Review Pemenang Segmen Review With Bajuwarnacoklat [Group II]

Monday, July 25, 2016


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Haiiii. Sepertimana yang dijanjikan, kali ni aku nak sambung review pemenang Group II. Sebelum ni aku dah review dah Group I. Dah baca belum? Kalau belum baca, boleh baca kat SINI. Sorry yaa lambat review. Hehee. Kali ni ada tiga blog yang akan direview. Jom skodeng blog dieorg!


Blog kelima yang akan direview adalah blog Tomodachi. First things yang aku suka kat blog ni adalah pemilik suka share tips dan diy yang menarik. Aku mmg suka diy. Sbb kebanyakan diy ni guna barang2 recycle je kannn. Mmg jimat habis. Contoh macam gambar kat bawah ni.


Utk tgk tips dan diy yang lain korang boleh klik SINI
Bukan itu sahaja, pemilik blog ni jugak seorang yang terer melukis tauuu! Serius cantik lukisan dia buat. Macam yang kat dalam instagram yg org dok share tuuu.


Untuk tgk lukisan lain korang boleh klik SINI
Cantik kan hasil tangan beliau? Tak sure pulak kalau beliau ada buat tempahan doodle ke tak. I bet kalau dia bikin doodle, kompem comel belaka!




Next blog is Blog Theathra by Ain yang super comel hehehehe. Pernah wassap dgn Ain dulu. Dia mmg sgt peramah dan mudah nak deal dgn dia. Tak banyak songeh orangnya. Hihii. Banyak entry menarik yang Ain kongsi kat blog dia. Kalau korang nak baca travel diary Ain pergi Kuching, Sarawak, sila klik laju-laju kat SINI. Mmg sangat terperinci Ain cerita kat entry-entry tu. Gambar pun banyak yang dia kongsikan. Omaigod aku tgk gambar buaya2 yang Ain share tu kecut perut dibuatnya. Dan lepas baca travel diary ain tu baruku tahu ada spesies buaya yang takdak ekor. Ke semua org dah tahu? Hahahaa

Ain- "Haaaaa jumpa pun. Eh mana ekor dia ? Comel gila buaya takdak ekor. Oh ni memang spesis dia.Lupa dah nama dia. Cowryy"

Comel ke Ain? Aku tgk garang ada laa buaya tu *nangis* Dulu masa kecik2 aku pernah tgk movie pasal buaya gergasi. Besar gila buaya tu. Tak ingat movie apa. Tgk pon kat rumah makcik I. Sejak dari tu laaa aku ni dengar nama dia jaa pun dah terkedu. Lalu tepi sungai pon taknak p dekat2. Takut buaya. Hahahaha. *lol*

Banyak lg entry menarik dan best kat blog Ain. Kalau nak tahu, kena laa jenguk blog Ain ok! Oh yaa. Ain ni lahir tahun 1995. Muda setahun jee dari saya. Kalau ada apa-apa pertanyaan, nak suruh Ain review ke apa ke, email jee dia di: aienathirah95@gmail.com


Blog terakhir yang akan direview ni tersangatlah comel dan lawa design dia. Heheh. Hampir keseluruhan warna biru. Rasanya pemilik blog ni mesti sukakan warna biru lembut. Apa yang menarik dalam blog ni adalah pemiliknya tak ketinggalan untuk kongsi latest movie yang keluar di pawagam pada para pembaca. Sinopsis pun turut disertakan sekali. Jadi korang mmg boleh alert lah movie apa yg terbaru kat wayang. Hehehe. Profile dan biodata artis pun ada dikongsikan.

Blog Miss Banu ni mmg banyak berkongsi review tentang drama korea dan movie-movie dalam negara dan luar negara. Bukan itu sahaja, Miss Banu pun turut berkongsi mengenai drama-drama yang bakal berlangsung atau sedang berlangsung di kaca tv. Aku mmg jarang tgk tv. Boleh laa dikatakan kalau dalam seminggu tu, sekali je aku tgk tv tu pun tengok tengok mcm tu je. So bila tgk drama2 yg Miss Banu share kt blog dia ni aku jadi ternganga sikit sbb aku mmg tak pernah tengok hahahaha. Tak kesah laa drama tv3 keee tv lain ke. Good sharing Miss Banu :D

Kalau korang nak baca kata-kata motivasi atau tazkirah, boleh klik SINI. Banyak yang Miss Banu share yang boleh korang baca.


...............................................


Alhamdulillah selesai review semua pemenang. Maaf atas kelewatan dan kekurangan saya dalam review blog anda. Jangan lupa follow dan terjah blog mereka ok! Taataaa!



You Might Also Like

1 COMMENT

  1. terima kasih banyak banyak kak Rrai sbb sudi review blog saya :)

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.