Review: Shade Dough Hanis Zalikha & Tiffany Alhumairah
Saturday, November 26, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Aku nak review dua item hari ini. Hehe. Pertama, shade dough ROSE TAFFY by Hanis Zalikha. Kedua, Tiffany Alhumairah inner neck. Kedua-duanya aku dapat daripada ig shop loveaa.my_ tau. Untuk pengetahuan korang loveaa.my_ adalah agent sah bagi shade dough dan tiffany ni. So jangan ragu-ragu untuk dapatkan shade dough ataupun tiffany from loveaa.my_ okay.
Inilah rupa tiffany inner neck ni bila gua p letak dalam bakul baju. Habis kedot seribu hahahaa.Mula-mula aku ingatkan biasa-biasa je tiffany ni. Yelah, inner neck je kot? Macam biasa lah inner neck bersepah gila ok jual kat pasor lambak. Hahaha. Tapi bila aku try tiffany ni, Ya Allah, best gila weyh inner neck ni! Sumpah tak tipu! Kain dia punya material sumpah best dan selesa gila! SANGAT SANGAT berbeza dengan inner neck pasar lambak/pasar malam atau yang jual kat kiosk-kiosk kedai tu.
Pandangan dari sisi belakang. Nampak tak? Ada getah kat belakang. Tiffany ni tak bersanggul pun.
Close up. Haa macam ni lah getah dia. So, bila kita dah pakai tu, inner neck ni tak terkebo-kebor pon kat dalam tudung. Hahahaha. Dia macam terletak statik je kat leher kita. Memang sangat-sangat selesa. Tak rimas langsung. Antara sebab lain kenapa aku suka gila tiffany ni, adalah sebab even kita sumbat dia dalam bakul baju dan jadi berkedot seribu, tapi bila pakai dan bila dia terlekap kat muka tu, serius tak berkedot pon kat bahagian depan dia tu. So tak payah iron langsung pun weyh! Serius! Tak percaya? Okay tgk gambar kat bawah.
Korang nampak kan gambar kat atas2 tadi betapa berkedotnya dia? Aku tak iron pun. Aku sarung terus dengan kedot2 tadi. See? Tak nampak renyuk pun kat bahagian depan tu!
Tiffany Alhumairah. Material adalah cotton viscose. Recommended? Yes! Saya bagi 10 bintang! Hihi
Kedua, is shade dough by hanis zalikha yang baru-baru sahaja dilancarkan pada awal bulan November ni. Ada lima pilihan warna sebenarnya. Tapi yang aku pilih adalah Rose Taffy. Sebab? Hanis Zalikha tunjuk kat ig dia pakai Rose Taffy maka aku tengok pon macam cantik maka aku pun pilihlah Rose Taffy hahahaa.
Inilah warna Rose Taffy Shade Dough by Hanis Zalikha ni. Dia macam pink nude. Tapi more to nude lah sebenarnya. Tak berapa nak pink. Hahahaa. Aku tak try lagi pakai buat blusher. Hanis Zalikha pakai Rose Taffy ni buat blusher kat pipi dia. Nanti lah kite try hehehe.
Okay ini sepupu iolss. Iolss pakaikan dia shade dough rose taffy ni. Gembira budak ni dapat pakai shade dough hanis zalikha hahahaa.
For me, shade dough by hanis zalikha ni best. Memang tak crack pun. Dia punya texture berbeza gila ok dengan lip matte RM10 atau yang jenis gred punya yang berlambak di pasaran tu. Shade dough ni bila kita sapu texture dia ringan je. Not bad lah. Tak kesat mcm lip matte murah yg aku pernah beli dulu. Kahkah. *sengal* Dia cepat je kering. Tak lama pun. Bau dia? Okay bau dia adalah bau yang membuatkan kita rasa macam nak makan je shade dough ni. Hahahaha. Tak dapat nak describe. Korang kena beli dan cuba sendiri okay!
Berapa bintang nak kasi shade dough ni? Saya kasi 9/10 bintang! Hehehe
Kat mana korang boleh dapatkan tiffany dan shade dough ni?
Instagram: https://www.instagram.com/loveaa.my_/
Whatsapp kat nombor 013-264 7912. Nak cod pun boleh. Siapa duduk di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur, haa boleh je cod okay. Kalau jauh-jauh, boleh pos. Dont worry. Hehehee.
Sampai sini sahaja review kali ini. Ada masa nanti kita review benda lain pulak! Hehe. Tataaa!
5 COMMENT
Cantik warna lipstick ni.. Soft je. Walaupun nampak macam nude, tapi still nude jenis natural bibir gitu.
ReplyDeleteHihihi bestnya ,tak sabar nak rasmi mai punya Shade Dough, nak review tapi skrg duk kalut siapkan brg dan persiapan nk hantar adik mai masuk uitm, so takut review tak ummphh pula, nantikan review Mai nanti ok.
ReplyDeletecantik warna lips tu. akak suka!
ReplyDeletevcntik kaler lip tu..
ReplyDeleteAlahai.. comel je model cilik pakai Shade dough tu..
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.