Dihubungi Oleh Blogger MYiDEAKiNi | She's not here anymore
Wednesday, January 13, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Dua hari lepas aku telah dihubungi oleh Blogger MYiDEAKiNi dan beliau menawarkan sama ada hadiah Contest beliau yang aku menangi mahu tolak harga domain dan aku cuma tinggal tambah harga baki domain tersebut. Maka, setelah tolak jumlah sebenar, aku tinggal perlu bayar RM30 untuk dapatkan domain sendiri dan yang untungnya segala urusan beliau akan uruskan. Menarik kan?
Dua kali beliau call aku. Tak angkat. Handphone aku letak ceruk nun maka aku mmg tak dengar. Kali ketiga beliau call alhamdulillah aku dengar (lepas buat high volume). Sebenarnya tiga hari lepas makcik aku telah pergi menghadap ilahi pada jam 12:33 am di hospital pakar muar. Tiga hari buat kenduri tahlil. Maka aku memang agak sibuk sikit memandangkan aku cucu perempuan paling tua maka walaupun aku tak mahir di dapur tapi kelmarin aku lah bancuh air, aku perah santan, aku blender itu ini semua. Cuma part memasak je bukan keje aku sebab kalau aku yang masak entah apa lah jadi. Even tak masak pon keje jadi runner ni lagi banyak tau. Kami sekeluarga masih terkejut dan aku sendiri masih speechless sebab dulu kecik-kecik aku selalu kawan ngan makcik aku tu. Aku pernah naik moto dengan dia sampai atas bukit moto terkebelakang sbb aku tak tekan minyak betol, naik bas dengan dia pergi pekan sebab nak gunting rambut dan berpanas jalan kaki dan banyak lagi benda kelakar benda entah apa apa aku buat dengan dia. Aku ingat lagi kecik-kecik aku cakap kat dia, "CikZan tak payah laa pergi keje esok. Cakap je anak sedara CikZan demam ke sakit ke kat boss CikZan" Masa tu Arwah tengah sidai kain baju dekat tempat gantung baju bulat tu depan stor rumah atok aku yang lama. Sumpah aku ingat lagi lepas tu dia kata, "Agak kau nak sakit betol-betol ke?" Lol. Masa kenduri aku asyik terpandang je port dia selalu duduk. She's not here anymore. And anymore mean forever. Forever mean she's not gonna come back.
Minggu ni is so tragic. I'm still speechless and tiap kali aku teringat muka Arwah kaku pakai kain kapan mesti aku rasa nak nangis. Its not normal seeing she close her eyes such a very long time. Dia tak selalu tidur lama-lama macam tu. Tu la masa dia ada kau tak hargai. Dia dah pergi, mana kau nak jumpa dia lagi? Maigod. I miss her already. Semoga CikZan ditempatkan di kalangan yang beriman dan diampunkan dosa-dosa yang lalu. Setelah apa yang dia hadapi, dia tempuhi, semoga Syurga tempatmu.
Berkaitan domain, InShaaAllah kalau diberi kesempatan minggu ni aku bank in duit kat akaun blogger MYiDEAKiNi. Aku masih belum punya online banking. Jadi apa-apa urusan semua kena g bank in. Maaf kalau kelewatan.
Mohon sedekahkan AL FATIHAH kepada Arwah Makcik saya, HAFIZAH BINTI HASSAN yang telah kembali ke rahmatullah. Doa kalian Allah saja mampu balas. Amiinnn..
12 COMMENT
Al-fatihah :(
ReplyDeleteTakziah. Semoga Rrai dan keluarga tabah dan sabar menghadapinya.
ReplyDeletealfatihah....
ReplyDeletedan tahniah rrai!
salam takziah, insya-Allah Dia permudahkan. Rrai kena ada online banking kalau nak senang, ada masa n kesempatan nanti buatlah :)
ReplyDeletealfatihah. stay strong :')
ReplyDeleteStay strong dear. Btw, congrates.
ReplyDeletecongrats menang raihanah :)
ReplyDeletestay strong :)
Salam takziah rrai.
ReplyDeleteAl-fatihah
ReplyDeleteal-fatihah...
ReplyDeletebanyak2 bersabar & selalu sedekah alfatihah kepada arwah
Innalillahiwainnahilaihirojiun...Takziah buat keluarga RRAI...Semoga rohnya dicucuri rahmat...Amin
ReplyDeleteSalam Rrai Takziah dari akak untuuk rrai sekeluarga, moga bertemu disyurga hakiki
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.