Lagu Pilihan Disember: Ku Bersuara (Ernie Zakri)
Sunday, December 16, 2018
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Lagu pilihan bulan Disember adalah lagu terbaru dari penyanyi favourite iols iaitu lagu yang bertajuk Ku Bersuara dari penyanyi yang suara nya sangat woowwww iaitu Ernie Zakri. Masa first time dengar terus jatuh cinta dan rasa lagu ni sesuai dengan suara Ernie sbb menyerlahkan vokal Ernie yang mmg power tuu. Bagi aku Ernie Zakri ada suara ala-ala Ariana Grande gittewww. Hehehe.
Aku baca komen-komen netizen, ramai juga yang kata lagu ni juga 'berat', susah nak nyanyi, org Malaysia sukakan lagu yang catchy lah apa, siap suggest kat Ernie supaya takyah buat lagu berat sangat. Aku akui jugak lagu ni kalau nak buat lagu karok, agak payah lah sbb key dia bukan calang-calang boleh nyanyi hahaha. Tapi cuba kau tgk lagu-lagu Beyonce. Org tiap kali masuk audition mesti suka bawak lagu Beyonce pasal boleh tonjolkan kepaduan vokal mereka. So tak salah rasanya Ernie buat lagu camni. Siapa boleh bawak tu kira dia power lahh hahahaa. Pasni siapa nak masuk audition boleh try bawak lagu Ernie Zakri. Kahhkahh
Tengok klip video ni, aku antara orang yang rasa Ernie ni berlakon boleh tahan jugakkk. Hahaa. Video kali ni menampilkan Que Haidar. Klip video punya jalan cerita menarik. Semoga terus maju jaya Ernie!
Bawah ni lirik lagu dia. Boleh lah nyanyi sambil scroll lirik.
Biarku tulis semua
Perjalanan hidupku
Ku huraikan semua
Yang terbuku di dada
Aku sadurkan
Bernada bicara
Lemah di mata mereka
Ruang hati dipersia
Aku dipersenda
Ku tak berdaya
Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia
Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran
Cerita luka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara
Dijual pada mereka
Resah jiwa diperguna
Aku tersedar
Jaga dari lena
Dijanjikan mahligai cinta
Terkaburi belaian manja
Yang kusangka tenang
Rupanya tersimpan rahsia
Ku bersuara saat kau berikan derita
Terpedaya bukan pengakhiran
Cerita luka
Tercabarnya diriku
Murahannya katamu
Ku bersuara
Ku bersuara
Terima kasih ku ucap padamu
Terlerai cengkaman jiwa
3 COMMENT
Wow, hebat la lagu ni. Vokal Ernie Zakri pun terbaik la 👍
ReplyDeletememang best lagu ni. vokal mantoppp and mesej disebalik lagu ni pun baguihh hehehe
ReplyDeleteLirik dia dasyat.. suara dia nie bagus..
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.