Harini iols terasa nak join giveaway best ni. Doakan ada rezeki saya hehehee. Kalau korang nak join klik laju laju pada banner di atas.
Tempat aku tengah hujan2 manja skrg. Tak lebat sgt tak gerimis sgt. Patutlah tadi panaihhh littt litt. Sampai anak aku melalak kepanasan hahaha. Musim panas ni. Jangan lupa minum air masak banyak2 ok!
Elih dengan kerjasama blogger Cik Akak nak berkongsi sedikit rezeki dalam Giveaway Cash Blogger Malaysia bermula pada 13 Febuari 2019 (Rabu) sehingga berakhir pada 27 Febuari 2019 (Rabu) jam11:59 malam.
Giveaway ini akan berlangsung selama 2 minggu sahaja, bloggers sekalian perlu cepat kalau tak nak terlepas peluang memenangi hadiah bertuah giveaway ini. "Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu"!
Syarat Penyertaan Giveaway & Hadiah Giveaway boleh semak di Blog Elih Japahar atau klik banner diatas.
PantangPlus.com – Pakej berpantang selepas bersalin
Baca kisah benar ini dulu, dari pengasas PantangPlus, Puan Zamzana Mohd Arifin:
“Semasa berpantang anak pertama, ada seorang makcik tukang urut selepas bersalin ini, mengurut belakang saya dengan kaki dia. Tiba-tiba, dia tergelincir sebab berminyak. Dipendekkan cerita, tulang belakang saya hampir retak. Saya terpaksa buat ‘check-up’ dengan doktor pakar selama 6 bulan.”
Kini, boleh ‘booking online’
Antara sebab PantangPlus diwujudkan, saya tidak mahu orang lain merasai keperitan berpantang kerana salah pilihtukang urut wanita. Di PantangPlus, semua bidan atau tukang urut selepas bersalin kami disaring terlebih dahulu, terlatih, berpengalaman dan mempunyai sijil. Paling penting, semuanya orang tempatan.
Di PantangPlus juga, pakej berpantang kami lengkap, termasuk penjagaan ibu, penjagaan bayi dan makanan pantang. ‘Confinement lady’ akan menjaga dengan penuh kasih sayang. Boleh lihat senarai penuh servis di laman web kami.
Pelanggan dari luar negara
Atas kesedaran ramai ibu-ibu muda tentang kepentingan berpantang, tempahan bukan sahaja datang dari Malaysia. Malahan dari Singapura, United Kingdom, Australia dan UAE.
Giveaway ini dianjurkan oleh PantangPlus.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM300 untuk dimenangi. Sila klik banner untuk join.
Entry pertama selepas bersalin, merangkap entry pertama bulan February ni. Kahhkahh. Nak buat cemana, tengah pantang, memang tak kuasa nak on laptop. Oh ya, lupa nak bgtau, Alhamdulillah, aku dah selamat bersalin pada hujung Januari lepas. Syukur Alhamdulillah. Maka dapat lah title seorang Emak sekarang. Terima kasih pada tips tips yang korang bagi dulu. Aku masih tak menyempat nak buat entry utk tips yang korang semua bagi tuu. Nanti yaa?
In Sha Allah aku akan kongsikan pengalaman aku nak bersalin di entry akan datang. Mana tau boleh meningkatkan pageviews ke. Kahhkahh. Tamak! Dah ada anak ni, harap-harapnya takde lah terkubur blog ni. Cehhwah. Over ko. Mak-mak yang lain rileks je blog meletops lagi walaupun busy dgn anak.
Aku tak sabar nak habis pantang 44 hari ni. Entah ler. Sebenarnya excited sbb nak minum air sejuk. Susah ok tahan napsu minum air sejuk dgn cuaca panas yang amat ni. Tp at the same time mcm takut2 jugak nak minum air sejuk. Sbb kawan aku kata dia pantang air sejuk 44 hari je, lepastu dia kata dia mudah masuk angin bila salah makan. Iyeee ke? Tapiiiiiii. Bidan yang urut aku kata, dia dulu ais mmg tak lah, tapi air yg disejukkan tu dia minum jeee. Ini Bidan bertauliah ok. Bukan cap ayam punya. Bila dia kata gitu, aku mcm sedap jugak lah mendengonya. Tapi bila aku nengok ada org pantang sampai setahun, aku mcm, ape benda siottt lamanyaaaaaaaaaa. Korang pantang air sejuk berapa lama? Pantang ais pulak berapa lama? Aku pantang lain2 tu aku tak kesah sangat, pantang yg satu ni aku kesahhh. Hahahaha. Ya Allah perangaiiii.
Aku harap aku takde lah kena sakit badan di kemudian hari ke apa. Aku ni boleh dikatakan ngelat2 jugak berpantang ni hahaha. Lepas je seminggu laki aku habis cuti, stokin kemana, pilis kemana. Fuhhh. Degil betul.
Paling aku seriaukan, semestinya luka jahitan bersalin ni. Mujur bersalin normal. Kalau czer, mesti lagi parah aku punya ngada-ngada. Tapi tak kisahlah bersalin normal atau czer, janji anak selamat.
Doakan aku berpantang dengan jayanya. Hahahaa. Siapa ada buat GA/ Segmen? Nak join ni...