Pertama Kali Makan Bombolini

Wednesday, November 06, 2019


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Finally. Merasa juga kau makan bombolini ye! To be honest, I never eat bombolini yang kini merupakan makanan yang tular di media sosial kerana kesedapan dan kegebuannya yang semakin menambat hati netizen. Aku tahu bombolini ni famous. Tapi tu laaa. Ada juga mencari. Tapi jarang pula aku jumpa. Disebabkan aku pun takde lah sampai tahap mengidam, so kita ignore jelah feeling teringin tu. Sebab tak mengandung, so aku tak beriye laaa hahaha. Kalau mengandung mau menangis tak dapat.

Bombolini atau bombolene ni sebenarnya makanan yang berasal dari Italy. Merupakan makanan dessert lah gituu. Kategori donut. Ada filling perisa kat dalam bombolini tuu. Aku donut aku biasa jaa. Macam big apple, J.Co ke apa semua tu, time bercinta dgn laki aku jaaa aku selalu bedal. Sebab yelah boypren belanja. Sekarang tak kuasa mak. Mungkin sebab tekak makin tua, citarasa pun dah lain. Acehwaah.



Syukur Alhamdulillah murah rezeki harini bila office mate belanja makan bombolini. Yang paling bestnya bombolini yang dia bagi ni adik dia buat. Masalahnya dia kasi free jee hahaa serba salah aku. Ayuhlah kita doakan semoga Zulaika Zahari sekeluarga makin dimurahkan rezeki dan berjaya dalam perniagaan mereka Aminnnnn Aminnn. Nanti rezeki dah melimpah ruah aku harap dia belanja makanan lain pulak. Ewah. Bagi betis nak peha. 




Sumpah gemok gemok wehh bombolini ni! Masa tgk tu aku macam terkesima sebab ini boleh kenyang sampai malam kalau aku bedal semua sorang-sorang hahahaa.


My most favourite flavour sudah semestinya blueberry! Hehee. Semua flavour sedap. Tapi aku mmg sejenis manusia yang suka sgt kat flavour blueberry hahaha taktau laa pasaipa. Sampai meleleh kat atas meja time aku melantak tadi. Sumpah lembut gilaaa. Pastu pekena pulak dengan inti dia yang selambak tu. Berganda-ganda sedap diaa. Lepasni kita layan bombolini je laa tak main dah doughnut 6 pcs kat mall tuu kahkahh. Bombolini ni murah gilaa weh. Lagi berbaloi dari kau beli doughnuts 6 pcs *flip hair*

Ada 5 flavour:
Blueberry
Coklat
Orange
Mango
Peanut

So. Siapa dok area Muar dan Melaka boleh order bombolini gebu gebas ni kat beliau yee. Contact number di bawah. Whatsapp je okay. Contact untuk order je tau! Ko ngurat ko siap!

012-6704843-Saleha

Boleh order untuk party hari jadi, jamuan makan-makan, kenduri dsb. Aku gerenti kompem korang tak menyesal lepas korang makan bombolini ni haa. 


Thank you sistaaaa!



You Might Also Like

15 COMMENT

  1. Bombolini ni rasa dia macam donut ke? ke macam roti goreng?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi sy, rasa dia mcm donut. Cuma yang ni flavour/ inti dia kat dalam. Kalau doughnut flavour kat atas..

      Delete
  2. sedap kan. dulu masa kak first time makan pun, terus jatuh cinta. hehe. tapi takleh la makan selalu. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah sedapppp. Sama laa kite pun first time makan terus jatuh cinta hehehe

      Delete
  3. akak pun baru 2 kali try bomboloni nih, suka yang inti coklat... tapi akak prefer lagi layan donat isi coklat macam kt big apple tuh... pastu kadang manis sangat jadi akak tak berapa ngam sangat ngn bombolini ni hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy suka inti blueberry. Hehehee. Yang sy dpt ni tak manis sgt inti dia. Just nice jeee...

      Delete
  4. feii suka bomboloni nutella hehe

    ReplyDelete
  5. Tak penah try bombolini nie, sebab akak tak berapa suka pada manis-manis.. Anyway, TAHNIAH kerana awak terpilih untuk menjadi Top Commentator dalam jurnal akak...

    https://www.shikinrazali.com/2019/11/top-commentator-bulan-november-2019.html

    ReplyDelete
  6. Kalau dapat yang gebu gebas dan inti melimpah, memang puaslah makan..

    ReplyDelete
  7. sungguh sedap bombolini ni.. sisyat pun suka order..maklum la jiran sebelah rumah ye tokeynya..heheh

    ReplyDelete
  8. Suka bombolini. Dapat isi yang penuh lagilah sedap makan.

    ReplyDelete
  9. ohh ejaan dia bombolini ke? ingatkan bomboloni hahaha. sebab ramai yang sebut macam tu. ke.. sama je semua tu?

    tapi bombo--ni memang sodapp! lagi lagi yang cekelat heee mervelousss!

    ReplyDelete
  10. I really love Bombolini.
    Start makan masa bulan puasa last year, terus suka sampai rasa nak nangis bila craving sebab tak tau nak cari kat mana.

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.