PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY MASIH DIBUKA
Saturday, May 07, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Dah baca tak entry aku pasal spicy ramen semalam? Hehehh. Kalau belum, boleh baca kat SINI. Aku nak buat pencarian sponsor untuk giveaway akan datang ni. Sebenarnya, niat nak kasi sorang je pemenang. Tetapi aku fikir kalau ada yang baik hati sponsor, mana tahu kita boleh kasi lebih dari sorang ke kan? Untuk giveaway kali ini aku hanya mencari mereka yang sudi untuk sponsor RM12 sahaja. Yaa. RM12 je. Kenapa RM12?
Sebab hadiah yang akan ditawarkan adalah spicy ramen korea (halal). Satu bungkus RM6 dan bayaran untuk postage ada RM6. Jadi jumlah keseluruhan adalah RM12. Bagi yang sudi sponsor, korang cuma perlu transfer RM12 sahaja kat aku. Setelah Giveaway tamat dan pemenang diumumkan, wang tersebut aku akan gunakan untuk beli spicy ramen korea tu kepada pemenang. Korang tak perlu pos barang. Sebab semua tu aku yang akan uruskan dengan seller tersebut.
Aku tak bukak sponsor utk topup/ bloglist/ review dll. Aku cuma cari sponsor yang sudi sponsor RM12. Heheh. Bagi yang setuju utk jadi sponsor, korang boleh kenakan dua syarat kepada peserta yang join nanti. Banyak kebaikan jadi sponsor ni. Kalau korang suruh follow blog, follower korang akan bertambah. Kalau suruh follow instagram, follower korang jugak akan menaik InShaaAllah.
Sekiranya ada yang sudi untuk jadi sponsor, boleh hubungi saya di 019-6373924 melalui aplikasi wassap. Korang kena transfer RM12 kat aku. At the end of the day, bila GA dah tamat, duit tu aku guna utk beli hadiah ramen tersebut. Kalau ada sesiapa yang ada masalah transfer tapi berminat nak jadi sponsor, korang boleh bank in RM20 kat aku dan baki RM8 aku akan transfer ke akaun korang. Aku jujur. Jadi jangan risau yaa duit tersebut takkan digunakan untuk tujuan yang bercanggah dengan niat asal. Dah belajar law takkan aku nak pergi mencuri pulak. Kena potong tangan nanti. Hahahaaa
Buat masa ni ada tiga orang yang telah selesai membuat bayaran untuk sponsor. Alhamdulillah. Terima kasih sangat sangat. Target aku sebenarnya kalau boleh nak cari lima orang sponsor. Kalau lebih lagi bagus kan? Tapi kalau takde lagi yang berminat, InShaaAllah aku akan tutup pencarian sponsor dalam masa terdekat ni nanti. Jangan tanya aku bila nak buat giveaway tu ya. Sbb tengah cari sponsor lagi. Bila sponsor dah cukup, baru aku akan proceed giveaway.
Saya harap ada yang sudi sponsor. Hehee. Terima kasih uolsss!!
1 COMMENT
Tunggu ye Rai.. Nanti akak transfer duit..
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.