Apa Benda Talk Talk Di Sidebar Blog Si Rrai ni?
Thursday, November 26, 2020ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hai korang! Harap sihat walafiat sejahtera semuanya. Hari ni aku nak jawab pertanyaan dari ruangan Talk Talk kat sidebar. Talk Talk? Apa tuu? Talk Talk yang dimaksudkan adalah CBOX. CBOX? Apa tu? Okay, tengok gambar di bawah. Itu laa CBOX yang dimaksudkan.
Cara dia senang jeee. first, kena sign in dulu kat blog korang. Then. Korang pergi kat LAYOUT. Kat bahagian sidebar, klik ADD A GADGET. Then klik HTML/JAVASCRIPT. Kat ruangan Title tu, korang letak apa ayat korang suka. Mcm aku, aku letak 'Talk Talk'. Ikut suka hati korang. Takde mandatori pun HAHAHA. Dekat ruangan Content pula, korang boleh copy paste code html CBOX korang. Belum ada account CBOX? Boleh sign up dulu di ➤ SINI
CBOX ni fungsi dia:
➤ Memudahkan pengunjung blog untuk tinggalkan jejak mereka kat blog korang
➤Memudahkan blogwalking semula ke blog orang lain
➤Lebih mesra alammm gituuuu hahahaa
➤Memudahkan korang untuk follow back blog pengunjung blog korang
➤Dan lain-lain sebab yang korang rasa relevan dan boleh terima akal.
Susah ke nak sign up akaun CBOX ni? SENANG JURRRRR. Ko pernah buat akaun facebook twitter insta mesti kacang je korang nak signup akaun CBOX. Oh ya. Akaun CBOX ni korang boleh edit sendiri tau nak letak background warna apa, tulisan warna apa. Jadi sila laa edit sendiri yaaa hehehe.
Selamat menggodek dan selamat berCBOX kepada yang baru nak mencuba. Heheee. Assalamualaikum :)
3 COMMENT
thank you sharing for tutorial :)
ReplyDeleteYa Allah rindunya zaman2 edit blog sndiri dulu.... Cbox ni wajib ya dulu haha. Jap nak p tinggai jejak dekat Talk Talk
ReplyDeleteada nama rabia lahh hehehe
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.