ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Masihkah korang ingat zaman kegemilangan cheesekut dahulu? Dimana ianya viral dengan begitu meluas dan ramai sangat kongsi resepi, buat sendiri bahkan turut menjualnya yang mana ada sesetengah markup harga tak munasabah dengan isi cenonet jee. Aku pun masa tu dok sibuk jugak buat. Orang buat, ko pun nak buat. Seboookk!
Tapi sekarang tak ramai jual cheesekut ni. Cheesekut bukan makanan yang tahan lama kalau nak disimpan. Dua seller dah aku jumpa. Mereka buat bila ada permintaan je. Ready stok takdokk. Ini bagi menjaga kualiti makanan tersebut dan nak elakkan pembeli dapat cheesekut yang dah tak fresh.
Cheesekut ni senang yang amattttt je membuatnya. Sumpah senang. Aku yg jarang masuk dapur pun boleh buat. Kahhkahh! Berlagak ko! Aku craving sebenarnya. Aku contact seller yg aku selalu beli tu, dia tak seen pun whatsapp aku tu. Kawan aku whatsapp pun sama jee, takde respon pun. So kami beranggapan dia dah tak meniaga lah. Aku ambik inisiatif berani mati dengan decide utk buat sendiri cheesekut ni sbb aku teringin sgt nak makan. Hahahaa. Nengok jek lah aku punya malas nak susun cantik2 biskut tu. Aku letak tengah2 jeee hahahaa.
Korang pun mesti pernah buat cheesekut jugak kan? Betul kan aku cakap? Senang jeee buat dia. Bahan pun tak banyak sangat.
Aku bagi opismet rasa. Opismet aku kata, Rrai dah boleh juallll dah ni. Hahahaa. Kembang seperiuk jap. Lepasni kalau ada potluck boleh buat cheesekut je! Hehe
Buat sendiri, kau boleh adjust dia punya manis. Cheese pulak aku sengaja tak letak terlampau leleh sangat. Karang naik lagi berat jenuh nak menjawab dgn nurse hahahaa. Siapa suka cheesekut? Kita geng!