Whoops! That's an error!

Wednesday, September 21, 2016


Whoops! That's an error! Hahahaa. *sebut perkataan whoops tu dengan nada comel* Apa yang error tu? Cuba tengok gambar di atas. Haa gitu laa rupa error yang aku maksudkan tu. Semalam aku bukak blog, kat dashboard okay je, molek je takde apa crashed. Tapi bila klik view blog, jadi macam kat atas tu. Fuhhh. Cuak gila weyh!

Aku dah mula jee fikir bukan-bukan. Google nak padam blog aku laa apa laa. Hahaha. Yaa seriously aku fikir blog aku kena padam google je masatu. Sedih tau kalau kena padam. Ingat kelakar ke.


Lepas tu tengok kat Layout dan Template. Pun sama! Sobbb sobbb. Lagi laa nak nangis je rasa hahahaha. *over* Aku tanya kat kawan-kawan blog, ada juga yang kena macam ni rupanya. Lepas tu atas saranan blogger myideakini, aku pun tukar template aku ke mana-mana template kat template designer tu. Sebelum tu aku backup dulu template yg aku pakai skrg ni. Mula-mula tak menjadi apa-apa. Sama je. Lepas tu kat bahagian template, aku perasan dia tunjuk blog aku. Tapi satu kali jaa. Lepas aku refresh, dia jadi crashed balik.

Stress dan frust menonggeng punya pasal, aku biar je tersadai gitu. Aku tak shut down laptop tak log out blog pun. Pergi dapur minum kopi, makan biskut oat tiga keping, tengok balik blog, YEAYYYYYY!! Dah okay!!

Hahahahaa. Gembira tak terkata oi. Macam menang merentas desa je. (aku tak pernah menang merentas desa, jgn caya). Syukur sangat. Kalau tak mesti aku tidur beralaskan bantal basah. *over*

Aku tak tahu laa sama ada tindakan tukar template lain tu punca kejayaan, tapi kalau ada siapa yang ada masalah, cuba laa. Mana tau menjadi mcm aku ke. Tapi apa-apa pun, backup dulu template korang sebelum nak apply template baru. Kalau aku rujuk kat group forum [utk blogger2 yg kena masalah yg sama] mmg ramai yang suruh tukar template lain. Sbb dia kata kalau jadi macam ni maknanya template kita guna skrg ni corrupted. Haa tang ni aku taktahu sangat. Tapi alhamdulillah selepas aku tukar template tu, aku upload [pakai balik] template lama, takde corrupted atau silap apa2 pun. Alhamdulillah.

Nama error ni Error bX-v2vqfh. Aku harap sangat takde kena apa-apa error lagi lepas ni. Nak gugur jantung jiwa raga limpa pancreas tangan rambut bijik mata semua. Hahahaa. Ailebiu blog. Please jangan error error lagi lepasni yee. Muahh muaaahhhh!


You Might Also Like

4 COMMENT

  1. busyra pun penah jd. bila tekan nak view blog tak boleh. huhu

    ReplyDelete
  2. salam rrai baca blog rrai terus akak try view blog kekekeke

    ReplyDelete
  3. maybe ada la tu error dalam template tu.. ada yang tak close betul2 ke koding2 tu.. maybe masa tu adalah tu kod google baru update yang tak kena dgn kod ada dlam template blog.. biasala tu guna platform free kan kena la ikut apa yg provider buat (google blogger) .. kalau mereka buat service maintenance maybe ia akan jadi begini.. tak taw la kena tanya yang lebih arif.. =)

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.