Pertama kali redeem di aplikasi mcd

Monday, December 17, 2018


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

First time tauuu hari ni aku redeem guna apps mcd. Sebelum ni tak pernah langsung install atau guna apps mcd. Asyik tengok orang jeee redeem. Takde terniat langsung nak redeem sendiri. Sbb rasa mcm, ''elehhhh, bukan selalu pun g mcd ni''.. Kahkahhh. Sudahnya, engko sendiri yang install dan redeem! Niatnya mula-mula nak nyinggah beli aiskrim je. Lepas jee makan, membe ajak drive thru beli aiskrim. On jelahhh kan. Pastu membe tunjuk apps mcd tu. Eh sekali aku tengok offer-offer dia, ehhhhhhhh ehh eh, berbaloi nyaaa! Dari aku beli ala carte cam biasa tu baik aku beli guna apps dia! Murah pun murahhh!


Niat nak beli aiskrim oreo. Kalau beli satu, dah lima ringgit lebih. Tgk kat apps mcd, ada offer dua aiskrim horlicks RM8.95. Wahhhh. Berbaloi. So share dengan kawan. Dah jimat kat situ.


Pastu tengok lak ada offer ice latte kalau beli dua cuma RM9.50 jee. Haaa kauu. Apalagi. Grab jugak! Kahhkahh. Kongsi dengan kawan, harga bahagi dua. Fuhh. Jimat lagikkk. Sis sukaaa. Ni first time sebenarnya aku beli mccafe drive thru. Selama ni ingatkan kena beli kat kaunter jee. Pastu ingatkan beli drive thru nanti kena adjust rasa dia pahit ke apa ke. So malasss. Sbb bila drive thru org nak ngap terus jee masuk mulut malas nak tambah2 gula ke creamer ke apa. Rupanya tak. Rasa dia just nice jee. Takyah tambah gula pun. Maklumlah first time weh.

Jimat kan? Dari beli aiskrim horlicks tu satu dan ice latte satu tanpa guna apps dia. Bezaaaa harga. So kalau korang tak install lagi apps mcd cam aku ni, sila lah install. Jimatttt. Hahaha

Have a nice day!



You Might Also Like

5 COMMENT

  1. selalu jugak usha apps mcd sebab banyak promo tapi selalu berubah ikut hari.

    ReplyDelete
  2. tak pernah tgk lagi app ni.. hp murah x dpt nak upload. hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi install apps ni. kena try la nti

    ReplyDelete
  4. Wahh jimatnya! tak tau pun selama ni hehe Thank you, sis kongsikan tentang ni :)

    Fatina Mudz

    ReplyDelete
  5. Wah, nanti zumal pun nak install juga ler

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.