Ecowell Organic Cosmetics: Cell Renewal & Hydrating Face Mask
Friday, September 16, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Di hari yang berbahagia dan indah ni saya nak review Cell Renewal & Hydrating Face Mask dari Ecowell Organic Cosmetics. Siapa sini suka pakai face mask? Off course me too! Hihi. Face mask dari Ecowell ni dia takda sheet paper, kita apply je terus kat muka. Aku jarang pakai face mask sheet tu. Selalu pakai face mask jenis yg mcm Ecowell ni jugak, sapu-sapu kat muka. Heheee
Kandungan utama Cell Renewal & Hydrating Face Mask ini adalah Hyaluronic Acid dan juga Aloe Vera. Hyaluronic Acid dan Aloe Vera memiliki banyak kebaikan untuk kulit kita.
Hyaluronic acid mampu melembapkan kulit dan bertindak sebagai anti-penuaan, sekaligus mengurangkan kedutan di kulit kita. Berdasarkan apa yg aku tahu, hyaluronic acid ni sebenarnya dah mmg ada pada kulit kita, tapi semakin kita tua, semakin berkurang hyaluronic acid ni. Hyaluronic acid ni mcm menjaga kolagen dalam badan kita. Eh betul ke idok aku punya ayat ni? Hahahahaa. Sbb tu banyak produk mengutamakan collagen sbb makin tua makin berkurang collagen. Husihh. Seram pulak cakap pasal tua tua ni.
Aloe vera pula memang terkenal dalam masyarakat kita dalam merawat kulit dan menjaga wajah (juga bagus untuk kesihatan). Dulu kecik-kecik aku selalu patahkan lidah buaya atok aku tanam sebab aku nak sapu kat bulu mata. Lols. Konon-konon nak lentikkan bulu mata. Entah pape ekh? Kecik-kecik dah gedik. Hahahaha. Aloe vera mampu melembapkan kulit dan sangat sesuai bagi mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Selain itu, kandungan aloe vera juga boleh membantu merawat masalah jerawat.
Dengan Cell Renewal & Hydrating Face Mask ni, korang boleh dapat nutrisi hyaluronic acid dan aloe vera untuk diserap ke dalam kulit. Hasilnya memang korang akan suka tau nanti!
Maklumat produk:
Cell Renewal & Hydrating Face Mask -30ml
Dengan hyaluronic acid dan aloe vera
Brand: Ecowell
Product: Ecowell Anti-Aging Trial Pack Organic Facial Care Series
Price: RM231.97
30-Day Application
Organic Facial Care Collection
ICEA-Certified Organic
Dermatologically Tested
Normal to Oily Skin
Eco-Friendly
Travel-Friendly Pack
Boleh didapati di:
SiteGiant
Lazada
Shopee
Facebook
Kebaikan Cell Renewal & Hydrating Face Mask :
-Melembapkan kulit
-Melicinkan dan melembutkan kulit
-Mengurangkan garis-garis kedutan
-Meremajakan kulit
-Melindungi keseimbangan semulajadi kulit
Untuk pengetahuan korang, tekstur Cell Renewal & Hydrating Face Mask ni adalah gel. Warna dia pulak, kuning jernih. Bau? Bau organik. Hahaha. Nak tau bau organik macam mana? Kena laa beli dan cuba sendiri! Hihii.
Cara guna: Korang boleh pakai 1 kali atau 2 kali dalam masa seminggu. Pakai di muka korang selepas korang cuci muka bersih-bersih. Nak lagi efektif, gunakan Liquid Facial Soap with organic orange oil yang juga keluaran ecowell organic cosmetics. Selepas pakai Cell Renewal & Hydrating Face Mask ni, biarkan selama 10-15 minit dan kemudian bilas dengan warm water. Korang akan rasakan kulit muka korang semakin glowing dan lembut lembut gituuuu. Tak caya try dulu! Hehe
Kesemua produk keluaran ecowell adalah berasaskan organik dan bebas dari kandungan-kandungan yang merbahaya. Juga mendapat pengiktirafan daripada ICEA. So korang tak perlu risau dan ragu-ragu okayyy. Bagi yang belum baca entry aku sebelum ni, korang boleh klik link di bawah untuk baca mengenai liquid facial soap dan face cream daripada ecowell organic cosmetics.
Thank you sudi baca! Jangan lupa komen! Hehee
1 COMMENT
benda baik ni harga pun baik.. TT eh rrai dah tuka template! baru perasan lols.. XD
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.