Percutian ke Sekinchan; Perkara-Perkara Yang Korang Kena Tahu
Saturday, November 26, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Hari ni aku nak berkongsikan salah satu lokasi yang menarik yang terletak di Malaysia yang korang patut pergi. Bila dah penat-penat bekerja, dapat pergi tempat macam ni dengan keluarga, memang nyaman habis lah! Lagi-lagi kalau kita duduk bandar, sekali-sekala pergi tempat begini memang boleh release tension gitu. Hahahaa. Bagi aku, tempat yang penuh kehijauan sentiasa merupakan ubat penat terbaik bila kita dah penat bekerja atau penat belajar. Masa spm dulu, cikgu aku pernah kata, ‘kalau awak dah blank masa jawab paper atau mata awk penat sangat, awk tengok luar, tengok warna hijau pokok-pokok’. Kenapa? Sebab warna hijau ni baik untuk mata.
Tempat yang aku nak kongsikan ini adalah Sekinchan. Sekinchan adalah sebuah pekan kecil yang terletak di negeri Selangor. Okay good news to orang Selangor! Hahaha. Pemandangan bendang padi hijau yang indah kelihatan seperti lukisan membuktikan tempat ini adalah salah satu kawasan pengeluar beras terbesar di Malaysia. Terletak kira-kira 102 km ke utara Kuala Lumpur dan kira-kira 28 km dari Kuala Selangor, Sekinchan adalah betul-betul di tengah-tengah kawasan jelapang padi utama Selangor, di daerah Sabak Bernam.
Bermula sebagai sebuah perkampungan nelayan kecil, tempat ini kini berkembang dengan lebih meluas dengan penanaman sawah padi secara besar-besaran. Kampung-kampung di tepi pantai di sini amat diberkati dengan tanah yang subur di mana terdapatnya laut dan sawah padi. "Shi Geng Zhuang" merupakan namanya dalam bahasa Cina yang diterjemahkan secara langsung daripada fonetik Sekinchan dan difikirkan sebagai nama yang sempurna kerana ia membawa maksud 'kampung sesuai untuk pertanian'. Haa, bagi korang yang tak pernah tau, tu merupakan serba-sedikit mengenai latar belakang tempat yang menarik ni. Therefore, untuk post kali ni, aku nak bagitahu korang tips untuk melancong dan book Sekinchan hotel dengan mudah. Jadi kalau korang datang dari jauh-jauh tu, tak perlu risau nak bermalam di mana.
Sebelum tu, meh sini aku share cara untuk sampai ke sini. Disebabkan ia masih lagi merupakan sebuah kampung, pilihan pengangkutan untuk sampai ke destinasi ini adalah terhad. Kebiasaannya, pengunjung ke sini sama ada dengan memandu atau dengan bas. Terdapat dua cara yang berbeza untuk sampai ke Sekinchan dengan memandu iaitu Laluan 1: Jalan lama Shah Alam - Setia Alam - Meru - Kapar - Kuala Selangor - Tanjong Karang - Laluan 2 : LATAR Expressway. Melalui lebuhraya ini, ambil jalan keluar di Ijok dan terus menghala ke Kuala Selangor. Korang melepasi Kuala Selangor Nature Park sebelum sampai ke pekan Sekinchan. Kalau korang nak ke sini melalui bas, please take note hanya ada satu saja syarikat perkhidmatan bas yang menyediakan laluan ke Sekinchan iaitu SPT Sabak Bernam. Harga tiket ialah RM 9.30 dan bas bergerak setiap jam dari jam 9 pagi sehingga 7 malam. Okay lah tu sampai pukul 7, tempat aku selalu last bas pukul 5. Jarang dah sampai pukul 6 petang. Kalau korang student yang tiada transport, boleh je nak datang sini naik bas. Lagi-lagi kalau datang dengan kawan-kawan. Peh kan adventure gitu! Aku dari zaman kolej dulu teringin nak buat benda macam ni. Tapi kekangan masa selalu tak mengizinkan. Travel by bus dengan bestfriend, ala-ala backpack gitu, bestnya!!
Kalau korang dah malas sangat nak buat itinerary sendiri, korang boleh je terus book day trip dengan mana-mana travel agency. Misalnya kalau korang student yang nak bercuti dengan kawan-kawan ke, yang sibuk sampai takde masa nak planning trip ke Sekinchan, boleh je guna perkhidmatan travel agency. Tapi, bagi korang yang plan jadual perjalanan sendiri, korang boleh juga download apps hotel Kuala Selangor bagi memudahkan lagi kerja planning korang.
Ramai yang tak tahu sebenarnya terdapat pelbagai tempat menarik di sini. Antara beberapa aktiviti menarik yang korang boleh buat di sini ialah menyaksikan pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Seperti yang disyorkan oleh ramai jurugambar, sawah padi di Sekinchan menawarkan rasa yang berbeza pada masa yang berlainan sepanjang tahun bergantung kepada tahap pertumbuhan pokok padi. Korang boleh check dengan pusat pelancongan tempatan untuk mengetahui lebih details mengenai info ni. Kawasan sawah padi di Sekinchan selalu menjadi pilihan bakal pengantin untuk menjadikan keindahan sawah padi Sekinchan sebagai latar belakang dan lokasi pre wedding mereka. Nak jadikan lokasi untuk photoshoot pre konvo pun boleh. Memang cantik sangat-sangat.
Bagi yang sukakan suasana laut, terdapat sebuah perkampungan nelayan yang masih aktif sehingga hari ini. Kampung ini dipanggil Bagan dan hari ini adalah hanya beberapa batu dari bandar. Korang boleh menyaksikan rutin nelayan yang keluar pada awal pagi kira-kira 4-5 pagi untuk menangkap ikan dan kembali semula pada sekitar 5 petang dengan banyak membawa hasil laut yang segar. Nak feeling-feeling macam suasana kampung? Haaa boleh pergi sini!
Kalau dah cakap pasal hasil laut tu, faham-faham la. Memang rugi besar la kalau korang tak rasa makanan laut kat sini. Memang fresh-fresh, segar-segar hidangan seafood kat sini tau! Deretan restoran di hadapan jeti memancing adalah sebab mengapa orang sanggup datang dari mana-mana tempat semata-mata untuk memenuhi keinginan makanan laut segar mereka. Bukan sahaja murah, beberapa hidangan makanan laut yang terkenal di sini dipengaruhi oleh gaya Teochew. Memang susah nak dapat kalau di bandar. Amacam menarik tak pekan ni? Haa, ni lagi satu tips aku boleh share bagi korang yang plan untuk bermalam di sini. Find out more Sekinchan hotel kat Traveloka.com. Melalui website ni, korang berpeluang untuk dapat the lowest and the best rate untuk bilik di tempat penginapan yang selesa, mengikut preference korang.
Antara tempat-tempat menarik yang lain yang boleh korang kunjungi bila bercuti/ berjalan ke Sekinchan ni adalah kilang memproses padi dan muzium padi. Memang besar dan cantik sangat tempat ni. Tempat ni memang sering dikunjungi oleh pelancong-pelancong yang berkunjung ke Sekinchan. Korang boleh menyaksikan sendiri bagaimana pemprosesan berlaku dan juga melawat muzium padi. Paling best sekali, korang juga boleh beli souvenir kat situ dengan harga yang sangat-sangat berpatutan dan lebih murah. Contohnya pearl white rice, pearl brown rice dan pearl fragrant rice. Selain itu, Pantai Redang di Sekinchan juga merupakan lokasi menarik yang korang wajib pergi bila bercuti di Sekinchan. Dekat je dengan restoran seafood di Bagan. So lepas makan seafood kat Bagan tu korang boleh laa jalan-jalan kat kawasan Pantai Redang ni pulak. Suasana sunset di Pantai Redang pulak tersangatlah cantik tau! Rugi kalau korang tak tengok!
Jom nikmati kehijauan dan kedamaian di Sekinchan ni. Tempat best, makanan pun best. Seafood fresh-fresh tau! Haa ingat senang ke nak dapat. Aku harap perkongsian aku ni dapat membantu sesiapa yang tertanya-tanya ada apa di Sekinchan dan kat mana Sekinchan tu. Dekat Selangor je uolss! Nanti ajak satu keluarga pergi okay! Tataaa!
1 COMMENT
kita yang duduk klang,nak pergi sini pun mmg makan berapa jam la,haritu nak ke sungai besar,lalu la juga kawasan sini,lawa memang lawa,sbb ada sawah padi semua,tapi sayangnya jalan2nya banyak yang berlubang-lubang,memang rosak la tayar nanti. huhu... tunggu ada duit banyak satu selangor nak terjah,hehe..insyaaAllah
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.