Cara mudah dapat hadiah dengan WOOP; WOmen Of Opinion

Saturday, July 11, 2015

Assalamualaikum. Hari ni iolss nak share cemana cara mudah nak dapat hadiah hanya dengan klik klik dan post gambar itu ini, boleh dapat free gift! Senang kan? Actually aku pun baru baru je join ni. Then aku buat search kat google rupanya ramai dah orang guna WOOP ni dan hadiah yang mereka dapat pun osem! Nak tahu hadiah apa? Cuba baca entry kat SINI. Beliau adalah blogger yang mempunyai akaun WOOP jugak dan telah berjaya mengredeem reward. Heheh


Apa itu WOOP
We connect women of opinion with interesting products and brands.At WOOP we believe women like you can help companies make better productsand do better marketing. We want you to try new and interesting products, learn new facts and tips about getting the most out of these products and to talk openlyand honestly about them with your friends. Simple, easy, honest and we also make it fun.

Senang cerita, WOOP adalah laman web yang menawarkan reward kepada orang yang mendaftar melalui pengumpulan points. Makin banyak points, makin banyak kita boleh tebus hadiah. Macam mana nak dapatkan points pulak?


Akan ada dua missions, DAILY MISSIONS dan juga BIG MISSIONS. Daily Mission ni lebih mudah, simple dan senang nak buat. Just kena jawab soalan-soalan dan dengan mudah je anda dah kumpul points. Ada soalan 5 point, ada 10 point. Tapi, nilai point bagi Daily Missions ni lebih kecil berbanding Big Mission. Walaupun kecil, kalau buat hari-hari, mesti berjaya kumpul points yang banyak. Sebab Daily Missions ni mudah sangat.

Big Missions pulak? Tak susah cuma anda berkemungkinan kena log in Facebook, ambil gambar, screen shot dan sebagainya untuk dapatkan points. Namun begitu, jumlah points yang ditawarkan lebih banyak dari Daily Missions. Tugas yang anda perlu lakukan pun taklah susah mana. Ada yang kena ambik gambar, upload, screen shot.. Orang yang suka selfie aku rasa sesuai buat akaun WOOP dan uolsss boleh selfie banyak banyak dengan BIG MISSION ni! Dpt points pulak tu.




Ni contoh BIG MISSIONS. Banyak kan points dia? Kalau DAILY MISSIONS, maybe dapat 5-10 points. Kalau BIG MISSIONS, sekali hambikkk 200 points dapat.

Apa REWARD yang kita akan dapat?



Ni contoh reward yang kita boleh tebus. Points aku tak cukup lagi. Jadi sbb tu dia tulis You Need More Points. Kehhkeh. Banyak lagi barang yang best-best boleh redeem. Yang aku tunjuk ni small part of them jaa. Kalau nak best, kumpul laa points banyak-banyak, tunggu bila stock reward best ada, haaa time tu laa ko redeem! Kadang barang peralatan elektrik dapur pun ada! Haa kan jimat boleh pakai time raya.

Kenapa mesti daftar WOOP?
  1. Pendaftaran percuma!
  2. Cara mudah nak dapat income dengan redeem reward.
  3. Hadiah akan dipos ke alamat rumah.
  4. Boleh cover barang kat rumah yang dah habis. Haha. Contoh, lotion. Kalau lotion takdek nanti tangan kasar. *cehhh
  5. Kalau dpt barang best, boleh bagi hadiah kat Mak. Mak kau mesti sukaaa.
  6. Boleh dapat ramai kawan. Hehehh
  7. Dan opkos, kau akan tahu keistimewaan dan kelebihan sesuatu product! Sbb soalan-soalan yang diajukan, ada pasal produk. Contoh, Horlicks. Siapa tak suka Horlicks kan? Lepas join WOOP aku baru tahu Horlicks dah 140 tahun. Lols



Jadi, apa lagi? Jom join WOOP! Kumpul points banyak-banyak dan redeem! Nanti share lah yaa uolss pernah dapat hadiah apa. Tekan SINI untuk daftar percuma! After sign up, you can proceed complete the missions! Selamat berWOOP!














You Might Also Like

1 COMMENT

  1. Kak Rrai dah penah redeem rewards tu kahr? sy dah cuba tp mcm xda respon ja nie huhu

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.