Puas hati dengan servis Nz Wajah Sri AndamaN
Monday, March 19, 2018
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Umum mengetahui bahawa pada 24 Februari yang lalu, aku telah selamat diijab qabulkan dan sah menjadi seorang isteri. Alhamdulillah. Bersyukur sangat-sangat segala persiapan dipermudahkan dan majlis berjalan lancar. Boleh dikatakan 98% perihal majlis kahwin aku ni mak aku yang uruskan. Syukur sangat-sangat sbb Mak aku mmg banyak tolong uruskan segala macam benda, beli itu beli ini, booking itu booking ini, boleh dikatakan almost semua dia lah uruskan. Well aku mmg tak pernah menidakkan pilihan Mak aku. Sbb aku tau pilihan Mak aku selalunya sentiasa tepat. Kahkahh.
So when it comes to MAK ANDAM, aku memang serahkan 100% kat Mak aku. Yelah aku ni jarang gila weh pergi majlis kahwin. Mana lah aku kenal mana-mana mak andam kat Muar ni. Luckily Mak aku mmg sejenis yang rajin pergi kenduri kahwin orang, so dia kata, kita ambik Cik Gayah je lahh. Dia makeup pun cantikkk mak tengok. Aku pun, "siapa pulak Cik Gayah ni?", Rupanya beliau adalah mak kepada kawan aku iaitu Atul. Atul ni boleh dikatakan kawan lah walaupun kami lain sekolah dan lepak pun aku tak pernah dgn dia ni. Cuma Darjah Khas je pernah sama dengan dia. Tapi tak tegur pun masa tu sbb masing-masing lain sekolah rendah. Kampung dia ni sebelah kampung aku je. Lepastu 2 tahun lepas aku pergi trip ke Langkawi, kebetulan dia ada and she so friendly. Rasanya tu lah last time aku jumpa dia. Lol. Aku mmg kawan dgn dia kat media sosial so mmg tahu dia ada buat make-up kahwin, make-up tunang, pelamin semua ni. Mak dan ayah aku mmg taknak lelaki or mak nyah yang makeupkan aku so mereka dah sepakat setuju nak ambik Nz Wajah Sri AndamaN sebagai mak andam.
Dari segi bayaran aku rasa harga sangat berpatutan dengan hasil yang diberikan. Aku ambik pakej baju kahwin baru, siap veil & crown, make-up nikah & make-up sanding, hias bilik, pelamin, sekali dgn barang2 mcm kipas tangan, payung, alas duduk masa nikah tu lagi apa ekh? Lupa. Pelamin aku tak sampai 10k pun. Alhamdulillah cantik, tak roboh pun sbb pengantin dua-dua gemokkk hahahaha. Actually pakej baju kahwin sedia ada akan murah sikit harga dia dan berdasarkan pemerhatian aku kat kedai tu, baju-baju dia semua cantik-cantik. Tapi sebab aku dah berkenan dengan baju kahwin pakej baru maka pakej tu lah yg aku ambik. Hahahaa. Demand kau kan!
Both Atul, her mom and her dad are so friendly. Jadi kita yang nak kahwin ni pun have no problem to discuss and explain what we want. Pelamin aku tu pelamin request. Aku yang nak macam gitu pattern dia. Nak ada bulat kat belakang tu konon-konon. Nak ada bunga-bunga tapi taknak messy sangat. Ceh. Mula-mula risau jugak, boleh ke aku main request-request ni. Tapi Atul dengan Cik Gayah kata okay boleh je nanti diaorang buat ala-ala mcm gambar aku kasi tu. Yeayyy! Suka! Hehe
Kat atas ni adalah lokasi pelamin aku. Nak tau kat mana? Kat garaj! Garaj aku betuk dia L so selepas dibincang oleh mak aku dan mak andam, maka mereka pun setuju buat pelamin kat sini. Aku ikut jelah mana-mana, aku on je janji dapat kahwin. Kahkahhhh. Gataiii. Tak salah aku, mak andam datang buat pelamin ni sehari sebelum majlis. Cepat gilaaa siap tauu.
And taraaaaa! This is my pelamin! I love it. Bulatan kat belakang kerusi tu lah aku dok berkenan sangat KAHKAHHH. Kalau tengok depan-depan lagi cantik tauuu. Dalam gambar nampak kecik tapi sebenarnya besar jugak pelamin ni.
Kat bawah ni pulak antara gambar-gambar sebelum dan selepas majlis.
Malam sebelum selamat jadik bini orang. Sebenarnya nak tunjuk bunga kat belakang tu je heheh.
My friends. Oh ya yang pegang prop geng zaman sekolah tu lah mak andam I hokeh. Gojes tak gojes mak andam aku ko hadeee?
Antara kawan-kawan zaman sekolah rendah. Yang ketika ini aku rasa aku p hantar keluarga mertua ke kereta dan mereka ambik kesempatan posing kat pelamin ni hahahaa. Thanks for coming guys!
Me and husband. Alhamdulillah. Finally he's mine dan sila lah jaga jarak anda sebab bini dia ni nampak je acah-acah ayu dan innocent tapi kalau nak rasa kena kejar dengan parang cuba lah.
Baju yang aku pakai warna krim ni baju masa nikah. Lepas nikah, jurukamera tarik ke pelamin untuk ambik gambar. Baju ni aku beli sendiri. Dengan harapan kalau tak gemuk, boleh buat baju raya kononnya. Baju nikah/ kahwin kalau tak RM 200-300 ke atas memang tak sah. Maka ber sabar lah dalam mencarinya ya. Aku p Jakel, masatu ada sale, ingatkan murah sekali mak aih mahal bebenor harga baju kahwin dia. Maybe its because baju kahwin? Banyak manik dan labuci labubuu semua. Tapi yang aku beli ni ada manik-manik bagai jugak. RM 200. Aku beli kat PKNS Shah Alam. Kat sana banyak jugak baju-baju kahwin cantik-cantik dan yang penting berpatutan dan murah!! So dari yang aku jumpa RM 600, aku boleh dapat RM 200 je wahh wahhhh bijak kan aku. Baju ni aku beli awal. Pakej baju nikah pun ada sekali sebenarnya. Tapi dah terrrrrr beli, so proceed je lah pakai baju krim ni.
Baju maroon ni lah baju masa bersanding. Aku suka. Warna dia gelap so takde lah nampak aku gemok sangat. Plus, my husband look so good with the baju sanding. Thanks Kerol and family for coming. Camilla comel betul geram je tengok pipi dia.
Ya its me. Aku takdelah ploles kalau tak pakai apa-apa ni. Muka ada parut jerawat bagai. Makeup really help me on my wedding. Thanks! Yang make-up aku adalah Atul dan mak dia. Kedua-dua mereka mmg pandai make-up orang. Atul ni nampak je muda tapi dia make-up lawa jugak. Sebaya aku weh! While me, nak pilih foundation pun masih terkial-kial.
Aku sangat recommend Nz Wajah Sri AndamaN pada mereka-mereka yang cari mak andam for your wedding or engagement. Paling penting, harga tak mahal sangat dan munasabah. Senang nak berunding dan peramah. Peramah tu sangat memainkan peranan ok dalam melayan customer. Aku kalau p mana-mana kedai kalau seller bongkak aduh palatnya nak repeat pergi situ lagi. Kalau aku pun tengah takde mood, mmg jelingan tajam jelah aku kasi. Mereka cover sekitar Muar, Ledang, Tangkak, Johor, paling jauh Atul bgtau aku, Terengganu sana dia buat.
Maklumat lanjut boleh lihat di facebook di bawah:
About: Wedding planner , all event planner, make up for event & dinner , catering, Canopy & mini cup ABC for dessert wedding
Review ini ikhlas dari hati. Tidak dibayar oleh mana-mana pihak dan bukan atas dasar kawan dengan kawan. I did this review because I think people should know and I really satisfied with their service.
Thanks for reading!
5 COMMENT
pelamin dia cntik and simple.!
ReplyDeleteRrai dah kawin 😍😍 tahniah. Selamat pengantin baru. Semoga kekal hingga jannah. Dikurniakan anak yg soleh and solehah!
ReplyDeletecantik nya baju pengantin,pelamin pun cantikk
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dah selamat dah majlis Rai ye..
ReplyDeleteSemoga bahagia hingga ke Jannah ye Rai..
Comel sangat Rai pakai baju warna maroon tu..
Rrai dah kawennnnn, tahniah selamat pegantin baru rrai :) cantik sangat rrai. Doakan yaya menyusul pula hee
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.