Design dan tempah mug ikut citarasa anda sendiri

Thursday, October 19, 2017

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Yeayyyy! Sampai sudah barang yang ditunggu-tunggu. A special mug for a special person! HAHAHAA. Siapa special tu? Eh me lah. *tangan di bahu mata ke atas* Mug ni special sangat tau. Sebab aku yang design sendiri. Kehhkehh. So ada lah ke-specialan nya di situ. Disebabkan aku minat Harry Potter, maka aku abadikan quotes daripada movie tersebut pada mug ni. Bukan semata-mata gambar je tau yang korang boleh abadikan pada mug ni. Kata-kata, madah cinta, ayat inspirasi, nasihat mak kau, pantun ke syair ke gurindam ke semua tu korang boleh letak kat mug ni. Dah nama pun personalized mug kan, suka hati kau lah nak bubuh apa pun kat mug tu. Nak letak gambar boypren? Suka hati awak lah sis.



Kat atas ni adalah gambar yang aku gunakan pada mug yang aku design dan tempah ni. Sebenarnya ada je template sedia ada, korang boleh pilih je, upload gambar and pilih template mana yang korang nak. Mudah sangat. Tapi aku kan rajin, sombong, taknak mug sama dengan orang, maka aku pun buat sendiri ikut suka hati aku. Hahaaha. Aku buat simple je. Aku memang nak mug warna hijau. Jadi aku letak background hijau sebagai latar mug ni. Bunga-bunga cinta tu of course lah. Baru nampak kecomelannya di situ hahahaa. Tak susah pun nak edit gambar ni. No need adobe bedob bagai. Aku guna photoscape je. Cepat dan mudah. Aku kompius mula-mula samada nak letak gambar sendiri atau tidak. Sudahnya aku letak je sebab kawan aku kata nanti mug aku nampak 'kosong'.

Dengan penuh yakinnya, aku pun gunakan lah gambar di atas yang aku edit sendiri tu. Risau jugak takut mug aku tu tak cantik ke apa sebab yelahhh aku design sendiri kot. Hasil tangan aku dahlah entah apa-apa kadang tu.



"There are all kinds of courage," said Dumbledore, smiling. "It takes a great deal of bravery to stand up to our enemies, but just as much to stand up to our friends." -The Philosopher's Stone

Jengggg. Jeng. Inilah rupa mug yang di-personalized oleh saya! Hihiii. Saya kasi 10/10 bintang emas blink blink. Cantik dan comel sangat! Tak sangka 'kena' pulak gambar tu dengan mug ni hahahahaa. Mula-mula aku risau jugak nak letak background stripes and bunga-bunga, takut mug aku nampak pelik. Sekali bila mug ni sampai, jyeahhh, takde peliknya pun!


Ini dari pandangan tengah mug tu. Aku letak gambar aku. Mmg nak letak saiz macam tu. Tak kecik sgt, tak besar sgt. Hasilnya memang memuaskan.


"Dumbledore says people find it easier to forgive people for being wrong than being right" -The Half Blood Prince

Ini pandangan yang seterusnya. Quotes berlainan. Tapi masih latar yang sama. Kat bawah ni gambar-gambar dari jarak dekat pulak.


Aku boleh rumuskan yang aku sangat berpuas hati dengan hasil mug ni bila dah siap. Lepasni boleh lah minum kopi sambil berlagak dengan mug baru ada gambar sendiri ni hahahahaa. Kat mana aku tempah mug ni? Aku tempah di WePrintGift.

Sebelum itu meh aku ceritakan sedikit mengenai WePrintGift

WePrintGift menawarkan lebih kurang  3,000 produk yang korang boleh pilih seperti mug, photo frame, photo badge, photo puzzles dan photo tiles yang mana, kesemua barang-barang di WePrintGift ini dibuat dengan kualiti yang tinggi. Korang juga boleh design/ edit/ customize sendiri mengikut citarasa korang. Cetakan daripada WePrintGift kesemuanya dibuat dengan kaedah printing yang boleh tahan lama/ long-lasting. 

Jadi, WePrintGift amat sesuai untuk korang abadikan memori-memori terindah atau dijadikan sebagai hadiah kepada yang tersayang. Mug kat rumah memang banyak. Tapi mug yang special dan ada gambar kita sendiri, ingat ada kat rak-rak pasaraya tu?

Korang boleh gunakan design tool yang dah sedia ada di website WePrintGift ataupun kalau korang rajin macam aku, korang boleh edit sendiri, kemudian upload dan nanti design yang korang uplaod tu akan diprintkan hehehee. Oh ya, kalau korang nak edit sendiri design korang tu, korang boleh gunakan photoscape kalau nak mudah dan cepat, pantas dan tuntas. Kalau terer adobe, boleh guna adobe photoshop photo atau ilustrator atau apa jelah software edit yang korang suka. Untuk saiz pulak, korang boleh rujuk pada gambar aku tu. Aku punya tu 2648x1176. Nak ikut saiz ni pun boleh. Mmg ini saiz yang sesuai untuk mug.

Kalau korang nak tahu WePrintGift mug adalah:
  • ceramic
  • 3.25" Diameter, 3.75" Height
  • Dishwasher and Microwave safe
  • Availabe in 11oz
  • Grade AA mug with premium quality
  • Fully imprinted with monogram, logo or any images on the surface
  • Available in glossy and matte type
  • No minimum order require (MOQ)

Langkah-langkah yang perlu diambil untuk order mug ni adalah seperti di dalam gambar di bawah ni yaa. Hanya perlu 3 step mudah ini sahaja dan mug korang akan disiapkan dengan cepatnya!




Untuk maklumat lanjut, korang boleh lihat sendiri di website WePrintGift:
Atau, facebook mereka:
Kalau nak email, boleh emailkan di:
enquiry@weprintgift.com







You Might Also Like

9 COMMENT

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.