Tips Untuk Tukar Skincare
Monday, May 02, 2016
ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA
Ini adalah tips yang aku dapat dari kawan-kawan yang jual barangan kecantikan (copy from group wassap). I found it useful so I want to share with my readers. Tips untuk tukar skincare, tips sebelum korang decide nak pakai skincare/ produk lain.
Make sure korang semua natural kan balik kulit tu, rest kan kulit korang seminggu, jangan pakai apa-apa lagi. Cukup seminggu baru boleh start pakai skincare yang korang nak tukar tu. Kalau tak tahan exited nak pakai produk baru, minimum rest kan kulit 3 hari. Jangan harini pakai produk ini lepastu esok pakai produk lain lusa pakai lain sebab akan terjadi percampuran kandungan di dalam muka. Kulit jadi pedih bila pakai sabun? Kemungkinan kulit korang mmg nipis disebabkan produk sebelum ini memang jenis menipiskan kulit.
Kalau tak rest kan kulit, kemungkinan kulit akan pedih dan naik merah2..
Mesti ada yang pernah alami kan? Muka pedih bila pakai sabun? Hihi. Selain itu ada juga dapat info yang kalau jerawat naik lepas tukar skincare kemungkinan kulit tengah keluarkan kotoran di muka melalui jerawat. So jangan stop pakai dan InShaaAllah kulit akan jadi better selepas itu. Wallahualam. Saya tak pernah alami, jadi saya agak was-was untuk suruh korang aplikasikan. Heheh.
Apapun, kalau nak tukar skincare, sila pastikan skincare baru tu bebas bahan kimia dan bebas kandungan bahaya. Sayangilah kulit anda yaa sayang sayang sekalian!
17 COMMENT
betul tu. good tips rrai. Even akak pun pernah ada pengalaman yang lepas pakai product ni, pakai product tu pula.
ReplyDeleteKita mmg kena rehatkan kulit baru boleh tgok keberkesanan sesuatu product. Thanks for sharing =)
betul tu kak.. kalau tak nanti tak berkesan pulak produk baru tu..
DeleteKiranya pakai pencuci muka tak boleh laa kan
DeleteKalau pakai pencuci muka pun tak blh laa kan
DeleteKalau pakai pencuci muka pun kira tak blh laa kan
DeleteXbley rasanya....cuci guna air je...adoiiiiiii
Deletethank you kak rrai tips nye ya !
ReplyDeletewelcome :)
Deletehew sblm ni main tukar terus je huhuhu.
ReplyDeletehehe.. kena restkan kulit dulu tauu lepasni..
DeleteHeee... selalu main tukar terus or main campur terus.. nasib baik kulit jenis tak kisah.. sauk je apa ada.. sometime tu kalau tukar, aadalah jerawat2 kecik
ReplyDeletetak elok campur2 ni sebenarnya.. hehee. mujur kulit jenis tak kisah..
DeleteRehatkan muka dlam 1minggu tu mksdnya xblh pkai apa laa trmsk pncuci muka yea???
ReplyDeleteKalau nk tuka skincare yg xde merkuri kepada yg xde merkuri jgk mcm mne??????
ReplyDeleteAah betul Rrai..kene rest kan muka dulu sebelum pakai skincare baru.
ReplyDeletesatu lagi tips nak tambah, pilih skincare yang sesuai dengan jenis kulit..contohnya kalau muka jenis berminyak or sensitif naik jerawat, pilihlah water-based punya
If just nak tukar pencuci muka tu....kita tak pakai pencuci muka but pakai toner and moisturize dlm seminggu can ke?
ReplyDeleteBoleh kot.....sbb searh dlm google tu dia mmg kata cmtu..sy pn tgh restkn muka...alamatnye smggu la xkuar umh sbb muka ada jeragat....gara2 silap produk
ReplyDeletePenghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.