PSK Panoramic Mascara [Review]
Friday, November 18, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hai uolss! Hari ni entry agak istimewa sikit sebab buat pertama kalinya aku akan menunjukkan bulu mataku yang tak semegah mana ni dalam blog hahahahaa. Dah nama pun nak review mascara kan? Takkan aku nak tunjuk bulu hidung pulak. First time tau Rrai nak buat review mascara ni. Hehehehe
Mascara yang aku nak review ni adalah PSK Panoramic Mascara. Merupakan barangan kecantikan daripada brand PSK. Selain daripada mascara, PSK juga mengeluarkan barangan make-up dan skincare lain seperti CC Cream, Lip Gloss, Night Cream, Scrub/ Exfoliant dan Gel/ Cream.
Aku memang minat mascara. Kalau pakai eyeshadow, macam wajib kena pakai mascara lepas tu. Macam weird giloss kalau pakai eyeshadow tanpa mascara. Hahahaa. Bagi sesiapa yang bulu mata dia jenis tak berapa nak lentik (macam aku), sebelum apply mascara tu, korang boleh laa guna eyelash curler untuk kasi bulu mata jadi lebih lentik. Tapi aku memang sangat sangat jarang pakai eyelash curler ni sebab aku selalu terlupa nak pakai. Kahkahh. Lagipun, dengan bantuan PSK Panoramic Mascara ni sahaja sebenarnya dah cukup utk buat bulu mata nampak lagi meletopss okay. Hahaha.
Kat atas ni adalah rupa mascara tersebut. Bulu mascara dia jenis yang besar kat bahagian hadapan dan belakang kecil sedikit. Jadi, bila korang pakai mascara ni, dia akan teraplikasi kat semua bulu mata korang. Faham tak? So, bulu mata yang kat bahagian paling dekat dengan hidung tu akan senang nak kena lah. Berdasarkan pengalaman aku pakai, aku rasa macam tu. Dan PSK Panoramic Mascara punya "brushes" adalah jenis yang aku suka and my favourite! Aku tak arif sangat bab bab nak mengklasifikasikan jenis-jenis brush mascara ni. Tapi kalau korang nak tahu, brush mascara ada banyak jenis. Aku suka jenis yang mcm ni. Kenapa? Sebab mascara begini tak buat bulu mata aku bergumpal and melekat-melekat antara satu sama lain. Mean, dia ada jarak-jarak dan bulu mata aku takdelah nampak sangat macam aku pakai mascara HAHAHAHAA. Dan ada juga yang macam ni tapi dia straight sama saiz dan tak macam ni (besar di hadapan). Haa yang macam tu pun aku suka. Serius dia separates bulu mata kita. Kalau yang jenis macam berus nak basuh botol air baby tu aku tak berapa nak gemar sangat. Hahahaha. Mandai aku je bagi nama.
Okay jom aku nak tunjuk hasil aku pakai PSK Panoramic Mascara ni.
Kat atas ni adalah gambar aku sebelum pakai PSK Panoramic Mascara and yaa itulah rupa bulu mata saya. Hehee. Kening memang ori punya sebab tu berterabor. *peace*
Okay, tu masih lagi aku. Cuma gua dah pakai eyeshadow dan eyeliner. Mascara kebiasaannya merupakan 'item' terakhir yang aku guna. Takkan nak pakai mascara dulu sebelum pakai eyeshadow/eyeliner kan?
Tadaaaaa! Siap! Hehehe. Inilah rupa selepas pakai PSK Panoramic Mascara. Aku tak guna eyelash curler pun. Pakai mascara ni je dah cukup nak kasi effect bulu mata lentik. Dan gua memang tak pernah pakai bulu mata palsu. Apa kejadahnya setakat nak pergi bandar Muar je pun sampai nak pakai bulu mata palsu?
Okay thats me. Aku baru sedar pipi makin besar hidung makin besar omaigod omaigod. I'm wearing PSK Panoramic Mascara for today!
Here the results. Nampak beza kan? Much better than before. I gave 9/10 for this PSK Panoramic Mascara. Gambar kat atas ni aku tak pakai tebal2 sangat. So kalau pakai lagi tebal mungkin bulu mata korang akan nampak lebih lebat. I just apply a little so my eyelash dont look so heavy and unnaturally.
My honest review:
➽ Senang untuk diaplikasikan dan digunakan.
➽ Help to separates bulu mata
➽ Tak bergumpal
➽ Waterproof
➽ Mudah untuk dibersihkan
➽ Tak beri kesan 'mata panda'
➽ Beri effect bulu mata lebih panjang dan lebih lentik tanpa perlu pakai bulu mata palsu/ eyelash curler
Another tips untuk pakai mascara, pakai secara zig zag untuk dapatkan hasil yang lebih memuaskan. Nanti bulu mata korang mesti akan nampak lagi lentik. Just apply dia secara zig zag je. Taktahu macam mana? Sila tengok video di youtube aku rasa bersepah je tutorial utk pakai mascara dengan betul.
Where to buy? Click HERE
Aku sangat recommend PSK Panoramic Mascara ni kepada sesiapa yang bulu mata dia tak berapa nak lebat atau tak berapa nak lentik [macam saya]. And seriously masa bersihkan dengan makeup remover, senang sangat nak bersihkan dan takde tinggalkan kesan hitam bawah mata kita.
I gave 9/10 for this PSK Panoramic Mascara.
Thank you!
1 COMMENT
Wow, nice hasilnya.
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.