Have you ever feel: Eh sedap jugak aku masak?
Friday, February 07, 2020
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
How are uguys today? Hope everything just fine ajelah yee untuk kita semua. Kepada yang merasakan bahawa hari ini diuji dengan bermacam perkara, trust me, ANYTHING HAPPENS FOR A REASON. Sebab, sesungguhnya Allah swt adalah sebaik-baik perancang. He knows what best for us. Sabar okay? Kepada yang hidupnya pada hari ini lebih baik dari semalam, jangan lupa bahawasanya hidup ni bagaikan roda. Sekejap kita di atas, sekejap kita akan berada di bawah. Jangan terlalu bangga sehingga mendabik dada, memperlekehkan orang yang dugaannya lebih besar dari kita. You get what you give.
Okay back to the tajuk. Have you ever feel, ehsedap jugak aku masak ekh? Pernah tak pernah tak? Alaaaa tipu lah kalau tak pernah. Waima masak maggi pon ko akan rasa sikit sesudu ke, pastu ko rasa mcm, ok sedap dah aku masak.
Aku tak pandai masak. Ni pengakuan jujur. Wakakakaa. Teruk perangai. Aku mula belajar masak ni bila aku dah kahwin. Sebelum kahwin, aku sama je mcm typical perempuan yang berfikiran ,"Apahal aku nak masak? Itu tanggungjawab suami kot. Suami tak boleh marah kalau aku tak reti masak sebab tu bukan tugas aku" kind of people. Yes. I was like that once before. Alaa typical pompuan yg malas nak belajo masak tapi guna hukum hakam untuk defend diri dia sbb dia taknak masak. Opss. Phew pedasnya asam pedas kau. Maaf kalau ada yg terguris.
Dan sehingga kini, aku pun masih lagi dalam proses belajar memasak. Dan bila kita dah start cuba masak banyak kali, cuba resepi tu resepi ni, kita akan rasa seronok betul masak ni. Lagi-lagi bila suami makan dan puji. Kembang semangkuk ok! Nak tau tak apa yg membuatkan aku rajin nk masak? Sebab laki aku pernah puji aku masak sedap. LOL. Padahal aku rasa masa tu aku masak biasa je. Tapi dah nama pun suami kau kan. Takkan dia nak kata ko masak tak sedap. Terbang pinggan mangkuk nanti. Sejak tu lah aku jadik berkobar-kobar nak try resepi tu resepi ni. See. Senang je ko nak suruh org pompuan ni senang masak. First sekali, jangan condemn dia punya masakan pertama tapi bagi semangat. Nak kutuk pun berpada-pada lah. Karang dari nk belajar masak terus dia matikan niat dia nak belajar masak.
Aku adalah tergolong dalam kalangan orang yang berfikiran, orang perempuan kena tahu masak. Sorry ye. Aku beranggapan memasak ni benda yang semua perempuan wajar ambil tahu. Sebab nanti ko ada anak, ko mesti nak anak kau makan apa kau masak kan? Kalau kita sendiri pun masak telur goreng hangus, cemana nk bagi anak makan? Sorry aku dah jadik a very mak-mak kind of person. Aku takde lah nak kata kita kena master every resipe. At least masak bodo2 tu ko tau kira ok laa.
Also aku pernah jugak jadi bongkak di mana aku cakap kat laki aku, sedap jugak kan aku masak? HAHAHAHA. Riak betul aku. Aku taktau lah apa yg aku fikir sehingga sebegitu yakin untuk puji masakan sendiri sedangkan hakikatnya aku sendiri pun takde lah terer sgt memasak.
Trust me girls. Memasak ni benda yg kau boleh belajar. Tinggal ko rajin atau tak je. Kalau waktu pertama kali kau masak tu tak sedap, trust me, akan dtg mungkin kau masak sedap gilaaa! Take it from someone yg pernah masak tak sedap mcm aku ni hahahaa.
Sebenarnya nak pandai masak ni kena rajin masak. Ke aku silap? Tp aku pun sejenis jarang masak sebenarnya. *ops kantoi* So ayuhlah kita sama-sama merajinkan diri kita memasak yedakk?
Entry ni bkn berniat nak puji diri aku sendiri tau. Kalau kau fikir gitu gasak kau lah. Entry ini adalah berbentuk pendapat. Kalau nak kritik sila tinggalkan komen anda hahahaaa.
Aku suka tgk blogger kak jue, blogger kak safura bila depa post ig story pasal masak. Kadang tu simple je tp dah cukup buat aku rasa terliur hahaha. Ramai lagi blogger yg suka post masak masak-masak, pasal respi. Sebenarnya aku sendiri pun byk belajar dari korang2 yg rajin share resepi ni. Thankyou tauuu!
Have a good day korang!
8 COMMENT
waalaikumussalam. kalau kena menu yg selalu masak, kadang rasa macam ni la. haha
ReplyDeleteHehehe kannn. Sama kita jugak
Deletebetul tu, apa pun masak ni benda boleh belajar. huda dulu tak pandai masak, tapi bila dok tengok kawan dekat hostel masak tu then terfikir, sampai bila ekk aku just pandai masak nasi goreng je? So after that slowly learn, but till now still reti masak sesimple je hahaha
ReplyDeleteakak suka masak dan makan, akak dah mula berjinak-jinak masak masa akak sekolah menengah lagi... sejak dari itu akak memang minat masak, setiap kali emak akak masak akak akan tengok je dan suka tolong dia masak, sampai sekarang akak takde lah teror masak macam chef tu tapi kalau setakat buat open house tu memang akak masak sendiri,
ReplyDeletetapi tulah walaupun akak suka masak tak semestinya akak pandai masak semua jenis masakan kan... akak masakan melayu, western akak tahu tapi dessert akak tak berapa pakar...
rabia pun dah pandai masak sekarang.siap record video masak lagi di instagram.dulu kan rabia memang tak pandai masak. sekarang alhamdulillah pelbagai resepi dah rabia cuma,even masak nasi goreng je pun tapi air tgn tu penting.
ReplyDeletesetiap kali masak hahahaha even telur dadar haha.. sbb selain mak goreng rasa orang lain goreng x sedap sangat. nak gakkkk masuk bakul angkat sendiri..
ReplyDeletesiapa lagi nak puji kita kalo bukan diri sendiri =D
suka juga masak dan bg org rasa.. dr situ boleh asah skilss. heheh
ReplyDeleteSamalah dengan akak.. sampai sekarang masih belajar.. Tambah bila dapat dua anak yang seleranya berlainan.. memang kena rajin try and error.. hehehe.. Tapi bila menjadi, bangga rasanya.. kikiki..
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.