Jom Shopping Di Ezbuy.my !
Wednesday, October 19, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Zaman sekarang ni, shopping secara online bukanlah perkara yang luar biasa lagi kerana rata-rata rakyat Malaysia kini memilih untuk shopping secara online kerana selain daripada menjimatkan masa dan tenaga, kebanyakan barangan yang dibeli secara online ini harganya jauh lebih murah daripada yang dijual di kiosk-kiosk atau kedai yang berhampiran dengan rumah kita. Tambahan pula, disebabkan kekangan kerja dari pagi sampai petang, malahan ada sesetengah individu yang kerjanya habis shift pada waktu malam, jadi shopping secara online adalah pilihan yang tepat bagi mereka yang ingin menjimatkan masa dan tenaga!
Aku sendiri, rasanya dah banyak kali sangat-sangat aku shopping secara online ni. Antara barang yang aku pernah beli secara online adalah make-up, make-up tools, skincare, bag, buku, baju, kain, dan macam-macam lagi. Banyak kan? Bukan apa, untuk individu yang rumahnya jauh terpelosok nun macam aku ni, jangan kata sephora, watsons/guardian pun tak ada. HAHAHAAA. Kalau nak pergi Watsons atau Guardian tu, kat bandar je ada. Jauhnya adalah kira-kira satu jam. So aku memang sangat suka shopping online ni sebab apa aku nak ada je depan mata. Just pilih! Bayar pun secara online je. Esok lusa sampai. Mudah sangat! Tak perlu susah-susah pergi ATM.
Hari ni aku nak memperkenalkan laman web yang best sangat-sangat yang menjual barang-barang yang tersangatlah aku suka dan sudah pastinya korang pun akan suka jugak! Apa yang bestnya, website ini bukan sahaja menjual barang-barang kecantikan, tetapi BERMACAM-MACAM barangan yang dijual. Korang mesti akan rambang mata nak memilih nanti. Rasa macam nak beli semua je! Antaranya adalah pakaian perempuan dan lelaki, barangan penjagaan kanak-kanak, kasut, beg, aksesori, skincare, make-up, barangan kegunaan pejabat, mobile, tablets, barangan untuk telefon bimbit, kamera dan jangan terkejut sebab kat sini turut dijual barangan AUTOMOTIVES, PERABOT RUMAH, HOME DECOR, PERALATAN DAPUR DAN MACAM-MACAM LAGI BARANGAN KEPERLUAN ISI RUMAH!
Kos penghantaran/ postage murah ni namanya adalah PRIME SERVICE. Maksudnya adalah, kos penghantaran tanpa had. Korang boleh beli barangan daripada EZBUY.MY tak kira lah berapa banyak pcs pun, saiz parcel besar gedabak ke, berat gemok gedempol ke, nilai kos penghantaran yang dikenakan ADALAH RM8.80 untuk setiap penghantaran. Best kan? Boleh jimat!
Kebaikan PRIME SERVICE:
1. Menjimatkan kos penghantaran
2. Boleh membeli barangan tanpa had
3. Tak perlu risau tentang nilai postage yang mahal
4. Tak perlu risau sekiranya berat parcel bertambah
5. Tak perlu risau bila kita membeli dengan parcel yang besar
Di bawah adalah step by step dan contoh sekiranya korang shopping menggunakan PRIME SERVICE.
See? Nilai yang korang akan saved sangat sangat besar ok. RM332.20 tu boleh bawak family pergi jalan-jalan hujung minggu tau! For me, tiga ratus tu sangat besar nilainya. Kalau boleh save budget sebanyak tu, memang sangat-sangat berbaloi !
Terdapat bermacam-macam item yang dijual di Ezbuy.my. Untuk pengetahuan korang, Ezbuy juga menawarkan diskaun yang sangat berbaloi dan murah! Contohnya Wooden Portable Laptop Desk Book Stand di bawah, yang diberi diskaun sebanyak 77% ! Dan harganya telah menjadi RM10.37 sahaja tau. Meja macam ni sangat sesuai untuk korang [blogger] yang suka bawak laptop naik atas katil/tilam untuk update blog macam saya. Hehehehee.
Selain itu, ada juga bermacam-macam jenis kasut samada bertumit atau jenis rata yang korang boleh beli di Ezbuy ni. Contohnya Suede Pointed Chunky Heel Pumps di bawah yang harganya Cuma RM22.88 sahaja setelah diberi diskaun sebanyak 65%. Wow! Murah kan? Cantik pulak tu heel ni. Tak tinggi sangat dan tak rendah sangat. Sedang-sedang gitu.
Kos penghantaran di Ezbuy.my adalah serendah RM4.50 untuk 500 gram dan tidak ada yuran ataupun bayaran yang akan dikenakan untuk menjadi agent. Dan macam yang aku cakap tadi, dengan adanya PRIME SERVICE di Ezbuy.my korang boleh shopping sakan tanpa perlu risau kos penghantaran. Sebab kos penghantaran melalui PRIME SERVICE adalah RM8.80 sahaja. Tapi sebelum korang boleh bershopping sakan dengan PRIME SERVICE, korang kena lah daftar dan jadi membership terlebih dahulu. Hanya RM18.80 sahaja untuk 1 month trial dan RM188.00 untuk satu tahun. PRIME SERVICE ni sesuai untuk korang yang nak borong di Ezbuy. Contohnya korang adalah peniaga dan menjadi agent Ezbuy, so korang akan ambil barangan dari Ezbuy pada setiap bulan, jadi PRIME SERVICE akan membantu korang untuk menjimatkan kos penghantaran korang yang ‘banyak-banyak kali’ tu.
Apabila korang mendaftar di Ezbuy, korang akan dapat coupon code untuk diskaun sebanyak 15% dan bukan itu sahaja, sebaik sahaja berjaya daftar, 100 point akan dikreditkan ke akaun korang. Then kalau korang link kan ke facebook account, dapat lagi 200 point. Wahhh. Best kan? Aku baru je daftar tau! Tupptupp terus dapat 300 point! Check email, dapat coupon code diskaun untuk pembelian pertama! Wahhh. Ni tak sabar nak shopping ni! Kalau korang kumpul banyak-banyak point, korang boleh gunakan point ni untuk shopping di Ezbuy.
Untuk pembaca blog saya, saya ada berita gembira untuk korang. Korang boleh dapatkan 15% off shipping fee dengan code di bawah:
So korang boleh gunakan code ni okay! DAN, JANGAN LUPA UNTUK REGISTER DAN DAPATKAN RM15 EZBUY VOUCHER. Korang boleh register and dapatkan voucher tersebut di sini http://bit.ly/2dDrSGW
Selamat bershopping di Ezbuy.my ! Segalanya mudah dan murah dengan Ezbuy.my ! Happy shopping guys!
WEBSITE: https://ezbuy.my/
HOTLINE: +603-27803898
MAIN OFFICE ADDRESS: No.3 , Jalan Kencana 20, Taman Kencana , cheras , 56100, KL
Monday - Friday: 10:00am to 6:00pm.
Saturday: 10:00am to 2:00pm (Sunday& Public Holiday close)
Saturday: 10:00am to 2:00pm (Sunday& Public Holiday close)
0 COMMENT
Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.