Aloevera Moisturizing Lipstick 99% #rraireview

Monday, May 16, 2016

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Haiiii uolsss! Harini saya nak review sikit mengenai Aloevera Moisturizing Lipstick 99% ataupun selalunya lebih dikenali sebagai Aloevera Lip Colour. Yang ni berbeza sikit dengan Aloevera Lipbalm 99% tu tau. Sebab yang ni lipstick, so dia ada warna ikut warna lipstick tu. Kalau Aloevera Lipbalm, bila pakai kat bibir, dia akan ikut warna darah. Yang tu kira natural colour merah laa ala-ala pink manja gitu bila korang pakai. Tapi kalau darah korang kaler biru ke purple ke aku tatau la pulak dia jadi kaler apa hahahaha. Yang aku nak review ni Aloevera Moisturizing Lipstick 99%.
Nampak tak gambar di atas? Haaa tu laa Aloevera Moisturizing Lipstick 99% yang dah ku sapu pada tapak tanganku. Serius warna dia sangat sangat cantik! Semua sekali ada 10 warna, iaitu 10 batang lipstick. Beli 1 box, so dalam 1 box tu ada 10 lipstick. Better beli box terus. Beli satu satu rugi. Usually sebatang range harga dalam RM5. So daripada beli sebatang sebatang baik beli satu box kan? Kalau beli sebatang RM5 selalu aku jumpa. 5 darab dengan sepuluh? Haa. See banyak gilaaa boleh jimat.
 This one is my most favourite colour. Kod 08. Merah yang tak merah menyala sangat tapi nak kata pink dia tak pink sangat. When it comes to lipstick aku lagi prefer merah dari pink. Sebab aku selalu rasa muka aku itam so kalau pakai pink tak kena. Kahkahh. Sebab selalu tgk orang putih jee selalu pakai pink pink ni.
Ni haa rupa box tu. Beli 1 box terus senang. Box ni comel jee tau. Masuk dalam handbag pun muat. Masuk dalam file pun muat. Kalau sebatang lipstick tu kau nak simpan dalam wallet pun takde masalah. Sebab saiz dia takde lah besar sangat. Saiz dia pun comel je. Tapi takde lah kecik bebenor. Sedang-sedang gituuuu. Hihii

Kalau nak lebih cantik dan bibir lebih terbentuk, boleh apply velvet lipliner macam dalam gambar di atas. Ataupun apa2 lipliner kegemaran anda. Lipliner ni RM23 untuk satu pack tu. Satu pack ada 12 batang. Jimat kan? Hahahaha.

So. Here my review:
-lipstick comel. mudah dibawa kemana-mana. boleh letak dalam purse. dalam coin purse pun muat.
-semua warna adalah warna yang berbeza dan cantik. so dah boleh save duit nak beli lipstick warna lain2 sebab dalam satu box Aloevera Moisturizing Lipstick 99% ni semua warna famous ada.
-tak mengeringkan bibir sebab kandungan aloevera dalam lipstick ni sangat membantu untuk melembapkan bibir. aku rasa macam pakai lipstick dan lip balm pada masa yang sama. so kalau cuaca panas, sangat sesuai untuk apply Aloevera Moisturizing Lipstick 99% ni.
-warna tak cair. maksud aku kalau pakai tu kaler dia pekat laa. kalau bibir yang gelap, aku sarankan pakai lipliner terlebih dahulu sebelum pakai lipstick. (tak kesah laa mana-mana lipstick jenama apa apa pun) sebab lipliner boleh cover bibir gelap.
-siap dengan box so dah save space atas meja mekap takyah letak dalam bekas lain lagi hehehehe. nanti box dia jangan buang sebab berguna untuk simpan lipstick. lagi2 nak masuk dalam bag masa balik kampung haaa senang kan. ni nak raya ni kalau beli Aloevera Moisturizing Lipstick 99% sepuluh hari raya ko boleh pakai lipstick kaler lain lain hahahaha.
-leave red mark. lepas mandi pun aku perasan ada merah lagi sikit kat bibir. so kalau minum air tu lipstick usually mmg lah melekat kat kat cawan kan, cuma Aloevera Moisturizing Lipstick 99% ni takdelah seratus peratus hilang terus merah dia.

Recommend or not? Off course yes!! Heheh. Sebab lawa dan best lipstick ni. Plus bibir aku kering lelagi kalau time time malas nak minum air berliter liter satu hari so lipstick camni mmg sesuai utk orang malas minum air macam saya hahahaa.

Contact number: 019-6373924

Korang nak tak spicy ramen samyang dari korea yang tengah famous sekarang tu? Jom join giveaway ni! Sepuluh pemenang dicari untuk dapat spicy ramen samyang! Klik SINI

Nak buat tempahan edit blog? Tempahan edit blog masih dibuka sekarang! Klik SINI

Tataaa uolsss!







You Might Also Like

1 COMMENT

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.