SEGMEN AMINKAN DOA SAHABAT
Friday, April 20, 2018
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Tertarik dengan nama segmen ni, iaitu segmen aminkan doa sahabat. Bagus owner blog sebab anjurkan segmen begini. Semoga kita sama-sama diperkenankan doa dan segala yang dihajati.
Doa dan impian aku banyak. Tapi apa yang aku betul-betul hajati sekarang adalah semoga Allah permudahkan dan lindungi perkahwinan aku. Siapa yang 'kawan''dengan aku di IG mungkin tau lah yang aku sudah pun mendirikan rumahtangga Februari lepas. Namun begitu, aku dan suami diuji dengan jarak yang mana aku kini bekerja di Putrajaya dan dia di negeri yang lain. Kalau nak pergi tempat dia lebih kurang 5 ke 6 jam jugak lah nak sampai. Masa bercinta tak rasa pun jarak ni sebagai ujian. Dah kahwin, Ya Allah, berbeza betul. Doakan segala urusan aku dipermudahkan ya? Aku ada juga minta ditukarkan penempatan namun begitu besar kemungkinan permohonan kami tidak dipandang atau diluluskan memandangkan kami masing-masing bekerja di tempat yang memang nak pakai orang. Takpe. Yang penting kita dah usaha. Aku memang redha je. Yelah, ada rezeki, ada lah. Kalau belum lagi, mungkin Allah tangguh kan dulu sebab sesungguhnya perancangan dia lebih baik.
Doakan aku ya?
Semoga rumahtangga aku dilindungi dan segala urusan kami suami isteri dipermudahkan. Siapa yang suami isteri pjj haaa dia tau lah apa iols rasa. Hehee
Aku doakan juga segala yang kalian hajatkan tercapai. Aminnnn..
12 COMMENT
Insyaallah. Semoga doa-doa diperkenankan. Amin. Salam perkenalan awak 😁
ReplyDeleteAamiin..semoga Allah permudahkan urusan, saya pun pernah PJJ dengan suami. Btw datang dari segmen yang sama dan follow sini :)
ReplyDeletehttps://www.nurzariniismail.com/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
Semoga dipermudahkan urusan.. Semoga ditempatkan di tempat yang terdekat dengan pasangan. Insyaallah..
ReplyDeleteaamiin ya rabbal alamin..
ReplyDeleteInsyaallah semoga doa kita diperkenan kan
Singgah dari segmen sama
https://z3tty.blogspot.my/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
Follower #1677
Semoga dipermudahkan semuanya.
ReplyDeleteAminnn semoga dipermudahkan urusan awk dan suami. smga kelulusan utk berpindah diluluskan
ReplyDeleteamin amin. mudahan cepat la sis dapat tukar penempatan tu. wallaupun mungkin agak susah, tapi kekalkan berdoa ya. azah dah follow dah blog :) azah pun ada join, jemput baca :
ReplyDeletehttp://www.azahrahaman.com/2018/04/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَ بَّ العَـــالَمِيْن
ReplyDeleteSemoga segala doa kita Insha Allah akan dimakbulkan..
http://starlavenderluna.blogspot.my/2018/05/segmen-aminkan-doa-sahabat.html
Aamiin aamiin ya rabbal alamin..
ReplyDeleteSemoga Allah makbulkan doa sis serta suami dan kita semua. Semoga di permudahkan segala urusan sis dan suami..
Aamiin aamiin ya rabbal alamin..
ReplyDeleteSemoga Allah permudahkan urusan pertukaran Rai dan usaha untuk Rai dan suami duduk bersama.. Aamiin..
berat juga ujian tu bila berjauhan lepas kahwin. Makin tinggi rasa rindu tu kan? Semoga cepat2 dapat duduk sebumbung. Be strong ye Rai :)
ReplyDeleteAmeen. Semoga Allah makbulkan doanya..
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.