ENCHANTEUR 24H Moist Losyen pilihan saya!
Friday, October 13, 2017
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Untuk parcel kali ni, aku terima agak lambat sedikit. Masa posmen datang tu, kami dah berpindah ke pejabat baru, jadi alamat pun dah bertukar. Jadi, aku kena datang ke Gdex Bangi sendiri untuk ambik parcel sebab mana ada Gdex dala Putrajaya oiiii HAHAHAHAA. Bila org Gdex call suruh datang ambik parcel aku siap tanya lagi, Gdex takde ke kat dalam Putrajaya ni? Lol.
Putrajaya dengan Bangi dekat je rupanya ekh. Takde lah jauh bebenor pun. Nasib baik senang nak cari Gdex Bangi ni. Parking pun sonanggg. Maka sonang lah hati den ke sana.
Jenggg jenggggg! Tadaaa! Comel kan box dia? Tak payah nak teka-teka, sah-sah boleh tahu barang apa dalam dia by looking at the box je.
Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!
Losyen daripada Enchanteur bukan asing lagi bagi aku. Memang merupakan salah satu losyen kegemaran. Harga losyen daripada Enchanteur ni sangat-sangat affordable dan bau dia pun sangat-sangat wangi. Aku mmg selalu pakai buat tidur. Favourite aku yang kaler kuning, Enchanteur Paris Mon Amie. Aku selalu bawak p kelas dulu. Budak lelaki selalu rembat pakai hokeh? Bedahhhh sangat.
Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.
Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.
ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
• Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.
ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan)
• Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban.
ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri)
• Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.
Also, I got a special water bottle from Enchanteur. So cute! Warna pink dan mudah dibawa ke mana-mana. Seriously weh, muat tau dalam handbag aku. Part muat dalam handbag ni sumpah aku ter-over excited.
Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol besaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.
5 COMMENT
wow beli kat mane
ReplyDeletesha pun guna losyen ni :D
ReplyDeletewahhhh.. Nurul punya alluring dan romantic.. dan menjadi pilihan adalah romantic ^^
ReplyDeletemenariknya!!! plus cantik botol tu
ReplyDeletemmg wangiii bau dua2 wangian tuu. best!
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.