'Bestie Forever' Segmen Jejak Jutawan Senyap

Wednesday, September 16, 2015

*Klik gambar untuk join*

ASSALAMUALAIKUM

Segmen yang aku nak join ini adalah dianjurkan oleh ABRARNETWORK.BLOGSPOT.MY. Its a segmen which everyone I think should join tau sbb ianya segmen yang berkaitan dengan kawan baik.

Well. Aku memang suka segmen macam ni.
Walaupun aku bukan pencerita yang baik, tapi aku rasa bila aku menulis, aku menulis dengan sepenuh hati. *kemain
Betul tak tipu. Depan-depan aku pendiam tauuu. Tolonglahhhh percayaaaaaaaa
Hiihii

Kalian perlu pertaruhkan gambar dengan kawan baik. Gambar bersama memang berlambak. Dalam tandas, dalam kelas, nak pergi kelas, nak balik kelas, masa tengah makan, masa dah sudah makan, dalam library (even you shouldnt take a picture dlm library hahaha) tapiiiii, gambar di bawah adalah gambar paling aku cinta ter paling sekali. 

K. Dalam penulisan bahasa melayu, perkataan ter, paling dan sekali tidak boleh digunakan dalam satu ayat yaaaa. Gua dulu cita-cita nak jadi cikgu bm tak kesampaian bila tak dapat masuk Upsi. Terus u turn ambik law. Kahkahh




Gambar ini diambil pada hari terakhir semester enam, iaitu semester akhir. Senang cite, lepas gambar ni diambil, kiteorg cuma jumpa balik untuk uruskan hal-hal konvo dan berhenti kolej. Sadis. Gua nangis depan fakulti masa ni. Ni semua cocot punya pasal. Dia nangis dulu. Aku kan cengeng. Maka aku pun nangis sama. Pffttt

........................................................................

RRAI, FIZA, SHAFA, SHASHA (cocot)
Empat orang manusia yang kalau pergi mana-mana mesti sama-sama dan yang paling over masa buat presentation sbb bila kiteorang present, mesti pakai baju sama, tudung sama kaler, slideshow over, handout over semuanya lah over. Kenapa aku kata over? Sebab kiteorg selalu buat something different dari orang lain. Yang mana, agak 'mencapap' sikit. Hahahaaaa. Mungkin sbb tu orang senang ingat kiteorang.

Perkenalan yang bermula masa semester dua gara gara rombak kelas, akhirnya kekal utuh menggila sampai hari ini. Mula mula ada jugak tak suka dengan rombak kelas ni. Sbb kami dulu semua beza kelas. Tapi, sampai hari ni aku sangat bersyukur, sbb rombak kelas tu lah buat aku kenal mereka ni.

..........................................................................

Start dari tu, kiteorg selalu buat semua benda sama sama. Present sama sama, buat esaimen sama sama.

Then we always babbling about one day we'll build an empire kaya raya, jadi partnership, perkenalkan produk sendiri and blaablaaablaa berjuta angan angan, We always put a watermark 'stiletto' which is refer to us kat slideshow masa presentation. Kiteorg pernah buat forum, pembentangan perancangan aktiviti 'dancing' merapu yang Miss Nurul bagi untuk suka suka, dan banyak lagi and we used name stiletto tuuu untuk semua kerja-kerja tersebut. When it comes to berangan and merapu, kiteorg memang terer. Terer gilaaa ah wa cakap luu. Kalah kartun disney.

Lepas tu. Wujudlah stilettorianss. Apa stilettorianss? Stilettorianss is four of us. Cuba ko cari hashtag #stilettorianss kat instagram. Nanti bersepah keluar muka kami empat orang.

Kind of over? No. Itulah yang buat kau rasa sayang sangat dengan ikatan persahabatan tu. Sampaikan bila berangan tu, kiteorg selalu planned bukan bukan. Nak buat tudung jenama stilettorianss laa, tu laa ni laa. I enjoy my dreaming time and stupid moment with my stilettorianss. Bukan senang tau nak jumpa orang yang melengkapkan kekurangan diri kita. Aku pemalu, bila aku super shy gila, shafa and cocot come and backup me. And when I'm moody and have a problem, Fiza come and ask me why. When I need something, theyre the first people come to help me. Takkan nak suruh mak aku datang pergi kolej semata-mata benda remeh kan? Masa tulah kau akan tahu siapa kawan baik kau, siapa lawan, siapa awan. Eh? Hahaaa. Awan yang terpiluuuuu gituuu


Kami lagi. Ini candid. Suka gilaaaa si Fiza ketawa sampai nak terjatuh. Hahaha. Even masa-masa hambar pun ada je benda nak dibahankan. Sebab tu aku sayang sangat dengan mereka ni. Theyre perfect for someone like me. Yang tak tahu sangat buat lawak, tak tahu nak bercakap sangat, blur pun ye jugak kadang tu. Yang penting, boleh cover perangai pelupa hakuuuu ni. Tskk tsk


Candid lagi. Dalam banyak banyak gambar ayu senyum sipu, aku paling suka gambar candid. Nampak lagi hidup dengan ekspresi wajah orang dalam gambar. Tak gitu? Hehee





Jejaka tunggal kat atas ni Yen. Atau nama ic dia Nazrin. Orang Penang. We're a group. Untuk subjek undang-undang tanah tak silap aku. Kiteorg kena tubuhkan satu group like a firm dan selesaikan masalah undang-undang yang client kita hadapi. And Yen is our CEO. Memasing konon lawyer ahhh ni. And opkos, firm kami haruslah guna nama stiletto. Dulik apa ada Yen kan. Hahahaa

And we always be the winner dengan mengalahkan firm firm yang lain dlm kelas tuuu hahahaha.

.........................................................................

And.
Pejam celik pejam celik.
Habis tiga tahun.

Habis dah diploma.
Tak payah dah pergi kelas Ustaz Sabree sampai enam petang lagi.
Takde dah lagi esaimen undang-undang.
Tak payah dah buat kes review.

Gembira?
Gila ke tak gembira. Opkos laa! Suka gilaaaa kot. Seronok betul berjaya habiskan diploma. Bersyukur tak terkira bila kami empat-empat pakai selempang merah naik pentas masa konvokesyen day sebab dapat Anugerah Naib Canselor because all of us got dekan empat kali.

Tapi nanti macam mana aku nak jumpa shafa sbb nak share movie baru download. Mcm mana nak jumpa fiza dengan cocot sebab nak mengaypoh ketawa kuat-kuat hilangkan stress duka lara dalam jiwa raga. Kami bukan orang senang yang masing-masing ada transport sendiri maka senang nak jumpa. Susah. 
Jb. Selangor. Melaka.
Masing2 lain negeri.

Aku cuma harap akan ada masa yang mana kami akan luangkan masa sama-sama lagi empat orang. Cuma kami.
Tanpa perlu risau esok pagi punya kelas. Tanpa perlu risau esaimen nak kena submit minggu depan.
Cuma kami empat orang dengan kualiti masa untuk suka riang ria ketawa gembira.

Boleh kan?

..................................................................................

GRADUATION (STILETTORIANSS)
And so we talked all night about the rest of our lives. Where we're gonna be when we turn 25? I keep thinking times will never change? Keep on thinking things will always be the same. No more hanging out cause we're on different track. These memories will keep playing like a film with a great speaker. And i keep thinking of that night in September. I didn't know how much of love. But it came too soon. And there was me and you. 
Will we think about tomorrow like we think about now? Can we survive it out there? Can we make it some how? I guess, I thought that this would never end. 
So, if we get the big jobs. And we make the big money. When we look back now will our jokes still be funny? Will we still remember everything? Assignment? Inside jokes and our beautiful craziest nights. Still be trying to break every single rule? 
I keep thinking that it's not goodbye, please girls keep on thinking it's time to fly. And this is how it feels. As we go on, we remember all the times we had together. And as our lives change. Come whatever. We will still be friends forever. 
Stilettorianss, I love you! Congratulations Stilettorianss sebab salah satunya mission kita berempat untuk dapat Anugerah Naib Canselor dah pun tercapai. Terima Kasih ya Allah, Keluarga, Tenaga Pengajar dan sahabat yang pernah berkerjasama dengan kami.



And I'm crying after read Cocot punya gambar dan caption kat instagram. Baru tadi dia upload. Orang keras hati kepala batu macam aku, bila benda macam gini, tak tipu, aku tetap cengeng jugak. Kalah.

................................................................................

Cocot, Shafa, Fiza sayang,
Terima kasih tidak terhingga untuk bersama masa susah senang duka gembira. Terima kasih untuk jadi orang pertama hari-hari tanya, "Rrai dah makan? Rrai dah breakfast? Rrai nak beli makanan tak? Rrai nak kirim apa-apa tak? Rrai, jom makan!"
Aku sangat sangat sangat hargai masa-masa kita luangkan dulu. Serius, moment-moment itulah nanti yang aku akan kenang bila rindu. 
Ingat senang nak jumpa orang yang sanggup tidur tiga empat pagi sama-sama dengan kita tak siap esaimen punya pasal.
Ingat senang nak jumpa orang yang bila dia tengok muka kau je dia tahu kau ada masalah.
Susah tauu.

Walaupun dia bukan boyfriend saya, tapi dia tetap teman saya pergi makan. Belikan sy punya jajan. Tapaukan saya punya makanan.
Sumpah, aku sayang sangat mereka. Sayang tak terhingga. 

Nanti lepas ni mula lah episod kisah rindu kita. Sebab lepas ni kita tak jumpa dah. Tak boleh nak bahan satu sama lain lagi. Tak boleh nak gossip cerita kartun lagi.

Tapi. Hari-hari group wasap kita notification masuk. Nampak sangat kita rindu satu sama lain kan? Hiihi

12.31 am. Aku rasa dah cukup sampai sini penulisan panjang lebar dalam entry ni. Kalau nak cerita pasal stilettorianss, sampai esok pun tak habis. Sbb banyak sangat moment terindah nak disembang. Kalau tulis lagi panjang, lagi mencurah aku punya nangis ni nanti. Besok kena ikut mak g KL. Karang sembab mata orang ingat aku panda zoo negara pulak.

Selamat malam Stilettorianss. Maaf tengahari tadi tak makan sama-sama. Maaf semalam aku tak tanya kau dah makan belum. Maaf, untuk esok esok, aku tak ada berdiri sebelah kau dengan senyum kambing aku tuu. Dan maaf jugak bila aku tak mampu nak ada peluk kau masa kau sedih. Maaf maaf maaf.

Aku akan selalu ada siang malam untuk kalian curahkan segala macam rasa. Aku janji. Aku ada.

Aku sayang kau Cocot.
Aku sayang kau Shafa.
Aku sayang kau Fiza.
Sumpah, sayang sangat.

Tolong jangan lupa aku nanti yaa?

Selamat malam.

Sayang, Rrai.














You Might Also Like

5 COMMENT

  1. good luck bersegmen

    jemput baca part 2 ada apa di hello kitty house

    ReplyDelete
  2. Tq dear join segmen :)

    Pernah tak terpikir.. Nak buat movie maker, taruh semua gambat bersama. Then burn cd & post out kat STILETTORIANSS...

    Kompem ada Yg menangis..

    ReplyDelete
  3. bila baca entry ni, memang siyes teringat kawan2 time blaja dulu. happy moment ever. selamat bersegmen dear,

    ReplyDelete
  4. sayang sangat2 dengan kwn kita kan hehe. ada time senang dan susah

    ReplyDelete
  5. Tahniah. Anda menang segmen JJS

    http://abrarnetwork.blogspot.my/2015/10/pemenang-segmen-bestie-forever-by-jjs.html

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.