Tulisan 'HELP' menggunakan daun palma selamatkan 3 lelaki ini
Sunday, April 10, 2016Difahamkan, mereka terdampar di pulau tersebut selepas bot kecil yang mereka gunakan dilambung ombak. Mereka kemudian berenang sejauh 3 km ke pulau terpencil itu dengan bantuan jaket keselamatan.
Sebelum ditimpa tragedi itu, tiga sahabat itu bergerak dari satu pulau ke satu pulau menggunakan bot terbabit untuk tujuan pelayaran pendek.
Kehilangan mereka disedari oleh pihak keluarga yang membuat laporan pada Selasa lalu.
"Ini bukannya set penggambaran filem Castaway..." tulis pegawal keselamatan pantai ketika melaporkan operasi menyelamat itu.
"Mereka bernasib baik kerana memakai jaket keselamatan dan berjaya berenang ke pulau terpencil itu", katanya.
Dua jam selepas penemuan itu, ketiga-tiga mereka dibawa ke pulau Pulap; tempat dimana mereka memulakan pelayaran; menggunakan sebuah bot seorang nelayan tempatan sebelum dibawa ke hospital. - sumber dari Siakapkeli.
Dulu pernah baca, kalau hadapi situation macam ni, pakai baju warna cerah macam kuning [yang berlawanan dgn warna natural seperti pokok dan tanah] sbb nnti senang bila ada helikopter/ plane lalu nampak kita kat bawah. Hihi. Tak sangka ada idea yang lagi bernas rupanya. Contohnya tulisan help dengan daun ni. Susun dekat tepi persisiran pantai tu. Kompem kapal terbang yg lalu perasan kan. Hehee..
1 COMMENT
Terima kasih perkongsian..sangat berguna..sangat membantu dan sangat tambah pengetahuan..
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.