ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Terasa mcm dah lama betul tak join giveaway tauuu. Ajom laaa join GA dari Aien ni hehehee. Geng study KUIM juga niii. Cuma orang kalau tgk aku skrg ni org tak sangka aku student sana wakakakaa. Korang dah join? Kalau belum meh join, klik je banner cantik kt atas tuuu.
The best surprise? From my husband kot. Bagi kek, bagi bouquet kt office. Acehwahh. Tp dia jarang laaa mensurprisekan aku. Usually dia akan tanya aku nak apa. Nampak tak sweet. Tapi kang tau tau je eh dah tolong mandikan anak, dah tolong basuhkan baju, dah siap cucikan berak anak. Skrg ni surprise paling best bila dia kata, dia balik awal hari tuuu. Atau. Weekend ni dia tak kerjaaa. Pehhh. Selalunya sehari sebelum baru dia bgtau sbb benda tu tak boleh dirancang sbb kerja tak tentu. Mmg suprise sangatttt. Itu je pon aku dah rasa Ya Allah seronokkk. Skrg nk cuti pun payah tsskk tskk. Tp kang kalau tetiba kena kerja mula laa aku nak tarik muncung sebatu.
Aku sendiri pun kalau dulu jenis suka buat suprise delivery kt husband. Cuma skrg ni aku mcm lebih suka celebrate berdua je. Jadi duit kita bayar utk surprise delivery tu baik kita buat sendiri. Mau beratus jugak habis betul tak. More privacy and lagi sweet kot? Kuiikui. Apa korang ingat aku tak sweet ke. Aku sweet tau.
Sweet kat pasangan korang jek. Jangan sweet sweet kat pasangan orang lain pulak. Githooo. Takkan benda tu pun nak kena ajor? Hahahaha
Ok good luck utk semua yg join. Siapa lagi buat GA? Meh saya nak join!
Assalamualaikum & Salam Sejahtera | Syukur
Alhamdulillah masih diberi kesihatan, kekuatan dalam menjalani kehidupan
seharian di waktu pandemic yang melanda negara ketika ini. Siapa sangka,
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan pada 18 Mac 2020 berlanjutan
sehingga ke hari ini yang mana tempohnya sudah melebihi satu tahun. Sedih?
Marah? Terkilan? Allahuakbar. Sesungguhnya Allah sahaja yang lebih mengetahui. Banyak
sangat nikmat yang Allah pinjamkan ditarik sementara. Contohnya yang paling
kita rindu sekali, sudah tentu nikmatnya dapat bergerak, berjalan ke sana ke
sini tanpa sekatan, tanpa dikawal oleh mana-mana orang, tanpa dipantau sesiapa,
BEBAS. Sekarang ni bukan sahaja nak rentas negeri tak boleh, malahan nak rentas
daerah pun tak dapat. Jika kita seorang yang berfikiran waras dan rasional,
kita sendiri tak berani nak ke sana sini sesuka hati. Betul tak? Dengan varian
yang semakin mengganas. Langkah paling selamat, kurung diri dan keluarga kat rumah
sahaja laa jawabnya kalau tak ada keperluan nak ke mana-mana.
Bagaimana jika Kerajaan umumkan kebenaran
merentas negeri macam dulu-dulu? Perkara pertama sekali yang kita nak buat
mesti balik kampung, betul tak?
Bagaimana jika Kerajaan dah berjaya tangani
pandemik ini dengan jayanya dan kita dah boleh pergi berjalan dan bercuti ke
mana saja kita suka? Mestilah nak! Betul tak? Time ni laa nak balas dendam bawa
keluarga berjalan, bercuti dan sebagainya.
Jika ada yang tak sabar nak bercuti ke luar negara,
jangan terkejut tau ada je jugak rakyat marhaen seperti saya yang berjalan
dalam Malaysia saja sudah mencukupi dan membahagiakan. Itu pun masuk goals aku
lepas PKP nanti ok! Aku selalu sangat cakap kat Husband, ‘Habis PKP kita pergi
Cameron tauuu’, ‘Habis PKP kita pergi Ikea nak?’, ‘Habis PKP kita bawa Esabel
jalan-jalan Pantai, jalan-jalan Zoo okay?’. Dan Husband aku sudah semestinya
mengiyakan je apa aku kata walaupun dalam hati aku sendiri berbolak-balik,
‘Bila laaa nak habis PKP ni’. Yaa I know, semua orang sedih anak-anak kita tak
membesar macam kita dulu-dulu. Anak aku pun sama je jugak dok memerap kat
rumah. Kasihan. Tapi nak buat macam mana. Sekarang ni kalau sayang anak, simpan
anak kat rumah. Jangan bawa sana sini. Yedakk?
Aku suka search apa hotel available walaupun
aku tahu pada masa sekarang ni kita tak boleh pun nak book hotel tu kahkahhh!
Kesian ko! Actually habit juga tu. Aku suka sebab aku boleh banding-bandingkan
harga hotel aku cari tu. Aku punya tahap nak berjalan sangat tu sampai pernah
je tau aku search apa hotel best area office laki aku kerja. LOL. Punya nak
‘berjalan’ sangat tu. Konon macam acah-acah short cavay laaa haa githoooo. Aku
cakap kat laki aku, dia pergi je laa kerja macam biasa. Ignore jee kitaorang.
Aku bawa anak check in hotel. Macam jalan-jalan haa gitu. Lepastu laki aku
cakap, duduk terperap kat hotel pun sama je jugak bosan. Lagi kesian kat anak
tauu. Hwarghh. Mak nak jalan oi! Dah lama tak check in hotel hahaha.
Korang ada plan tak nak berjalan mana selepas
PKP ni? Sama-sama laa kita doakan wabak ni beransur pulih dan kes covid di
Malaysia semakin menurun hari ke hari, sehingga laa ke ZERO CASES! Aminnn. Tak
mustahil kan. Doa cepat! Aku plan nak berjalan dalam Malaysia je selepas PKP
ni. Kita jalan dekat-dekat je dulu. Baru jalan jauh-jauh. Cehwahh ko. Nak tahu
tak mana aku nak pergi lepas PKP nanti? Ko jangan gelak eh. Siapa gelak siap.
1. Cameron Highlands
Rindu sangat nak ke sini. Last pergi masa mengandungkan Esabel. Sebab teringin nak makan Strawberry fresh punya pasal! Laki aku pun layankan jelah sampai ke sana dia bawak. Phew. Dengar cerita Cameron Highlands sekarang makin sejuk. Mesti best kan. Aku paling suka search tentang Cameron Highlands Hotels dan bandingkan harga antara hotel yang ada kat sana. Sebenarnya kalau korang perasan, banyak je hotel-hotel di Cameron Highlands yang menawarkan harga penginapan yang murah dan berbaloi. Satu malam harga bawah RM 200.00 pun ada tau. Hotel kat sana pula Allahu cantik-cantik belaka. Confirm rambang mata. Dalam kepala otak aku memang dah imagine dah nak tidur kat mana. Hehehehe. Awal ek ko punya plan? Eh mestilah. Plan awal. Kumpul duit awal. Habis PKP, ON! Githooo ko.
Tak sabar nak bawak
anak main lari-lari kat kebun strawberry, petik buah strawberry, makan aiskrim
lavender, pergi farm kat sana, jalan kat ladang teh sampai berlecak ketiak,
beli teh banyak-banyak sampai taktahu nak bagi kat sapa. Ya Allah. Bestnyaaaa.
Time tu ko jangan insofff pulak sebab kena kejar anak nak ke sana ke sini. Dah
puas memerap kan masa PKP? Hahaa
2. IKEA (Lol)
Okay this one ko jangan gelak.
Tipulah kalau korang tak rindu IKEA. Unless ko memang tak suka Ikea’s food dan
Ikea’s furniture laa. Tapi aku rasa rata-rata manusia gemar barang-barang Ikea
hahahaa. Eh best tau jalan dalam Ikea. Kadang ko bukan laa nak beli Sofa dia
yang harga lima ribu pun. Ko bukan laa nak beli karpet dia yang beratus ratus
tu. Tapi nikmat cuci mata tu! KAHKAHH! Gasaklah walaupun ko keluar Ikea tu
takat bawak dia punya tong sampah, roll habuk baju, hanger, mug ke, ampai
penyidai dia yang kaler putih tu ke, who cares? Sukahatilah. Yang penting kita
dapat melantak makan dia punya meatball dan chicken wing dia. Yang penting
dapat ambik gambar kat lorong warehouse tu kahkah. Kalau IKEA ni aku selalu
pergi IKEA Cheras dan IKEA Tebrau. Kalau ko pergi IKEA Cheras ko boleh laa
feeling-feeling tengah Staycation KL heheh. Eh jangan terkejut. Aku
pernah je buat. Book hotel kat sana satu malam. Sebab nak jalan-jalan Ikea.
Kahkah! Kelakar? Alaa. Nama pun jalan-jalan. Kat sana banyak je pilihan hotel
yang ada. Ko pilih je. Yang murah pun bersepah.
3. Putrajaya
Putrajaya for what? Ziarah bangunan
kerajaan? Hahahh. Gambar atas ni kat Putrajaya tau. Kalau bijak cuba teka kat mana. Heheh. I love Putrajaya. Dulu first posting kat sana. Putrajaya ni
tempat yang best tau kalau nak jalan-jalan. Makanan pun sebenarnya takde laa mahal
belaka semua. Banyak je kedai makan harga berpatutan. Cuma sewa rumah jelah
sedeyhhhh. Rumah sewa aku dulu RM 1,200.00 ok. At first RM 1,400.00 tau. Tapi
dapat kurang sikit. Putrajaya masuk dalam list gue sebab disamping dapat
jalan-jalan sis juga mahu melawat rakan-rakan seperjuangan yang masih ada di
sana cehwahhh. Dulu masa pjj, aku suka cari hotel/ homestay kat Cyberjaya untuk
Husband aku. Tapi sekarang ni di Putrajaya pun dah makin banyak hotel-hotel
baru. Dengar cerita kat Presint 15 pun dah ada hotel-hotel baru bukak. One
thing I love most about Putrajaya? Tiang lampu dia cantik. Haa ko mesti tak
perasan. Putrajaya kot. Takkan tiang lampu sebarang. Hahahaha. In Sha Allah.
Lepasni kita jalan-jalan sana. Jalan-jalan ok. Bukan melawat ofis lama. Walaupun
kadang-kadang selalu je kena pergi sana hahaha. Tapi berjalan dan buat kerja
lain ye feel dia.
4. Kelantan
This one sebab tak pernah lagi
berjalan ke sana. Also sebab Mak aku pun asyik dok ajak berjalan kat sana. Sis
tak tahu apa best Kelantan ni. Tapi orang kata syurga shopping dan makanan.
Moga-moga ada rezeki laa kita ke sana nanti ye?
5. Terengganu
Sama juga macam reason di atas. Tapi
mungkin kena tunggu anak-anak besar sikit kot. Baru sedap nak berjalan. Jangan
PKP habis anak aku dah beso gedabak dah ler.
6. Langkawi
Langkawi, siapa tak suka kan? Tempat shopping
pinggan mangkuk dan periuk dan juga coklat segala macam. Aku nak pergi sana
naik feri. Walaupun penat. Tapi naik feri feeling dia lain macam. Kita ambik
cuti lama sikit. Jalan satu Langkawi. Cehwah berangan. Laki awok dapat ke cuti
lama-lama? Hahaha. Dah boleh berangan godek godek mana hotel best kat Langkawi.
Lepastu cari hotel yang ada pool. Fuhh. Seronok anak kau! Wait for me ok
Langkawi!
Actually ada lagi! Tapi cukuplah aku listkan
enam je dulu. Over nau. Ko kasi pergi dulu enam-enam ni. Baru sambung list
ketujuh. Hahahaa. In Sha Allah. Tak salah berangan kan? Free je berangan tu.
Tak mustahil pun. Semoga ada rezeki bawa keluarga bercuti. Walau dalam Malaysia
sekalipun. Tak apa lah. Nikmat juga tu setelah sekian lama tak dapat pergi
bercuti.
Aku doakan kita semua dilindungi daripada wabak
Covid19 ini. Aku doakan keluarga kita sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah
swt. Semoga Allah beri kita kekuatan mental dan fizikal. Semoga Allah cukupkan
keperluan kita semua. Semoga Allah pulihkan kesihatan dan ekonomi Malaysia.
Aminn. Aku faham ramai yang terjejas. Kepada yang baca entry aku ni, aku doakan
korang sihat dan kuat. Mana laa tahu tengah jalan-jalan kat Ikea ko nampak aku,
‘Eh Rrai?!’ Haa mana laa tahu kan padahal korang kenal aku ke idok.
Be Strong, Stay Strong.
In Sha Allah. Moga-moga ada sinar untuk kita
rakyat Malaysia. Sama-sama kita doakan Allah lembutkan hati pemimpin-pemimpin
kita, beri mereka petunjuk dan jalan untuk menangani pandemic ini. Semoga Allah
pulihkan semuanya.
Assalamualaikum J
@xlilajhanahiar ♬ Selamat Berhari Raya - Rahimah Rahim
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Diffuse Apa Hari Ini? | Korang dah bako kemenyan belum harini? Rumah/ Office dah berasap ke belum? Ingat dapur je ke kena berasap? Kahkah. Diffuser pun kena berasap juga ye pagi-pagi. Diffuser tu apa benda Rrai? Alamak. Next entry kita sembang ok?
Harini kita diffuse Orange Essential Oil dari Young Living. Kalau dah EO nya dari YL, diffusernya juga haruslah dari YL yaa ibuk ibu sekalian. Best ke Orange ni? Eh ofkos!
Features & Benefits- Has a sweet, uplifting aroma
- Can be massaged into skin for an energizing aroma
- Contains the naturally occurring constituents limonene and alpha-pinene
- Can be added to household cleaner for a sweet citrus scent
- Works as an adhesive remover
- Can be diffused to add a touch of warmth to your space any time of year
- Can be applied to skin in the evening to help reduce the appearance of blemishes
Aromatic Profile: Sweet, fruity, citrus aroma
Orange essential oil is a great choice for diffusing in the morning and throughout the day. Bau dia macam mana Rrai? Bau dia manis manis buah oren gituuu. Sumpah best tau bau dia! Korang diffuse apa hari ni? Siapa nak risik mengenai diffuser/ essential oil/ nak order Orange atau EO lain ke boleh whatsapp I ok? (Lepas setahun bergelumang dgn YL baru harini nak share kat Blog! Kahkah!) Boleh whatsapp saya di 019-6373924 okay. Tataa! Have a nice day!