Kekal wangi dengan ENCHANTEUR PARIS
Thursday, October 27, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Minggu ini, aku telah diberi peluang untuk terima satu gift set Enchanteur Paris dan mencuba produk baru ENCHANTEUR PARIS. Sebenarnya aku memang dah selalu dengan brand Enchanteur ni sebab Enchanteur adalah salah satu brand favourite aku yang mana aku selalu pakai deodorant, losyen dan bedak serbuk dari Enchanteur ni. Mmg bukan jenama yang asing lagi dah. Atuk aku pun pakai bedak Enchanteur ni sebab dia kata bau wangi Enchanteur ni best. Cuma PARFUM DEO MIST sahaja yang aku belum pernah cuba. Jadi bila dapat gift set ni, dapatlah mewangi dengan Enchanteur ni dan cuba PARFUM DEO MIST yang super best ni! Hehee.
See. Cantik kan box dia? Deodorant yang warna purple tu bukan dapat dalam gift set ni. Tu aku punya. Sengaja aku sertakan sekali. Hehee. Aku kan dah kata. Aku memang pengguna Enchanteur ni. Hehehehehe
Ni lah gift set tu. Ada ENCHANTEUR MON AMIE WHITENING & REFRESHING PARFUM ANTI-PERSPIRANT DEODORANT 50ML, ENCHANTEUR PARIS ADORE PARFUM DEO MIST 100ML DAN ENCHANTEUR PARIS BELLE AMOUR TRIPLE WHITENING PARFUM LOTION 100ML.
Secara jujurnya, bau wangi daripada rangkaian produk ENCHANTEUR memang tidak pernah menghampakan aku dan bau wangi dia memang sangat-sangat best. Aku selalu guna losyen daripada ENCHANTEUR. Harga pun sangat-sangat affordable. Jadi kalau malam-malam, sebelum tidur tu, pakai losyen ENCHANTEUR, peh memang lena je tidur! Hahaha
Rangkaian wangian penjagaan badan ENCHANTEUR PARIS boleh didadapti di dalam 3 variasi wangian yang memukau iaitu:
1. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Mon Amie diinspirasikan dari keceriaan saat -saat indah persahabatan. Wangian yang menceriakan hari anda ini paling sesuai untuk bersantai dengan kawan - kawan. Wangian Mon Amie yang ringan dan menyegarkan diadun indah untuk memadankan ia dengan Losyen Wangian Formulasi Ringan & Segar (Light & Fresh Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie. ENCHANTEUR PARIS Mon Amie turut menawarkan Serum Wangian Lembapan Berganda (Double Moisture Parfum Serum), diperkaya dengan Ultra Hyaluronic & Minyak Zaitun, kombinasi yang sesuai untuk memberikan manfaat hidrasi kulit serta merta yang intensif dan sepanjang hari di samping berbau harum dengan wangian ceria Mon Amie. Serlahkan lagi wangian ceria dan memikat tersebut dengan rangkaian Deodoran Wangian Anti - Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie atau Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie untuk memastikan kesegaran sepanjang hari.
2. ENCHANTEUR PARIS Belle Amour
Rangkaian ENCAHNTEUR PARIS Belle Amour menggambarkan bibit cinta dan putik asmara yang berkembang mekar. Ia adalah wangian untuk menjadikan anda yang paling si dia sayang. Pencerahan kulit kini lebih indah dengan Losyen Wangian Pencerah ENCHANTEUR PARIS Belle Amour 3 kali ganda pencerahan (Triple Whitening Parfum Lotion) yang memberikan manfaat pencerahan kulit dengan segera dan berseri untuk jangka masa panjang, dari 3 agen pencerahan - ekstrak Likoris, ekstrak Sakura dan Vitamin B3. Mempertingkatkan pencerahan tona kulit bawah lengan anda dengan Deodoran Wangian Anti Peluh Pencerahan Ekstra (Extra Whitening Parfum Anti-perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dan kekalkan haruman menusuk kalbu yang berpanjangan dengan Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour.
3. ENCHANTEUR PARIS Adore
Rangkaian ENCHANTEUR PARIS Adore adalah kombinasi wangian bunga - bungaan dan buah - buahan yang membangkitkan keajaiban nostalgia indah berkekalan setiap hari dengan wangian yang kekal berpanjangan. Dalam mengecapi keyakinan, memiliki kulit yang sihat yang merupakan benteng pertahanan pertama kita dari kuman, sinar UV dan pencemaran adalah perkara utama yang amat penting. Losyen Wangian Badan ENCHANTEUR PARIS dengan Perlindungan Anti Bakteria (Antibacterial Care Parfum Lotion) memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada pelbagai bakteria merbahaya sambil menjadikan kulit kekal wangi dengan wangian Adore yang tidak dapat dilupakan. Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyenangkan (Whitening & Soothing Parfum Anti-perspirant Deododrant) ENCHANTEUR PARIS Adore pula seterusnya memelihara bawah lengan dengnan memberikan kelegaan melindungi kulit dan terasa segar. Manakala Semburan Pewangi Deodoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore pula memberikan semerbak haruman memukau yang menyegarkan.
Rangkaian Serum dan Losyen ENCHANTEUR PARIS boleh didapati didalam bentuk tiub 85ml dan 100ml yang mudah dibawa bersama ketika menikmati aktiviti luar untuk melindungi kulit di samping mengekalkan penampilan yang mempesona dan sentiasa berbau harum dengan wangian memukau. Rangkaian produk jenis tiub dijual dengan harga RM 7.90 / RM 7.50 (85ml / 100 ml) manakala bagi jenis botol ia dijual pada harga RM18.00 / RM16.95 (275ml / 300ml).
Deodoran Wangian Anti - Peluh ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM8.70 untuk 50ml sebotol.
Semburan Pewangi Deodoran ENCHANTEUR PARIS dijual pada harga RM10.10 untuk 100ml sebotol.
Deodoran Wangian Anti Peluh Mencerah & Menyegar (Whitening & Refreshing Parfum Anti-Perspirant Deodorant) ENCHANTEUR PARIS Mon Amie (RM8.70-50ml)
Deodoran Wangian Anti-Peluh berasaskan losyen ini memberikan manfaat perlindungan bau sehingga 72 jam dan anti peluh sehingga 24 jam. Kekalkan kesegaran pangkal lengan anda dan pastikan ia sentiasa kering dengan ekstrak Likouris yang membantu mencerahkan tona kulit dan mengurangkan pembentukan melanin. Butiran Kristal mentol di dalam semburan memberikan kulit sensasi yang menyejukkan dan membuatkan anda merasa selasa.
Semburan Pewangi Dedoran (Parfum Deo Mist) ENCHANTEUR PARIS Adore (RM10.10 – 100ml)
Semburan Pewangi ENCHANTEUR PARIS Adore memberikan keyakinan berpanjangan sehingga 24 jam.
Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR PARIS Belle Amour dengan manfaat pencerahan tiga kali ganda - Kombinasi 3 ejen pencerahan untuk 5x ganda manfaat pencerahan segera (RM7.50 – 100ml, RM16.95 – 300ml)
Kulit gelap dan tidak sekata adalah masalah yang paling sukar dihadapi oleh setiap wanita. Ia biasanya berlaku pada bahagian belakang leher, lutut dan juga siku. Losyen Wangian Pencerah (Triple Whitening Parfum Lotion) ENCHANTEUR Paris Belle Amour dengan 3 kali ganda manfaat pencerahan ini direka dengan 3 ejen pencerahan - ekstrak likouris, ekstrak Sakura & Vitamin B3 untuk mengatasi masalah kawasan kulit gelap dan tona kulit tidak sekata.
Ekstrak likouris dan ekstrak Sakura didalam produk ini mencerah dan menyamaratakan tona kulit serta menghalang pembentukan melanin.Vitamin B3 bukan sahaja mencerahkan kulit malah memperkukuhkan ketahanan kulit serta mencegah kehilangan lembapan. Kombinasi manfaat ketiga-tiga ejen pencerahan ini membantu memberikan 5x manfaat pencerahan.Dengan menggunakan losyen ini anda bukan sahaja dapat mengekalkan kulit yang cantik dan sekata tetapi ia juga menjadi memberikan seri kepada anda dengan haruman wangian Belle Amour.
Korang boleh dapatkan rangkaian produk Enchanteur Paris ni di mana-mana pasaraya, farmasi dan juga kedai-kedai yang menjual barangan keperluan. Kedai runcit pun ada juga yang jual produk Enchanteur ni. Selain daripada kita mudah nak jumpa, harga dia pun sangat-sangat berpatutan.
Untuk maklumat lanjut, korang juga boleh layari website www.ENCHANTEUR.com.my dan juga facebook www.facebook.com/EnchanteurMY Kalau nak usha instagram boleh tengok kat www.instagram.com/EnchanteurMY
Facebook: www.facebook.com/EnchanteurMY
Instagram: www.instagram.com/EnchanteurMY
3 COMMENT
Pergh!! Ohsem giler review Rai..
ReplyDeletekak ekin dah guna Deodoran dia semuanya best2.. hihihihi... yang lain tak pernah try lagi nanti cuba pakai gak la
ReplyDeletehi there...do u ve enchanteur gift set?
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.