Face Tonic with Organic Chamomile
Saturday, September 24, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
This face tonic with organic chamomile is from Ecowell Organic Cosmetics. Rangkaian produk-produk Ecowell adalah berasaskan kandungan organik yang tidak membahayakan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit. Kulit sensitif pun boleh cuba dan tak perlu ragu-ragu. Sebab tak ada pun mercury, paraben dan kandungan yang bahaya.
Face tonic ni dalam bahasa mudahnya adalah toner. Toner yang selalu korang pakai samada selepas cuci muka atau sebelum mekap tu. Tapi face tonic ni dia lagi best sebab dia ada organic chamomile.
Apa chamomile tu?
Chamomile atau Chamomile Jerman adalah tumbuhan semusim dari keluarga bunga Matahari Asteraceae. Tanaman ini tumbuh di seluruh wilayah Eropa dan wilayah Asia yang memiliki 4 musim. Chamomile juga telah tersebar luas di Amerika Utara dan Australia oleh manusia. Chamomile memerlukan tanah yang terbuka untuk dapat tumbuh. Tanaman chamomile dapat tumbuh setinggi 15 sampai 60 cm. Daunnya yang panjang dan kecil berkelompok dua atau tiga daun dalam satu tangkai. [sumber]
Antara kebaikan chamomile untuk wajah adalah boleh mengurangkan keradangan kulit, bertindak sebagai anti irritant, terutamanya bagi kulit jenis sensitif, merawat jerawat, menanggalkan sel kulit mati, melembutkan kulit, menjadikan kulit kita lembap dan glowing. Kulit kering pun sesuai. Sebab kandungan chamomile sesuai untuk kulit kering.
Siapa yang mengamalkan teh chamomile ni mesti familiar dengan perkataan chamomile. Hehehh.
Ini lah rupa face tonic tu. Jenis yang picit-picit punya. Spray kat muka terus pun boleh! Biasalah toner kan, letak toner kat kapas lepas tu sapu kat muka. Tapi face tonic ecowell ni kalau tak guna kapas pun takpa. Spray je terus kat muka uols yang mulus tu. Hihii
Untuk kesan yang lebih mengagumkan, pakai face tonic ni lepas korang cuci muka dengan liquid face soap ecowell. Liquid face soap pulak ada organic orange oil. Best tau! Korang kena cuba! Lepas tu, dah pakai face tonic, pakai pulak bio cream. Memang makin ploles lah muka uols!
Maklumat produk:
Face Tonic -30ml
Dengan organik chamomile
Brand: Ecowell
Product: Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series
Price: RM231.97
30-Day Application
Organic Facial Care Collection
ICEA-Certified Organic
Dermatologically Tested
Normal to Oily Skin
Eco-Friendly
Travel-Friendly Pack
Boleh didapati di:
SiteGiant
http://www.nestore.biz/ecowell-anti-aging-facial-care-trial-set?manufacturer_id=25
Lazada
http://www.lazada.com.my/ecowell/?searchredirect=ecowell
Shopee
https://mall.shopee.com.my/item/?sid=7728479&iid=43432401
Facebook
https://www.facebook.com/ecowellorganics/
Akan datang, aku akan review make-up cleanser milk daripada ecowell. Yang ni pun serius best! Thank you for reading this entry!
0 COMMENT
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.