.
Dulu masa zaman belajar, tak dinafikan bila tiba waktu cuti sem ke, hujung minggu ke, aktif gila aku menaip kat blog ni. Tapi bila datang minggu kuiz, test, exam dan sebagainya, jangan kata blog, facebook pun tak sempat jengah. Cehh.
Lebih kurang lah tu macam sekarang ni. Aku hanya mampu merancang je. Allah yang tentukan. Ingat lagi tak dulu aku pernah plan nak buat giveaway, siap cari sponsor and sponsor dah whatsapp nak sponsor itu ini semua. Antaranya aku ingat lagi, kaksha tak silap aku. Dia nak sponsor novel. Tapi terbengkalai projek giveaway aku tu sebab ada kerja berpusu-pusu datang tak diundang. Memang aku agak serba salah dan terkilan jugak lah. Serius. Aku mintak maap sangat2 kat sponsor-sponsor yang berminat nak sponsor tu. Jangan lah serik ye. Bagi aku lebih baik aku cancel je nak buat giveaway tu daripada aku tak dpt kasi full komitmen untuk giveaway tersebut. Karang sponsor dah kasi barang tapi penganjur tak proceed-proceed hadiah pulak. Oh tidak. Saya tidak mahu dibenci. Hahahahahaa
Biasalah benda mcm ni jadi. Nama pun blogger sambilan. Bila ada masa terluang baru dapat peluk cium blog ni. Hahahaa. Kalau dulu aku aktif ambik tempahan edit blog, boleh dikatakan hari-hari edit blog orang, aku siap buat senarai nama pending lagi. Paling tak sangka, pernah jadi dekat lebih 10 orang customer dalam ruangan menunggu kat list aku tu. Rezeki. Walaupun aku tak hebat mana mengedit blog orang tapi Allah kasi juga peluang. Pada masa yg sama aku belajar koding-koding dalam template tu. Sekarang, bila ada permintaan untuk editkan blog, aku terpaksa tolak. Takut tak dapat nak siapkan ikut tempoh masa yang customer tu nak. Edit template blog ni bukan benda mudah. Waima seketul header tu pun ambik masa nak buat. Ingat senang ke? Aku tabik kat blogger yang masih ambil tempahan edit blog. Semoga awak semua dimurahkan rezeki hendaknya.
Sekarang jangan kata nak edit blog orang, nak edit blog sendiri pun gua malas. Hahahaha. Nampak template aku sekarang ni? Ni template free. Alaaa kan bersepah template ready made kat google tu. Kalau malas guna je takyah ubah apa-apa. Kalau rajin macam aku, haa godek dan ubahlah sikit. Hahaha. *puji diri sendiri*
Ni sebelum:
Ni sebelum:
Sebelum aku ubah apa-apa, rupa template aku memang sebijik macam gambar kat atas ni. Lepas aku re-edit semula, godek kod html dia sikit, haa dapatlah hasil mcm kat bawah ni. Mana satu okay?
Yang pertama tu macam foundation lah. Semua org pakai foundation. Tapi tak semua rajin nak tepek eyeshadow, eyeliner, gincu tu semua. Kalau aku pakai yg pertama tu tanpa ubah apa-apa boleh jeee sebenarnya, tapi hmm mcm tak best lah nnti blog semua orang sama dengan aku HAHAHAHAA. *dahlah pemalas nak edit blog dah tu demand plakktuuu!* Alaa biarlah janji free. Jimat duit iolss. Hahahahaa. Nak re-edit pon ngko hingat sonanggg ke? Dahlah aku tak pro template cenggini. Header dia entah celah mana entah dia punya kod. Hahahaa. *sistakpro*
Ada jugak simpan impian nak suruh orang editkan baju baru blog. Nantilah gua kumpul duit dulu. Sekarang ni I is sedar diri bahawasanya I is tak mampu, so I is pakai je apa yang percuma di mata I. Hahahaa. Ke ada siapa-siapa nak editkan blog I free charge? Kihkih.
Kalau korang yang sedang berjimat macam saya tu dan nak template mesra seo, moden, comel, mesra pengunjung boleh dapatkan kat sini >>> https://gooyaabitemplates.com/
Ada jugak simpan impian nak suruh orang editkan baju baru blog. Nantilah gua kumpul duit dulu. Sekarang ni I is sedar diri bahawasanya I is tak mampu, so I is pakai je apa yang percuma di mata I. Hahahaa. Ke ada siapa-siapa nak editkan blog I free charge? Kihkih.
Kalau korang yang sedang berjimat macam saya tu dan nak template mesra seo, moden, comel, mesra pengunjung boleh dapatkan kat sini >>> https://gooyaabitemplates.com/
Sekian untuk hari ini. Have a nice day!
11 COMMENT
Samalah macam Om, pasang surut blog. Entahlah kenapa makin kerja makin busy. Lepas ni memang kne typing atleast one entri per week.
ReplyDeleteSama lah kita Om. Kerja tak boleh nak dijangka. Hehee. Good luck Om !
Deleteya Allah serius rasa nak nangis tengok baju baru blog rrai ni. lawa sangatttt! serious lawa hahaha. jealous tau heee. btw, kc suka dua-dua, tapi lebih suka yang ke-2. yang sekarang rrai tengah pakai ni lah hehehe. cantiksss ngat.
ReplyDeleteWahhh yekee. TQ KC! Template free je KC. Itu je yang termampu. Tsobb sobb..
DeleteWahhhh comel blog baru Rrai. bg kuning ! Ceria cerah je Ct tengok ^^
ReplyDeleteRamai ygguna goyaabi templates yek skg
Thankyou CT! Hehee. Kite pun rasa background kuning ni kasi effect ceria kat blog. Sbb tu pilih kuning..
Deletepandailah rrai edit. echa blur kalau guna yg free template ni. huhuhu.
ReplyDeleteTu pun edit sikit-sikit je Cha. Nak godek lebih2 sy pun bukan reti sangat hahahaha
DeletePatutlah jarang tengok blog rai berupdate.. Rupanya busy kerja ye.. Takpe, pelan-pelan kayuh..
ReplyDeletememang cantik..rabia pun tukar template blog
ReplyDeletelamanyaaa akak tak singgah sini.. rindu Rrai..! btw blog dah cntikkk!
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.