Morning! Dah sarap?

Friday, December 14, 2018



ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Harini kita melantak bihun goreng singapore ditambah dengan telur mata separuh masak yang mana bila kau cucuk kuning dia melimpah keluar dengan enaknya, pekena pulak dengan teh ais! Fuhhh. Org kata preggy ni kurang-kurangkan lah teh dgn kopi. Tapi pagi bangun-bangun tidur terus terkenang dekat teh ais cafe pulokkk. Teh dia tak kaww sangat mcm teh mamak tu so bagi aku selamat lah nak diminum hahahaa. Haritu teringin nak minum kopi 434 kat kedai dia di muo tu. Tapi laki den kata kopi 434 tu kuat sangat so minum lah kopi lainnn. Mmg rasa dia agak pekat sikit punn. Sbb tu hantu kopi mmg suka kopi 434. Aku mmg dah kurangkan minum kopi. Cuma kadang-kadang tu minum jugak. Kalau dulu, almost everyday aku tibai kopi. Paling sikit pun dalam dua hari tiga hari tu mesti ada minum. Sbb rasa lain mcm bila lama tak dpt kopi. Skrg, seminggu sekali pun belum tentu. Hahahaa.

Dan.

Di saat aku tgh nak makan ni, tiba-tiba baru teringat hari ni opismet ada belanja makan nasik lemak ayam utk breakfast kat pejabat. Cisssssssss. Acaner boleh lupa niiiiiiii hahahaha

Happy working korang! Jangan lupa makan!


You Might Also Like

11 COMMENT

  1. eh sarapan kita samalah arini tp kedai je lain2 ;-)

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat.
    Saya sarapan di tempat kerja.
    Campur2 serba sedikit, bihun goreng, mee goreng, nasi goreng, mee sanggul goreng...
    Alhamdulillah kenyang rezeki pagi.
    #jmbelog

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh meriahnya sarapan jm.. sy pun selalu gak campur2 makanan ni kadang2. hehehh. sajaa nak merasa semua...

      Delete
  3. minum sikit dan sesekali takpe Rai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. seminggu sekali mesti nak merasa jugak.. kadang sampai dua kali.. huhuuu

      Delete
  4. rrai dah preggy berapa bulannnn? mesti comell hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak masuk 8 bulan dah kakcik. hehehh.. doakan semuanya dipermudahkan tauu!

      Delete
  5. wow sedapnya bihun goreng singapore

    ReplyDelete
  6. morning di pagi sabtu. hari ni kami pun bekerja seperti biasa. hehe. apakan daya, hari cuti tak sama dengan orang lain. saya cuti ahad isnin. hahaha

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.