Perkara Mengenai Perlis Korang Kena Tahu!

Saturday, March 31, 2018


MENGENAI PERLIS
ABOUT PERLIS


Siapa je tak tahu mengenai negeri Perlis kan? Sebut je Padang Besar, semua tahu! Padang Besar merupakan tempat wajib singgah kalau bercuti ke Langkawi. Sebab jarak yang dekat dan keistimewaannya kerana terdapat banyak barang-barang yang dijual pada harga yang sangat murah. Mak-mak kalau pergi Padang Besar mesti borong barang-barang rumah seperti periuk lah, tikar lah. Untuk pengetahuan korang, perlis ni negeri terkecil di Malaysia. terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Provinsi Satun dan Songkhla, Thailand di sebelah utara, dan Kedah di sebelah selatan. Perlis menjadi sebuah negeri yang berdaulat pada 20 Mei 1843 apabila Siam melantik Syed Hussain Jamalullail sebagai Raja Perlis. Bermula dari tarikh itu, Perlis yang asalnya sebuah daerah jajahan Kedah bertukar menjadi sebuah negeri naungan yang berdaulat.

MENARIK DI PERLIS
WHAT TO DO IN PERLIS/ INTERESTING PLACES IN PERLIS


1.Masjid Al Hussain, Kuala Perlis
Digelar sebagai masjid terapung, masjid Al Hussain ini mempunyai reka bentuk yang sangat cantik dan indah. Dibina di tepi pantai Kuala Perlis dan berdekatan dengan Kuala Perlis jetty, oleh itu, pemandangan di masjid ini sangat mengagumkan lebih-lebih lagi pada waktu matahari terbenam. Tempoh masa untuk masjid ini disiapkan lebih kurang 4 tahun dan membelanjakan kos sebanyak kira-kira 12 juta. Yang menariknya, bagi mewujudkan sentuhan alami yang diadaptasikan oleh faktor persekitarannya yang berlatar-belakangkan pantai dan lautan, dinding masjid ini tidak dicat sebaliknya sekadar menggunakan batu-batuan jenis koral, kuartz, granit, marmar dan pebbles. Masjid terapung tersebut juga memiliki menara puncak berkembar berbentuk heksagon atau segi enam pertama di dunia. Nak tahu kenapa dipanngil sebagai masjid terapung? Ini kerana, masjid ini dibina di atas keluasan tapak 1.21 hektar iaitu 0.8 hektar di atas laut dan 0.4 hektar di kawasan darat menjadikan masjid berkenaan dilihat terapung dari jauh.


2. Gua Kelam Gua Kelam adalah salah satu gua yang memiliki keunikannya yang tersendiri di Malaysia dengan gua batu kapur yang panjangnya 370. Taman Rekreasi Gua Kelam sangat terkenal dengan pemandangan yang mempesonakan di mana korang masuk melalui jalan yang lain dan keluar di lokasi yang berbeza. Nak berjalan kat dalam Gua Kelam ni, korang boleh melalui jambatan kayu. Jadi, tak perlu risau sbb jambatan tu sangat memudahkan perjalanan korang sepanjang korang berada dalam Gua Kelam. Bayaran nak masuk pun murah. Bagi dewasa hanya RM1 sahaja manakala kanak-kanak hanya 50sen. Sangat berbaloi.


3. Hutan Lipur Bukit Ayer Taman rekreasi ini terletak betul-betul berhampiran dengan Taman Ular dan Reptilia Perlis di mana pelawat boleh mengalami pemandangan dan bunyi hutan hujan tropika. Kat sini juga ada sungai dan kebiasaannya menjadi pilihan pengunjung untuk bersantai berkelah bersama ahli keluarga. Ada juga tempat bbq dan tapak perkhemahan jadi korang boleh berkhemah sekali kat sini tau! Best kan?


4. Padang BesarTerletak di sempadan Malaysia-Thailand, Padang Besar sesuai untuk semua orang yang suka berbelanja apatah lagi korang boleh dapat barang-barang di sini dengan harga yang murah. Kalau beli borong, lagi murah tau!


5. Taman Ular dan Reptilia Perlis
Di sini, terdapat lebih daripada 150 ekor ular yang terdiri daripada 34 spesies dipamerkan. Korang bukan sahaja boleh melihat pelbagai jenis ular, tapi korang juga berpeluang untuk bergambar dengan ular tau. Jangan risau, sbb ular-ular yang dibenarkan untuk bergambar ni sudah dijinakkan dan akan ada yang memantau dan membantu korang. Takkan lah dia nak biar kau je dengan ular tu. Siapa tak takut kan? Kat sini bukan ular je dipamerkan, tetapi terdapat haiwan lain seperti burung, arnab, hamster, kura-kura, kala jengking, iguana dan banyak lagi spesies lain. So, amat berbaloi kalau korang datang ke sini.

Lokasi di atas hanyalah antara tempat menarik di Perlis. Terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh kunjungi sekiranya korang datang ke Perlis antara tempat-tempat yang lain adalah Taman Rekreasi Tasik Melati, Galeri Diraja Arau Perlis, Bukit Keteri, Taman Herba Perlis, Hutan Lipur Bukit Kubu, Tasik Timah Tasoh, ATV Maneq Hills Adventure, Taman Negeri Perlis, Canopy Walk SPF Ayer Keroh, Taman Rekreasi Bukit Jernih, Wang Gunung, Ladang Tebu Chuping, Menara Pandang Wang Kelian, Muzium Kota Kayang, Kampung Ujung Bukit, Masjid Alwi, Pusat Ekuin Perlis, Ladang Nipah Kipli, Kuala Perlis, Taman Bunga Kertas Tuanku Lailatul Shahreen, Taman Anggur Perlis, Pasar Wang Kelian dan banyak lagi tempat menarik!

APA MAKANAN BEST DI PERLIS?
WHAT TO EAT IN PERLIS?

1. Medan Ikan Bakar

kan Bakar juga popular di sini. Ikan ini diasinkan dan dibakar di atas arang dan diletakkan dengan limau dan direndam dalam sos cili khas.

2. Jeruk Maman

Sejenis acar sayur yang ditapai dengan garam dan air selama tiga. Ia biasanya disajikan dengan bawang dan cili.

3. Pekasam

Pekasam ialah sejenis makanan peram tradisi yang terkenal dan tahan lama di Malaysia. Ia merupakan satu cara mengekalkan makanan (lazimnya ikan) dengan menggunakan garam (atau asam) yang banyak dan mampu untuk menghasilkan pekasam yang mampu bertahan lebih lama (antara 6 - 1000 tahun).

Mesti korang pun tahu, pekasam ada disebut dalam peribahasa Melayu,

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Hehehehee

4. Sira Belinggai

Apabila buah belantani matang, petani akan mengeluarkan kandungan buah ini dan dicampurkan dengan santan untuk membuat sira yang biasanya dimakan semasa minum teh.

5. Nasi Ulam

Makanan tradisional Perlis di mana nasi campur dengan beberapa jenis ulam. Lada dan ikan kering kemudian dihancurkan dan ditambah bersama untuk meningkatkan rasa.

6. Laksa Kuala Perlis

Makanan sedap ini mesti ada di Perlis. Lobster, yang diperbuat daripada tepung beras kemudiannya diisi dengan kuah yang dibuat dari ikan rebus dan rempah-rempah lain.



HOTEL/ RESORTS DI PERLIS

1. Hotel Sri Malaysia Kangar

Hotel Seri Malaysia Kangar terletak betul-betul di pusat bandar, jadi pengunjung mudah untuk menikmati tarikan dan aktiviti di bandar ini. Pengunjung yang datang ke hotel inu boleh melawat tarikan utama di bandar ini seperti Arulmigu Arumugaswamy Dhevasthanam, Remidis Clinic, The Store di Pusat Bandar Kangar.

2. Putra Brasmana Hotel

Putra Brasmana Hotel terletak di lokasi strategik di Kuala Perlis. Merupakan salah satu kawasan yang paling popular di bandar tersebut. Dari sini, pegunjung boleh pergi ke seperti Muzium Kota Kayang, Masjid Al Hussein, Komalaut Seafood Complex, dan Terminal Feri Kuala Perlis.

3. Putra Putri Lodge

Putra Putri Lodge dibina untuk memperbaiki landskap Repoh dengan menaikkan bangunan berusia 35 tahun yang menyeluruh dan memberikan pengunjung pilihan alternatif bagi penginapan yang berpatutan dan selesa. Nama "Putra Putri" diperolehi oleh para pendatang yang terletak di Taman Putra Putri, sebidang tanah yang dimiliki oleh Raja Perlis.

4. Putra Regency Hotel

Sepanjang hari anda boleh menikmati suasana yang santai dengan kolam renang (kanak-kanak), kolam renang luar. Putra Regency Hotel merupakan tempat yang ideal bagi penginapan pelancong yang mencari keindahan, keselesaan dan kemudahan di Kangar.

Tak susah pun nak cari hotel atau tempat penginapan kat Perlis. Homestay pun ada banyak kat sini. Di atas ini hanya antara hotel menarik di Perlis sahaja. Kalau nak senaraikan kesemua, memang banyak sangat!



MACAM MANA NAK PERGI KE PERLIS?
HOW TO GO TO PERLIS?

1. Dengan Kapal Terbang

Malangnya, tiada perkhidmatan penerbangan terus ke Perlis. Pelawat perlu terbang ke Alor Setar (Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim) kemudian naik bas atau teksi ke Kangar yang akan mengambil masa kira-kira 45 minit bergantung kepada lalu lintas.

2. Dengan Kereta Api

Dari Kuala Lumpur dan Butterworth, pengunjung boleh ke Perlis melalui KTM Senandung Langkawi yang akan berhenti sama ada di Arau atau di Padang Besar Thai-Malaysia.

3. Dengan Bas

Terdapat dua pembekal perkhidmatan bas berbeza yang menunggang dari KL terus ke Kangar setiap hari, Express National and Express PPMP. Manakala dari Butterworth, hanya Ebban Express beroperasi setiap hari ke Perlis.

Aku harap entry ini dapat membantu mereka yang sedang merancang untuk melancong/ holiday/ trip/ backpacking/ bercuti ke Perlis. Rancanglah perjalanan anda demi kesejahteraan sepanjang perjalanan. Cehhwahhh. Welcome to Perlis!

You Might Also Like

3 COMMENT

  1. Setiap negeri ada keistimewaan masing-masing kan..itulah yang menarik perhatian untuk dikunjungi....

    ReplyDelete
  2. Baru blik cuti dr perlis dgn team blogger pntai timur

    ReplyDelete
  3. Makanan no 4 dgn no 5 tu tak pernah makan.. Teringin nya nak cuba..

    ReplyDelete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.