Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu dengan wajah baru!
Thursday, September 01, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Isnin yang lalu aku telah terima parcel dari Gdex (yang taknak hantar sampai rumah dan setiap kali guna perkhidmatan Gdex kita kena keluar pergi ambil sendiri parcel, alasannya kawasan aku dia tak masuk, fuhhh menyirap) dan ianya adalah press kit sumber ayu dengan packaging baru! Woww suka! suka! suka! Hihiii. Sebab kotak press kit sumber ayu ni tersangatlah comel dan memikat hati saya. Sumber ayu punya pembersih kewanitaan ni harganya yang mampu milik dan mudah didapati di mana-mana pasaraya kecil ataupun pasaraya-pasaraya besar. Malahan di kedai runcit pun ada jual produk sumber ayu ni.
Ni lah kotak press kit sumber ayu yang aku dapat tu. Comel kan?
Dalam kotak press kit ni ada tiga botol Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu 90ml. Aku dapat Floral, Rose dan Gambir. Yang hijay tu floral. Yang merah jambu tu rose. Dan yang biru tu gambir.
Ni la rupa baru Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni. Makin lawa dan comel kan?
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni bukan untuk orang-orang yang dah kahwin je tau. Yang belum kahwin macam saya pun boleh menggunakan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ni. Kebersihan tubuh badan adalah amat penting terutamanya pada kawasan intim.
Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut. Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing. Bertentangan dengan kepercayaan umum, membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan menganggu keseimbangan semula jadi, lantas mendedahkan kita lepada risiko jangkitan.
Lengkapkan rutin penjagaan peribadi dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu, diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat, kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan. Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik
Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkat dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayubagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
Selari dengan peredaran masa, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar. Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasi daripada keanggunan lekuk tubuh wanita, pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated. Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu ini juga di perakui HALAL oleh JAKIM bagi manfaat para pengguna Muslimah.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Orkid- Haruman segar dari kuntuman orkid, memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari. Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannyadalam pelbagai cara.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Mawar- Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari. Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Floral- Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu. Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Musk- Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari. Varian ini sesuai dengan wanita yang sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yang terkenal dengan nuansa anggun.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Gambir- Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi. Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.
Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Fruity- Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari. Pilihan terbaik bagi si gadis yang ceria, lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.
Cara Penggunaan: Tuangkan sedikit cecair pada tapak tangan dan bersihkan kawasan intim anda. Bilas dengan air sehingga bersih.
Rangkaian Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu boleh didapati pada harga RM3.60 (90ml) dan RM5.80 (200ml). Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan oleh WIPRO UNZA. Produk-produk SUMBER AYU kini terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.
Jangan lupa dapatkan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu di kedai-kedai atau pasaraya berdekatan uolss okay. Aku paling suka bau floral. Tapi kesemuanya berbau wangi sebenarnya. So korang memang takkan menyesal lah kalau beli semua flavour. Ceh flavour kemain aku. Hahahaa.
Selamat Ber-sumber Ayu!
1 COMMENT
Kak sha suka bauan musk..
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.