Kursus untuk suami yang nak teman isteri bersalin?

Monday, January 14, 2019


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Untuk persiapan bersalin, salah satu yang paling utama semestinya adalah pemilihan hospital mana untuk para ibu bersalin bila sampai masanya nanti. Kalau korang nak rasa layan VVIP kat hospital kerajaan time korang bersalin, korang boleh ambik pakej FPP. Sila google utk maklumat lanjut. Aku pun almost jugak beriya iya nak sangat ambik pakej FPP dengan alasan aku nak laki aku ada dengan aku, teman aku, jaga aku time kat hospital, ewah ewahhh mengada sungguh kau kan. Untuk pengetahuan korang, kalau ambik pakej FPP ni, laki korang boleh teman korang sepanjang korang ada kat wad tuu. Laki korang pun boleh tidur sekali kat situ. Korang dapat bilik tidur sorang tak salah aku. 


Namun begitu, tak semua hospital kerajaan di Malaysia ni menawarkan pakej FPP. Salah satu hospital kerajaan yang tawarkan pakej ni adalah Hospital Putrajaya. Ini aku tau pun sbb opismet aku ambik pakej FPP masa bersalin kat situ. Kos utk bersalin secara czer kalau FPP ni, dalam 3k mcm tu. Kalau bersalin normal, murah sikit laa. Lebih kurang seribu lebih kot? Tapi layanan memang VIP habissss laa kalau ambik pakej ni. Sesuai utk mereka yang inginkan lebih privasi ketika duduk di wad hospital. Berdasarkan gambar screenshot di atas, korang boleh tengok, aku siap e-mail HPSF lagi tauuu sbb nak tau sana ada tak buat pakej FPP. Gigih beno! Bila fikir balik, macam entah apa-apa je perangai. 

Bagi suami yang nak temankan isteri dalam labour room/ ketika bersalin, sebenarnya korang tak boleh suka-suka masuk nak teman jee tauu. Ada hospital yang benarkan. Ada hospital yang tidak benarkan langsung. Tapi ada juga hospital yang benarkan laki korang teman time bersalin tapi dengan syarat dia kena pergi kursus dulu. Aku pun tak tahu pasal ni tau. Tahu pun sbb opismet yang bgtau kalau nak bersalin kat Muo, laki tak boleh teman dalam labour room kalau tak ambik kursus. Aku siap tanya beberapa orang kawan lagi tauuu sebab nak sahihkan kenyatan ini. Hahahahaa

Actually nama kursus ni adalah program peneman penjagaan mesra ibu. Aku dah selamat pergi dah minggu lepas. Oh ya, bukan laki kau je yee yang kena pergi kursus ni. Mak-mak pun kena hadir kursus sekali. Hahahaa. Dia macam ceramah pendidikan gittew. Sekejap jeee. Kalau korang half day pun bolehh. Tapi mcm aku, aku mmg ambik cuti terus lah. Jauh. Ceramah tu ambil masa dalam satu jam ke dua jam mcm tu. Kemudian, korang akan dibawa melawat Dewan Bersalin, dan penerangan yang lebih terperinci akan diberikan. Kalau pelawat biasa, korang tak boleh tau masuk Dewan Bersalin ni suka hati. So bagus jugak lah kursus ni diadakan. Kita boleh tengok sendiri suasana labour room dia cemana, kat mana kaunter, kat mana family kau boleh tunggu sepanjang proses bersalin tu. Paling penting, suami sendiri dapat menyaksikan lokasi bini dia nak bersalin kelak. Takda lah laki kau terkontang-kanting nanti. Once kau dah hadir kursus ni, korang akan dapat satu paper kecik yang akan dikepi kat buku pink korang. WAJIB bawak time nak bersalin. Kalau tak, laki kau tak boleh masuk labour room. Valid sampai 3 tahun tak salah aku. So, kalau dalam tempoh 3 tahun tu kau pregnant lagi, korang takyah lah hadir kursus tu lagi. 

PROGRAM PENEMAN PENJAGAAN MESRA IBU
Program ini membenarkan suami (peneman) menemani isteri semasa proses bersalin di Dewan Bersalin, Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Untuk pengetahuan korang, polisi Peneman Penjagaan Mesra Ibu ni dah start sejak dari tahun 2002. Lol. Dah lama juga rupanya. Aku ingat polisi ni baru lagi terpakai. Sebab mcm, nak teman bini bersalin pon kena p kursus ke? Biar betul?

OBJEKTIF PROGRAM PENEMAN PENJAGAAN MESRA IBU

  • Untuk memberi sokongan emosi dan moral kepada ibu yang bakal bersalin
  • Untuk mengeratkan perhubungan kekeluargaan
  • Untuk mendapatkan faedah klinikal yang optimum kepada ibu bersalin dan bayi yang dilahirkan
PANDUAN SEMASA MENEMANI ISTERI DI DEWAN BERSALIN
  • Hanya peneman yang SAH sahaja dibenarkan meneman ibu yang bersalin. Peneman mestilah terlebih dahulu menghadiri ceramah PROGRAM PENEMAN PENJAGAAN MESRA IBU dan bersetuju mematuhi syarat-syarat sebelum dibenarkan menemani ibu.
  • Polisi meliputi Dewan Bersalin sahaja dan tidak dilanjutkan ke Wad Obstetrik dan Ginekologi.
  • Kebenaran untuk meneman perlu diperolehi daripada Ketua Jururawat/ Jururawat Dewan Bersalin terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk.
  • Kebenaran bergantung kepada keadaan semasa Dewan Bersalin dan budi bicara Ketua Jururawat/ Jururawat Dewan Bersalin.
  • Jika peneman ingin keluar dari Bilik Bersalin kerana hal peribadi, beliau perlu memberitah kepada Jururawat yang bertugas (sila tekan loceng untuk memanggil jururawat)
  • Peneman dibenarkan berada di sisi ibu sehingga beliau selamat melahirkan anak tetapi dikehendaki keluar apabila proses kelahiran uri dilakukan.
  • Peneman juga dikehendaki keluar dari Bilik Bersalin apabila diminta bagi keadaan/ situasi tertentu.
  • Peneman tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman ke dalam Dewan Bersalin.
  • Peneman perlu menjaga privasi dengan tidak menjengah pesakit lain.
  • Alat elektronik tak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Dewan Bersalin. Sebarang bentuk rakaman juga tidak dibenarkan.
KEADAAN DIMANA PENEMAN TIDAK DIBENARKAN BERADA BERSAMA DI DALAM DEWAN BERSALIN
  • Sewaktu Pakar Perubatan atau Pegawai Perubatan membuat rondaan wad, pemeriksaan atau melakukan prosedur.
  • Semasa kelahiran berkomplikasi seperti songsang, forcep, vacuum extraction dan lain-lain yang mungkin menimbulkan ketidakselesaan atau salah erti.
  • Semasa berlaku kes yang memerlukan resuscitation kepada ibu atau bayi yang baru dilahirkan.
PESANAN PENTING!!!
  • Nombor telefon Dewan Bersalin ialah 06-9521901/ 1902/ 1903 sambungan 416/ 403
  • Ibu-bu boleh terus mendaftar di kaunter pendaftaran Dewan Bersalin.'
  • Pada hari pendaftaran SILA BAWA BERSAMA: 
  1. Kad ibu mengandung/kad merah/buku pink dan kad pengenalan
  2. Surat jaminan daripada majikan jika ada
  3. Butir-butir suami/ waris terdekat seperti nama, alamat, no telefon serta salinan kad pengenalan
  4. Barang-barang asas ibu dan bayi.
  • Tidak digalakkan bawa wang yang banyak dan barang berharga ke hospital. Kalau boleh, barang kemas tu simpan lah kat rumah sebelum korang pergi hospital. Kalau dah 36 minggu ke 37 minggu ke, dah boleh siap-siap tanggal dan simpan korang punya rantai, subang/anting-anting, gelang tangan atau kaki dan apa-apa lagi lah barang berharga kat badan korang tu. Suruh laki simpankan kat tempat selamat. Kalau tak caya laki hang, bagi mak kau simpan. Kahhkahh!

Kalau nak booking, boleh contact terus Hospital Pakar Sultanah Fatimah. Kebanyakan hospital di Johor mmg kena ambil kursus ni tak salah aku. Lebih baik korang tanya dulu pihak hospital mcm mana. Kalau tak kena, so tak payah lah korang ambik. Banyak kebaikan kursus ni sebenarnya. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang baru pertama kali mengandung. Korang jangan lupa tau potostet sijil nikah dan ic korang laki bini. Kepil siap-siap kat buku pink korang. Tu dokumen wajib tauuu. Hospital lain aku taktau laa. Hahaha. And lagi satu, kalau korang kerja kerajaan, sila lah bawa GL yee siap-siap. Boleh check online ketika korang nak daftar tu, tapi kadang-kadang system problem/ lambat/ bermasalah, jadi lebih baik korang prepare siap-siap. Kalau tak bawa and staff sana tak dapat nak check status korang, tak silap aku automatik korang akan dapat kelas ketiga. Tak salah aku lahhh. Time kursus tu dia ada bgtau.

Doakan urusan aku dipermudahkan tauuu! Kursus is done~~~~ *nada Eina Azman* hehehee. Alhamdulillah. Semoga aku kuat dan tabah nak hadap sakit contraction dan lahirkan zuriat untuk suami tercinta. Bila fikir ''aku nak lahirkan zuriat utk suami'' barulah rasa kuat tu datang. Demi suami, rela aku gagahkan diri bila mengandung time pjj ni. Aku rasa anak ni lah hadiah paling mahal aku boleh bagi kat suami aku. Sebab tak ada jual kat mana-mana. Hehee. In Sha Allah. Semoga baik-baik sahaja segalanya...




You Might Also Like

5 COMMENT

  1. Wow dh ada kursus semua ya. Dulu kalau di hospital selayang, suami dibenarkan masuk semasa betul2 detik nak bersalin tu untk bg sokongan pd isterinya. Tp kebanyakan suami mcm takut2 nk tgok keadaan isteri masa nak melahirkan. Hehe. Semoga dipermudahkan urusan Cik Puan Rrai nanti. In shaa Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. Harap2 suami sy tak takut lah time teman nanti. Huhuuu

      Delete
  2. ooo baru sy tau...bagus utk mereka yg 1sttime jd bapa ni... tp kalau bapa2 yg takut darah ni mcm mn pulak ya? takut terpengsan pulak tgk isteri dia tgh bertarung nyawa tu... ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nurse haritu dah pesan, bapak2 yang rasa tak boleh continue teman sbb takut pengsan boleh keluar dari labour room tuu. Tak ada paksaan untuk dia terus stay kalau dia rasa tak selesa.. Bila dah keluar dari labour room, kalau dia rasa nak masuk balik, dia boleh je masuk balik bilik tu. Cuma kena bgtahu nurse di kaunter.. Takleh suka2 masuk semula.. heheee

      Delete
  3. kalau kat sini isteri yg bersalin cara ceacer suami tak dibenarkan masuk..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.