Pengalaman Wax Pertama Kali di Jess Waxology Melaka!

Wednesday, February 21, 2018

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai guyss! Have you ever heard about wax? Okay ni nak cerita. Ini adalah pengalaman aku pertama kali berwax di kedai wax professional. Nak kata aku tak pernah buat wax, tak jugak. Aku pernah je beli wax and sapu sendiri, tarik sendiri. Tapi kali ni saja nak buat kat kedai. Sebab tak pernah try. So why not kan?


Maka. Aku pun telah memilih Jess Waxology yang terletak di No 65-1, Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana Seksyen 3, Melaka. Sebab utama kenapa aku pilih Jess Waxology adalah sebab aku boleh dapat diskaun banyak sbb aku first time wax! Yeayyy!! Saya suka diskaun diskaun ni. Hahahaa. Aku tak terus serbu ke Jess Waxology. Aku buat cara proper sikit cehhwahh. Aku pm dia di FB and buat appointment. Sebab apa? Sebab ini minggu CNY weh jangan buat hal main serbu nanti kedai tutup! Hahaha. Mula2 Jess kata dia cuti dari 15 feb sampai 26 feb. Aku pun terkecewa lah seketika. Tapi dia kata dia akan adjust satu tarikh dalam cuti tu and dia akan pm aku semula. Alhamdulillah dia kata dia bukak 19 feb. Yeayyy! Maka satu temujanji telah pun dilakukan. 

Perasaan sebelum nak wax?
Takut? Takde lah takut. Biasa je. Selalu org takut sbb takut sakit. Tapi aku dah pernah wax sendiri so aku dah boleh agak rasa sakit wax tu. Takde lah sakit pun sebenarnya. Malu? Yes! Aku agak malu jugak sebenarnya. Hahahahaa. 


First impression bila masuk kat Jess Waxology?
Aku disapa oleh seorang perempuan chinese yang sangat friendly bila aku melangkah masuk. Bau wangi dan melodi lagu akustik yang sangat mendamaikan betul-betul buat aku suka tempat ni. Susun atur perabot dari lampu sampai lah ke karpet so far aku boleh kata, woww very moden.


Pengalaman wax di Jess Waxology?
Bila aku masuk tu, aku lepak kat sofa (ruangan menunggu). Tak lama tu Jess kasik aku tea secawan. Aku tunggu kejap, then dia suruh masuk dalam satu bilik ni. Sebelum tu, dia kasik aku satu borang ni. Dalam borang tu ada tanya samada kita ni ada apa2 sakit ke alahan ke. Just inform kat Jessica and she will tell you what to do and explain. Then. Tukar baju, and dia kasi explanation sikit sebelum aku berwax. Hahah. Oh ya. The person in charge utk wax aku adalah Miss Jessica. Panggil Jess pun boleh dia kata. She is very friendly. Dia borak-borak dgn aku and secara tak langsung hilang sikit perasaan malu and nervous tu hahahaa. Sakit ke wax? Biasa je. Serius. Tak sakit pun. Ada soft wax dan hard wax. Aku ambik soft wax. Jess kata kalau hard tak sakit. Aku sengaja ambik yang soft nak tengok jugak sakit ke? Tak sakit sangat pun. Serius tak tipu. Sebelum wax, dia bersihkan dulu part yang nak diwax. Selepas wax, dia sapu losyen. Cara Jess buat wax tu nampak betul professional dia. Very clean and teliti. Lembut dan tak kasar. Aku hampir nak terlelap masa wax tu. Apa yang aku boleh rumuskan, I love waxing di Jess Waxology! 


Will you repeat doing waxing di Jess Waxology?
Off course! Tapi I bet it will be difficult for me since aku pun kerja di Putrajaya, kampung halaman di Muar. The reason why aku wax di Melaka is because aku rasa Muar mcm tak ada je tempat wax. Hahahh. Doakan aku dapat bertukar kerja di Melaka hokehhh! Bagi orang-orang Melaka, kalau nak berwax, sila lah wax di Jess Waxology ya! Very recommended!! 

Beza tau wax sendiri dgn wax kat kedai. Mmg lah harga dia pun berbeza tapi wax kat kedai ni lebih bersih dan puas hati. Serius! Wax sendiri aku rasa lagi sakit dari wax kat Jess Waxology. So far itu lah perbezaan yang aku boleh katakan. Sekadar pendapat dari seorang customer je. Pilihan di tangan anda.

Jess Waxology ni dekat dengan Domino's, Pizza Hut and ada macam2 kedai makan. Dapat lah jugak aku melantak Pizza dulu sebelum buat wax hehehe. Jessica seorang yang sangat cepat mereply messages aku di facebook. So if korang ada nak tanya apa-apa atau nak buat appointment wax treatment, just pm dia je di facebook. Dia mesti akan reply punya!

Jess Waxology - Professional Waxing Melaka
 No 65-1, Jalan KL 3/8, Taman Kota Laksamana Seksyen 3
Melaka //Get Directions
 @jesswaxologywaxingmelaka //Send Message
 Call 014-271 8159


Rrai dah gemuk? Biasalah cukup makan minum. Pffttt
Selamat berwaxing!


You Might Also Like

4 COMMENT

  1. Pernah buat sendiri je setakat ni, mmg puas hati hasil wax daripada method lain.

    ReplyDelete
  2. murah ke rrai harga service yg ditawarkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah survey banyak tempat. yang ni harga munasabah dan okay lagi. ada kedai lagi mahal.

      Delete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.