Minyak Wangi Braveheart keluaran DD Cosmetics

Sunday, August 14, 2016


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai! Hari ni saya berbesar hati nak buat satu review yang jujur dari hati berdasarkan pengalaman sendiri kepada semua pembaca www.bajuwarnacoklat.com. Hehehehee. Its about perfume. Atau bahasa melayunya adalah minyak wangi. Siapa tak suka minyak wangi kan? Majoriti manusia ada minyak wangi. Paling sikit pun sebotol kat rumah. Kalau korang ni aku rasa mesti siap ada collection macam-macam jenama ni. Jenama local laa. Jenama antarabangsa laa. Minyak wangi memang berlambak kat pasaran tu. Tapi adakah minyak wangi tersebut menepati citarasa pengguna? Haaa. Ingat boleh main beli je ke. Ada ke orang main beli je minyak wangi? Paling tak pun benda wajib dia buat, BAU dulu. Kalau bau okay, baru proceed beli. TAPI. Bau dah memang sedap, bila dah pakai jadi bau tengik pulak. Hahahahah. Tau tak tengik tu apa? Ni taktau laa bahasa ada dalam kamus ke tak. Tengik ni macam bau yg kurang menyenangkan. Gua orang kampung selalu guna perkataan ni. Contoh ayat: "Baju ni dah sebulan dalam bakul, tengik betul bau dia" Hahahahha. Macam gitu laaa.

Kalau bau wangi pun, ada yang tak tahan lama bau dia. Pakai pagi, tengahari dah hilang bau dia. Huuhuhu. Sebab tu ramai orang beli perfume harga beratus-ratus. Sebab bukan mudah nak jumpa perfume yang bau boleh tahan 12 jam. Pelajar ke, pekerja ke, semua akan cari minyak wangi long lasting tahan berjam-jam lamanya. Lagi-lagi yang kerja outdoor. Ingat ada masa ke nak p sembur minyak wangi setiap jam? Hahahahaa. Kalau pelajar pulak takkan nak beli perfume mahal-mahal kan? Nak beli itu ini lagi. Hahahaa

Minyak wangi memang sangat penting masa kini. Dah macam keperluan pun yaa. Bukan sahaja boleh membantu untuk membangkitkan keyakinan tapi juga dapat menghindarkan bau badan. Korang jangan tak tahu, pemilihan minyak wangi yang menepati citarasa pengguna juga mampu menaikkan mood seseorang tau! Cuba kalau dah penat-penat bekerja, lepas tu bau badan sendiri, masih lagi wangi! Haaa. Kan boleh membangkitkan semangat tuuu. Terus hilang rasa down akibat penat bekerja. Nak jumpa orang lepas habis waktu bekerja pun takde masalah dan takde rasa malu. Nak dating lepas balik kerja pun no hal! KAHHKAHH. Tapi dating dengan laki/bini sahaja k. Mana tahu laki nak ajak makan hotel lima bintang ke. Takde hal lah. Braveheart kan ada! Hihii

Jadi kalau korang ada masalah macam yang di atas, nak cari minyak wangi lelaki atau wanita yang LONG LASTING, HARGA MURAH BERPATUTAN, BAU TAHAN 12 JAM, SETANDING DENGAN MINYAK WANGI ANTARABANGSA, MESRA SOLAT, MUDAH DIBAWA KE MANA-MANA (senang bawak pergi travel/kelas/ke pejabat), SUCI DAN BEBAS BAHAN YANG BOLEH MEMBATALKAN SOLAT, sila baca entry aku ni sampai habis! Hehee


Taaadaaaa! Haaa ni la minyak wangi yang aku nak review yang mana bau dia sangat tahan lama/ long lastin berjam-jam lamanya dan bau minyak wangi ni serius sangat menepati citarasa dan lubang hidung aku sebagai seorang perempuan yang ayu dan anggun begini HAHAHAHAA. Minyak wangi BRAVEHEART ni dikhususkan untuk lelaki sebenarnya. Sepadan dengan tagline BRAVEHEART, berani hadapi kemungkinan. Sesuai sangat untuk kaum lelaki di luar sana pakai. Aku yang perempuan ni pun boleh jatuh cinta dengan braveheart ni kalau kau lelaki pakai jangan tanya kenapa la segerombolan awek datang kejar kau dari belakang. Kahkahhh. Bau braveheart ni adalah sejenis bau yang tak keras jadi tak mustahil kalau perempuan pun boleh suka. Ingat senang ke orang perempuan nak suka parfume lelaki? Ada yang bau keras menyengat, malahan ada juga bau yang kita hidu sekali je dah pening. Aiyooyo. Bau apa ni sih. Kalau pakai braveheart korang tak payah risau kalau tersembur banyak ke sbb memang TAK AKAN memeningkan kepala awek kau di seat sebelah atau mak kau di dapur. Mak kau mintak belikan lagi ada laaa. Eh eh. Hahaa


Kotak braveheart ni bersampul. Mmg nampak exclusive dan mahal gituu. Malahan kalau nak dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang pun sesuai.


Comel kan botol dia? Senang nak bawak pergi mana-mana. Pakai handbag kecik tu pun muat tau.


Mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku pilih minyak wangi lelaki braveheart instead of minyak wangi perempuan sweetheart. Berdasarkan pengalaman blogger lain, minyak wangi sweetheart memang sangat wangi dan rata-rata memang berpuas hati dengan penggunaan minyak wangi sweetheart tu. Oh ya. Bagi yang tak pernah tengok mcm mana rupa minyak wangi sweetheart, di bawah ni gambarnya.


Lawa dan comel kan botol sweetheart? But I choose braveheart sebab aku memang suka pakai minyak wangi lelaki. Hehehehehee. Itu sahaja sebabnya. Aku pakai je minyak wangi perempuan tapi macam lebih minat kat bau perfume-perfume lelaki. So kalau perfume lelaki tu perempuan suka, maka sah lah perfume tu wangi. HAHAHAHA. Alhamdulillah la selama ni perfume men yang aku pakai semuanya kawan-kawan aku kata wangi. Haa kan aku dah kata. Kalau aku cakap wangi, maka memang wangi lah gamaknya.

Jadi. Berdasarkan pengalaman aku, here my review. Ikhlas dari hati.

1. BAU TAHAN LAMA. Bau braveheart ni memang sangat tahan lama. Pakai harini, esok pun ada bau melekat lagi tau kt baju tu. Jadi memang sesuai untuk dipakai masa berkerja. Sebab bau braveheart mampu bertahan sampai waktu korang habis kerja.

2. BAU YANG MENYENANGKAN. Mesti korang tertanya, best ke bau braveheart ni? Bau braveheart mmg best. Macam yang aku cakap sebelum ni, braveheart punya bau tak keras dan bau dia pun boleh dikatakan lembut juga laa. Bau yang fresh gituu. Memang menyegarkan si pemakai. Rasa macam baru lepas mandi jeee. Hahaha. Disebabkan aku suka bau braveheart ni, aku siap buat testimoni kt diri sendiri, pakai masa sebelum tidur. Sebab aku suka bau dia. Nanti dah bangun tidur pun bau dia ada lagi. Plus, kadang lepas pakai tu bau dia siap melekat kat bantal, cadar. So wangi je bantal aku hahahahahaa.

3. MUDAH DI BAWA KEMANA-MANA. Botol braveheart ni senang nak dibawak p mana-mana. Masukkan je dalam handbag. Tak memberatkan dan tak membebankan kita nak bawak ke hulu hilir.

4. HARGA MURAH DAN BERPATUTAN. Harga bagi sebotol minyak wangi braveheart ni adalah RM49.90. Memang berpatutan sebab dahlah murah, lepas tu tahan lama. Bau pun best. Mmg berbaloi-baloi.

5. MESRA SOLAT. Bau braveheart ni masih ada walaupun selepas korang berwudhuk. Jadi kalau bagi lelaki, pakai masa p solat jumaat ke, jangan risau la sebab bau braveheart ni tak terjejas pun. Tak perlu pakai banyak kali. Sebab bau dia masih ada.

6. SETANDING MINYAK WANGI ANTARABANGSA. Tak perlu beli minyak wangi antarabangsa sebab minyak wangi braveheart ni sendiri dah setanding jenama minyak wangi international.

7. JIMAT DUIT. Hahaha. Kenapa aku kata jimat duit? Sebab braveheart ni harga murah berpatutan, kalau pakai sekali sembur pun dah okay. Jadi kandungan minyak wangi dalam botol tu memang boleh tahan lama. Kalau pakai minyak wangi jenis tak long lasting, mesti kita akan sembur banyak kali. Lepas tu asyik kena beli je. Membazir duit.


Awak-awak semua dah cuba braveheart ke belum? Are you brave enough? You should try braveheart and get one for yourself! Sure tak menyesal! Lelaki ke perempuan ke dua-dua boleh pakai. Bau braveheart sesuai untuk lelaki dan perempuan yaa kawan kawanku tersayang sekalian. Agak-agak mood nak p keje ke nak p kelas tu malas yang amat, meh pakai braveheart, berani berkobar-kobar hampa semua nanti hehehee.

Untuk pengetahuan korang, minyak wangi braveheart dan sweetheart ni boleh dibeli secara online. Jadi korang tak perlu risau nak pergi mencari sebab pos laju di Malaysia akan tolong hantarkan ke depan pintu rumah korang dalam tempoh masa 2-3 hari sahaja! Agak-agak takde orang kat rumah, suruh pos laju hantar kat pejabat. Hehehehehe

Kat bawah ni maklumat kat mana korang boleh dapatkan minyak wangi braveheart ataupun sweetheart ni secara atas talian/ online. Kalau nak COD pun boleh. Tiada masalah.

Page: https://www.facebook.com/ddcosmeticsofficial
Instagram: https://www.instagram.com/DDCosmeticsOfficial/
Website: http://www.ddcosmetics.com.my
WhatsApp: 019-2018014/019-2018015
Phone: 03-89229888

Address: No 235 Jalan 8/3 Seksyen 8, 43650 Bangi, Malaysia
Hours: Isnin-Jumaat (8.30 am-5.00pm)

Baru-baru ni pihak DD Cosmetics ada buat promosi Aidilfitri bagi pembelian Braveheart dan Sweetheart. Beli dua dapat harga lagi murah. Jadi aku sarankan, kalau korang takmau terlepas harga promosi bagi minyak wangi braveheart ni, sila follow instagram dan facebook di atas yaa.


Selain minyak wangi, DD Cosmetics juga ada mengeluarkan DD Cream. I'm looking forward to try this cream one day. Omaigoddd. Tergoda hakak tau!

Terima kasih kepada semua yang membaca entry ini sehingga habis. Nah. I belanja lagu perfume by Britney Spears. Britney should try braveheart I guess! Nak mark territory kan? Nak bagi bau melekat tahan lama kan? Nak bagi bau kita harum semerbak kan? Nah. Sila cuba braveheart. Dijamin puas hati. Hahahaha. Semoga Britney Spears baca lah entry aku ni yaa. Hihi
Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

You Might Also Like

7 COMMENT

  1. GOOD LUCK

    http://belogs.blogspot.my/2016/08/kau-di-hati-ku-braveheart-oleh-dd.html

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Serius sedap bau dia Kak Sha. Rrai tak minat sgt bau2 sweet ni. Suka bau fresh camni. Rasa segar jee mood. Hahahaa

      Delete
  3. salam... terima kasih sudi menghantar entri review minyak wangi..

    keputusan diumumkan pada 22 Ogos 2016. good luck ya..

    - Mia Liana -

    ReplyDelete
  4. tahniah...

    http://www.mialiana.com/2016/08/pengumuman-pemenang-giveaway-minyak.html

    ReplyDelete
  5. Terima kasih infonya gan.
    Lumayan buat nambah elmu.

    Gema Parfum
    Minyak Wangi Pria Terfavorit.

    ----------

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.