ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
I was scrolling and checking all the draft post until I saw this. Whatttt???! Aku ada buat entry pasal pengalaman aku p temuduga degree dulu? Apahal draft? Apahal tak publish? Panjang gila kot aku menulis kat entry ni. Kahhkahh. Sekali baru aku teringat, OHHHHHHH. AKU FRUST SANGAT NI MASA TU. MERAJUK KONON-KONON. TERUS TAKNAK PUBLISH. Alahai perangai. Alkisahnya begini, aku ada dapat tawaran temuduga untuk kos degree law kat UKM. Aku pergi. Dan bila result dari UKM keluar, aku berjaya interview tu. TAPI. TERTAKLUK kepada keputusan daripada UPU. Sebab aku mohon under UPU. So bila result kat UPU keluar, aku tak dapat. Rupanya sebab aku tak beri dokumen sepertimana yang diminta oleh pihak UPU. Gitu lah kot kisahnya. Aku boleh mcm, eh kena bagi dokumen eh? Lol. Aku frust gila weh masa tu. Hanya Allah je yang tahu. Menangis tu dah semestinya lah. Rrai kot. Kompem ah nangis. Hahaha. Lama jugak lah aku nak move on time tu. Yelahhh, aku lepasan diploma kot masa tu. Dia punya membuak-buak nak sambung belajar tu lain macam. Mujur jugak aku dah buat entry ni awal2. Dah nak masuk 2019 weh. Kejadian berlaku aku rasa awal 2016 camtu. Hahahaa. Ok jom baca apa aku membebel dua tahun yang lalu.
______________________________________________________________
Secara jujurnya ini kali pertama aku pergi temuduga ataupun interview untuk sambung belajar ni. Masa diploma dulu takde kena iv [interview] pun. Jadi aku punya nervous tu memang luar biasa sungguh, serius tak dapat nak diungkap dengan kata-kata. Lagi seram dari tunggu turn nak pergi jumpa doktor tau. Pulak tu memang tak pernah ada pengalaman langsung. So memang tak boleh nak imagine macam mana laa situation iv tu nanti.
Aku dapat tahu yang aku terpilih untuk pergi iv kemasukan sesi akademik 2016 2017 ni pun lebih kurang seminggu lebih sebelum tarikh iv. Jadi memang prepare asal boleh jelah jawabnya. Tak silap aku dia bagitau melalui email atau sms macam tuuu. Ingat-ingat lupa lah. Email rasanya. Sbb selalunya email je yang aku endah tak endah ni. Sejak2 daripada kes Ukm tu sekarang aku jadi alert gila tiap kali ada mesej masuk kat email. Lagipun hal-hal blog macam paid review dan gift review pun selalu by email so email mmg memainkan peranan penting dalam hidup gua hahahahaa.
Bila dapat tahu terpilih untuk iv UKM ni aku rasa macam oh my god its such an honour sebab UKM is one of the best university kat Malaysia dan dalam wishlist university yang aku harap sangat-sangat aku dapat masuk, UKM adalah nombor satu ok! Masa mohon UPU pun aku letak UKM sebagai pilihan pertama. Salah satu faktor mungkin sebab aku suka UKM sebab UKM sangat memartabatkan bahasa ibunda kita. Dan kalau kau tanya semua orang aku rasa mana ada orang nak lepaskan peluang kalau dapat masuk UKM.
SEBELUM TEMUDUGA
Sebelum temuduga ni banyak preparation yang kita kena lakukan. Paling penting sudah semestinya lah study kan? Tapi percayalah kataku, macam aku, kos aku iv ni Ijazah Sarjanamuda Undang-Undang dengan Kepujian, so I expect dia akan tanya pasal Perlembagaan Persekutuan ke, Kanun Keseksaan ke, Seksyen-seksyen bagai tu, bidang kuasa mahkamah, parlimen apa semua tu tapi sebenarnya TAK LANGSUNG. Interviewer tak tanya pun pasal akta-akta semua tu. Hahahaaa
Bila kau tanya kat kawan-kawan atau kat mereka yang dah ada pengalaman pergi iv untuk study ni, majoriti akan kata, BACA PASAL ISU SEMASA. Begitu juga dengan iv untuk kerja kerajaan, semua akan bagi tips, BACA PASAL ISU SEMASA. Memang betul pun. Isu semasa memang sangat penting sebab memang itulah soalan famous yang akan ditanya. Aku takdelah nak kata kau nak kena study isu semasa tu semua. Tapi, sekurang-kurangnya tahu sikit pun jadi lah. Contohnya masa time aku iv tu, isu semasa yang famous yang berkaitan dengan undang-undang adalah kes rogol Eno Fariha tuuu. Jadi aku expect mungkin lah akan ditanya tentang isu tu dan akta berkenaan jenayah rogol dalam kanun keseksaan. Tapi tak pun. Aku tak kena pun soalan-soalan killer macam gitu. Aku rasa soalan yang aku kena masih boleh diconsider sebagai senang lah jugak. Hahahaa
Pemakaian sebelum korang pergi iv pun penting. Disebabkan kos yang aku mohon ni adalah undang-undang, jadi typical lah kan budak undang-undang pakai blazer dan pakaian warna hitam putih. Takkan tu pun taktahu kan? Hahahaaa. Ramai yang pakai blazer masatu dan pakai tudung putih baju hitam. Lelaki pulak ramai yang pakai pakaian segak hitam putih nak p pejabat tu. Actually takde lah dia kata kita tak boleh pakai baju warna pink ke oren ke, tapi seeloknya pakai lah hitam putih kalau korang p iv untuk kos undang-undang. Lagi molek gitu. Baru nampak macam lawyer kan kan hahahaa. Tapi aku tak pakai pun blazer. Tak pakai pun hitam putih. Pakaian aku hitam, tudung aku kaler mustard tak silap aku. Aku main bedal je hahahaa. Ada je yang pakai tak ikut hitam putih. Janji pakaian korang menutup aurat dan sopan. Tapi jangan ler pakai jeans pulak tu cari nahas namanya hahahaa. Kaksha bgtau aku, kalau boleh jangan pakai pakaian dan tudung yang warnanya 'mantul' sangat, I mean, terlalu menyerlah dan menjolok mata melihat. Contohnya baju warna kuning pekat yang betul2 kuning tu. Haa kan menyerlah gilaaa tuuu.
Selain pakaian, korang juga nanti kena bawak dokumen-dokumen penting, resume dan sijil-sijil korang. Salinan dan juga original. Untuk fail sijil orginal tu sebolehnya pakai fail yang senang nak selak-selak tu. So nanti interviewer senang nak belek. Yang salinan punya pun, susun siap-siap ikut list dia kasi. Dari rumah, pastikan korang bawak semua yang wajib dibawa.
Untuk letak sijil-sijil original letak dalam fail mcm kat gambar atas tu. Tapi yang fail hitam tu untuk kad holder punya fail. Hahahaa. Aku google tak jumpa A4 punya. Tapi lebih kurang mcm tu laaa. Yang ada plastic dalam dia tu untuk kita masukkan sijil tu. Elakkan letak macam dalam fail yang aku tanda pangkah tu. Bukan elakkan je, kalau boleh jangan. Hahahaaa. Nanti sebelum masa daftar, kita kena serahkan fail tu kat staff yang jaga registration. Sebab tu aku kata siapkan fail awal-awal kat rumah. Kat rumah tu susun betul-betul sijil tu semua. Sebab nanti dah sampai tempat iv, takde masa dah nak susun susun fail.
Kalau rajin bawak laa air masak ke, gula-gula ke, untuk elakkan korang terlebih nervous sebelum menunggu giliran tu. Sebab kemungkinan kalau korang daftar lambat, mungkin turn korang petang [even kau datang daftar pagi]. Sebab aku sampai pagi, turn aku petang. Lama gila tunggu turn sampai.
Oh ya, alat tulis pun sila bawak siap-siap yaa sebelum nak pergi iv. Mungkin ada sesetengah kos tu tak kena kot tapi kos aku mohon ni sebelum iv, ada ujian bertulis. Jangan risau, bukan soalan killer yang berkaitan dengan undang-undang pun. Alat tulis pun pen je pun dah okay. Tak perlu pun pembaris, pemadam tu semua sbb soalan adalah dalam bentuk karangan.
Kasut pulak, pakai kasut yang sesuai yaa. Jangan pakai selipar tau. Kena suruh balik pulekkk nanti hahahahaa.
SEMASA TEMUDUGA
Pada hari korang kena iv tu, kalau boleh datang lah awal. Trust me, ramai gila yang akan beratur masa nak daftar tu. So kalau korang datang lambat, jenuh laa korang nak berbaris panjang berjela tu. Aku sampai tepat2 masatu. Pukul 8 ke 9 macam tu. *lupa*. Aku sampai je orang dah ramai gila beratur. Sumpah panjang gila weyh. Nak taknak beratur jelah. Kiri kanan semua parents ramai sangat-sangat. Tempat aku iv ni kat Holiday Inn. Holiday Inn ni salah satu hotel yang famous kat Melaka. Alhamdulillah laa aku memang arif sangat dengan nama Holiday Inn ni sbb dulu sepupu aku pernah practical kat sana. Hotel kat Melaka dahlah banyak gila. Kalau tak tahu mesti tersasul agaknya. Tapi lokasi Holiday Inn ni memang senang nak jumpa. Sangat dekat dengan Mahkota Prade tu. Kat Holiday Inn ada banyak bilik-bilik besar. Jadi no wonder lah iv kat situ.
Masa daftar tu tak silap aku kena tick nama and sign je. Dan kita akan dapat pelekat nombor giliran. Nanti tampal kat baju kita [kat atas dada]. Kemudian kita kena serahkan fail yang kita dah susun sijil2 original tu dan salinan (dokumen2 sepertimana yang dah tertulis dalam surat panggilan temuduga). Sebab tu aku kata takde masa nak susun fail sebab kat tempat aku iv tu tak ada kerusi pun tau. Dia macam ruang besar yang just ada carpet je. Ada lah macam sofa yg boleh 4-5 org duduk kat penjuru tu tapi disebabkan ramai parents jadi parents yang duduk situ. Tu pun tak semua parents dapat duduk. Ramai yang berdiri je pada awalnya. Tapi bila dah berjam-jam tunggu, semua duduk bersila je kat atas karpet tu. Termasuklah aku.
Selesai daftar, kena tunggu ikut turn untuk ujian bertulis. Nanti kena masuk dalam satu bilik ni. Bilik tu siap dah ada meja kerusi semua. Akan ada orang yang jaga. Soalan dia ada dua. Satu in english dan satu lagi malay. Dua-dua kena buat dalam bentuk karangan. Soalan aku dapat masatu yang dalam english, pasal love and money. Yang dalam bm pulak aku lupa. Tapi soalan-soalan pesen gitu laa. Korang kena bijak karang ayat dan keluarkan pendapat je. Kalau korang tahu quote-quote dari ahli falsafah ke, A. Samad Said ke sesapa ke, sertakan je sekali. Masa tak silap aku 30 minit utk jawab kedua soalan tu. Eh jap 30 minit ke 15 minit ekh? Hahahahaa. Aku lupa. *sorry* Mana tak banyak lupa iv tu masa bulan 5 kot sekarang ni dah 31hb 10 hahaa.
Selesai ujian bertulis, bermula lah sesi paling menggerunkan iaitu sesi temuduga. Kita akan masuk 5 orang sama-sama iv dalam bilik iv tu. Jadi takdelah gementar sorang2 tak? Hahahaa. Tapi silap tu. Bila korang di-interview ramai-ramai, korang akan rasa lebih rendah diri bila orang kiri kanan semua petah berkata-kata dan kau like, a potato chips antara ramai-ramai tu. Jadi nak taknak, beranikan lah diri anda untuk sama-sama bercakap dalam bilik iv tu.
Aku punya turn masatu nombor 77. Petang. Aku kena iv masatu dalam nak pukul 5 tau. K ko bayangkan lah. Dari kepagian aku menunggu. Kau bayangkan betapa lama aku tunggu turn dalam penuh debaran. Hahaha. Orang kata turn awal-awal ni laa yang bagus sbb cepat habis iv, cepat habis rasa nervous. Tapi berdasarkan pemerhatian aku, siapa yang kena awal, soalan diaorang dapat lagi susah dari kami yang kena iv lambat. Mana taknya, aku berjam-jam kot duduk bersila berhampiran dengan bilik iv tu, semua orang lepas keluar bilik iv, semua aku tanya, interviewer tanya apa hahahaha. *kepoh*
Ada yang kena introduction in english. Ada yang kena bm. Soalan pulak satu soalan in english. Satu soalan in malay. Antara soalan-soalan yang ditanya adalah pasal corruption, hudud, isu transgender, dan macam-macam lagi soalan. Masatu aku harap sgt aku dapat soalan pasal hudud. Sebab hudud dulu masa aku belajar kat kolej, aku sangat suka subjek tu [undang-undang jenayah islam] dan aku selalu bagi attention lebih masa Cik Yuhanis explain dalam kelas. Aku suka gila subjek ni tau. Tapi group sebelum2 aku pulak yang dpt. So sah-sah laa aku tak dpt soalan hudud kan? Aku risau kalau dia tanya soalan lain yang susah susah. Nama pun kos undang-undang, kalau soalan tak susah tu bukan kos undang-undang namanya hahahaa. *but now aku rasa kos paling susah adalah kos account dan bukanlah undang-undang*
Bila turn kau lambat gila ni, maka kau berpeluang lah tengok macam-macam ragam orang yang datang iv ni. Ada yang pendiam, nampak macam tak reti cakap, tapi dalam bilik iv dialah yang paling lantang bersuara keluarkan pendapat, ada yang jalan sana sini penuh yakin, speaking dengan semua orang, cakap pasal isu parlimen apa semua tapi dalam bilik iv dia tergagap-gagap tak cakap apa pun. Aku tak banyak pun cakap dengan semua candidates sebab masatu ada kawan satu kolej dgn aku yang sama iv dgn aku so aku banyak cakap dgn dia je. Aku ni student dari kolej biasa, jadi bila datang iv tu aku memang rasa 'kecik' sangat jika nak dibandingkan dengan student2 lain yang dtg daripada universiti terkemuka lain. Memang rasa rendah diri tu adalah rendah yang paling rendah sangat-sangat hahahaa. Bila orang cakap, 'eh kau kan dapat ANC mesti kau boleh punya lah!' Eh ko ingat ANC boleh membantu ke masa iv? Hahaha. TAK okay. Tak kesah lah ko budak dekan setiap sem ke dapat ANC ke, kalau iv tergagap-gagap, jangan haraplah dapat. Sebab interviewer tu tak tanya pun berapa pointer awak masa sem satu? Awak dapat anugerah naib canselor ke tak? Berapa cgpa awak? Semua tu dah ada dalam fail kita, bila kita duduk depan mereka, mereka nak tengok kebolehan dan keupayaan kita bercakap dan mengeluarkan pendapat. Tak reti bercakap, Lee Kwang Soo OUT. *nada running man*
Sebelum masuk dalam bilik iv, ada staff yang akan panggil kita untuk beratur depan bilik iv. 5 orang kesemuanya. Kiranya kita berlima tu lah yang akan bersama-sama ditemuduga di dalam bilik tu nanti. Iv ni bukan iv sorang-sorang macam iv kerja. Situation lebih kurang macam gambar atas tu laa. Ada 4-5 orang yang akan interview kita, termasuklah dekan fakulti undang-undang UKM. Jadi bila dah masuk tu, duduk, dan kemudian kita akan disuruh untuk memperkenalkan diri masing-masing. Alhamdulillah kiteorang dapat dalam bahasa melayu. Mean perkenalkan diri dlm bahasa melayu. Macam mana nak tahu in bm or bi? Korang dengar betul2 soalan dia, kalau dia kata, perkenalkan diri awak, haa jawab laa dalam bm. Kalau dia kata, introduce yourself, so jawab laa dalam bi. Macam tu jugak dengan soalan2 yang lain. Kalau ditanya dalam english, jangan jawab in malay. Ini jugak tips yang aku dapat dari kawan-kawan yang kena iv awal awal tu. Hahaha. See. Untung jugak kena lambat.
Selesai perkenalkan diri, kiteorang dapat soalan, apakah novel terakhir yang awak baca dan ceritakan secara ringkas tentang novel tu [in english]. Interviewer tu akan tunjuk kat siapa untuk jawab dulu dan siapa yang akan jawab selepas tu. Jadi takde isu berebut-rebut nak jawab. Tapi tgk jugak laa sbb group sblm ni bgtau aku, dieorg kena berebut utk jwb soalan. Aku tak expect pun soalan macam ni. Tak jangka langsung. Tapi nampak je macam senang kan soalan ni? Tapi interviewer tu akan tanya tau pasal novel korang baca tu dan kalau mereka tak jelas dgn ayat korang, dia akan tanya lagi. Aku masatu cakap pasal novel Ramlee Awang Murshid yang bertajuk Imaginasi sbb tu novel aku baru baca masatu, Agak terkial-kial dan tunggang terbalik jugak laa ayat aku hahahaa. Aku dah macam, Yaa Allah macam mana aku nak cakap yang org kg kata Suhaila ni bela saka? Hahahaa. Aku ingat lagi ayat aku, "You know what I mean? Saka? You know what is Saka? Saka is a ghost" HAHAHAHAAHAHAHAHAHA sumpah aku nak ketawa bila aku ingat balik. Sebab novel Imaginasi ni pasal Suhaila yang dikatakan bela saka singa. Tapi sebenarnya tak pun tu bkn saka singa. Tu mak dia, kena sumpah jadi singa. Mak dia ni berasal dari tempat lain. Aku takrifkan maybe mak dia ni tinggal kat tempat-tempat ghaib gitu laa, like bunian? Sbb aku pun taktahu nak kata mak dia orang bunian ke apa hahahaa. Aku siap cakap lagi aku start fall in love dengan undang-undang bila aku start baca novel-novel Ramlee Awang Murshid sbb dia selalu tulis novel pasal crime dan membuatkan aku lagi rasa nak belajar pasal undang-undang kat Malaysia. Aku masih ingat dengan jelas, dekan tu tanya aku, "So you wanna be a writer?", aku cakap yaa, aku harap aku dapat jadi penulis berjaya. Lol.
Soalan bm pulak, kami ditanya pasal apa pendapat awak tentang baik dan buruk. Macam gitu lah soalan dia. Terpinga-pinga pulak aku nak jawab weyh. Nampak je mcm senang. Tapi kat dalam bilik iv tu bila ditambah dengan perasaan nervous, soalan mcm gini pun boleh jadi susah tau. Hahaha. Aku jawab jelah membebel ape kebende entah masatu. Masa aku iv tu aku satu group dengan 2 malay girls, 1 chinese boy dan 1 indian boy. Soalan pasal novel tadi aku rasa mungkin interviewer nak tengok adakah kita ni seorang yang rajin membaca atau tidak dan apa jenis buku yang kita baca. Mungkin korang akan dapat extra point kalau kau kata kau baca buku ilmiah pasal undang-undang ke? So dari situ dapatlah dilihat kita ni masa senggang kita baca buku ilmiah atau komik/novel ke. So jangan expect soalan begini senang yaa. Ada maksud tersurat tersirat disitu. Soalan baik buruk tu pulak boleh dikira soalan paling senang, cuba bayangkan, kalau soalan macam gini kita tak dapat bercakap dengan petahnya, mesti interviewer tu akan terfikir, budak ni baru soalan mcm ni dah gagap, ni kalau tanya pasal soalan jenayah ke mesti diam terus. Soalan kedua ni sebenarnya mcm dia nk tgk cara kita bercakap macam mana.
Selesai dengan soalan, kami diberi peluang untuk bertanya kalau ada apa-apa nak ditanya. Dan dekan tu cakap, bilangan yang mohon sgt ramai dan tempat sangat limited, jadi kalau tak berjaya jangan sedih yaa sbb tempat sangat limited. Aku pun mcm, okay fine tak apa. Dapat panggilan temuduga pun dah kira satu pencapaian bagus bagi aku. Yeelaa bukan semua orang dapat panggil iv UKM kan? Aku tanya interviewer tu, kalau tak berjaya kena buat rayuan, then dlm rayuan boleh mohon UKM lagi tak? Lolol. Hahahaa. Dekan tu ckp boleh je kalau nak mohon UKM lagi. Hehehee
Habis je iv, aku rasa lega sangat-sangat.
____________________________________________________________________
Sekian, itu je hasil potpet aku dua tahun lepas. Selepas daripada tamat interview tu aku tak ingat apa jadik dah. Yang aku ingat bapak aku ambik aku dan kami jalan kat melaka kejap then balik rumah.
____________________________________________________________________
Sekian, itu je hasil potpet aku dua tahun lepas. Selepas daripada tamat interview tu aku tak ingat apa jadik dah. Yang aku ingat bapak aku ambik aku dan kami jalan kat melaka kejap then balik rumah.
Macam yang aku cakap tadi, aku lulus interview tapi tak lepas kat UPU. Nak buat cemana dah bukan rezeki aku agaknya. Itsokay. Ada hikmah. Tak lama lepas tu aku dapat tawaran p ujian kerja gov and interview. Alhamdulillah rezeki kerja aku datang dulu agaknya. And here I am. Alhamdulillah. Sekarang dah nak jadik Mak orang dah pun. Nak sambung degree? Puihh. Angan-angan jelahhh. Laki aku awal-awal dah kata, dia no hal je kalau aku nak sambung study. Dia boleh je tolong jaga anak apa semua. Tapi aku ni haaaa. Boleh ke nak sambung belajar? Isnin sampai Jumaat kerja. Weekend study. Wahh wahh. Pulak tu kerja aku kadang weekend pun kena kerja. Tu belum bila ada operasi ke apa, celah mana nak study and buat assignment? Hahahaa. Cehwah. Alasan kau kemain banyak yee Rrai.
Untuk korang yang sedang belajar/ bakal menyambungkan pelajaran/ berniat nak sambung study, aku ucapkan tahniah dan semoga maju jaya dalam kos yang korang ambil. Jgn sedih-sedih kalau jadi mcm aku ni yang tak dapat UPU. Hahahaha. Rezeki Allah sangat luas, tiada batas. Kita mungkin sedih hari ni, In Sha Allah hikmah dan manisnya kita akan nampak kemudian. Percayalah kataku yang pernah mengalaminya ni.
Allah adalah sebaik-baik perancang. Bersangka baik lah dengan Allah walau apa pun situasinya. Suami aku selalu pesan, semua jadi bersebab. Fuhhhh. In Sha Allah.
Semoga kita semua dipermudahkan urusannya.. Aminn aminnn