Roti Favourite!

Sunday, May 01, 2016

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Hai uolss! Hihi. Hari ni nak buat short review kengkononnya. Ecehh. Padahal nak share roti kegemaran aku jaa pun. Well majoriti suka makan roti dan pernah makan roti kan. Mesti ada jenama roti favourite korang. Aku ni bedal jaa roti apa pun, janji halal. Tapi kalau roti packing satu-satu, dan dalam ada inti tu aku prefer roti Q One Bakery. Actually mmg dah lama suka makan roti ni. Mmg prefer roti jenama ni dari garnenia atau mighty white atau apa2 jelah roti kat rak tu. Kalau roti jenama lain ada flavour strawberry lah grape lah corn lah dsb tapi Q One Bakery ni setahu aku yg aku pernah jumpa Marjerin & Kaya, Marjerin dan satu lagi tak silap corn kot. Lupa. Sebab selalunya aku beli Marjerin & Kaya.


Ni lah rupa roti tu. Selalunya beli dalam plastik besar yang dalamnya ada 5-6 bungkus roti. Harga dia pun murah. Tadi beli tak silap RM2.65 utk 5 bungkus. 5 ke 6 ekh aku lupa. Setakat ni beli tak pernah lagi laa harga dia melebihi harga tiga ringgit utk plastik besar tu.


Kenapa aku suka roti ni? Sedap dia lembut sangat! Lembut sangat-sangat. Plus, inti dia sedap. Inti dia tak banyak sangat sangat so mmg kena lah dengan tekak aku. Hahahaa.


Sekali ngap tu, haihhhh lembutnyaaa roti ni. Delicious!


Makan roti dengan pekena teh mmg lah seronok. Tambah-tambah lagi ko tengah layan Twillight. Kehkehhh


Nampak tak kaya dgn marjerin tu? Ni mmg feveret flavour lah! Mana ada roti jenama femes nak buat inti kaya. Paling tak pun coklat lah strawberry lah. Yang bun tu ada lah kaya. Tapi kaya sahaja takdak campur marjerin. Serius roti Q One Bakery ni lembut gilaaaa. Sekali makan mesti nak lagi. Gittew. Hahaha.

Nak tahu tak dibuat oleh siapa?

Q ONE BAKERY SDN BHD
298-1, JALAN INDAH 12, TAMAN INDAH, JALAN HAJI ABDULLAH, 84000, MUAR, JOHOR
TEL/FAX:06-951 4070

Kat Muar k! Hahahaha. Daerah hakuuu jaa oi. Patutlah sedap sehingga menjilat jari hehehehehehehehehehehehehe.

Oh yaa. Entry ini bukan tajaan Q One Bakery tapi adalah review ringkas dari aku sebagai pembeli dan pemakan roti ni hihii. Roti ni lembut gila dan sedap. Sebab tu aku rajin nak review.

Sampai sini dulu bebelan saya. InShaaAllah nanti saya membebel lagi. Tataaa!



You Might Also Like

4 COMMENT

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.