Pengalaman belajar di KUIM | Kelebihan masuk KUIM

Saturday, April 30, 2016


ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Entry ini ditujukan khas kepada mereka-mereka yang pernah search pasal kuim dalam blog saya. Mungkin ada terselit di mana mana entry pasal aku belajar kat kuim tapi aku rasa kebanyakan entry aku dah padam. So for those who wanna know my experience study in kuim, nahhh. I also upload a lot of pictures for you. Cakap je pun bosan gak kan? Apa lah salahnya pampang muka aku sikit kat entry ni. kekekee. Bukan selaluuuuuu.



Kelebihan masuk kuim? Aku bakal belajar di kuim? Hehehh. Eh nampak pulak earning aku yang ciput tu. Meh laa klik nuffnang saya yaa. Hihi. Nampaknya ramai student yang plan nak masuk kuim seacrh dulu kat internet gimana rupa kuim ni yee. Dulu dulu banyak jugak keyword pasal kuim ni kat blog aku. Ijazah kat kuim laa apa laa. Aku pun gitu jugak dulu. Kalau boleh harap sangat ada senior2 yg study kat kuim tu tulis pasal pengalaman dia belajar kat sana dalam blog. Best ke tak. Strict ke tak. Bosan ke tak. Mesti ramai yang tertanya-tanya macam tu. Biasalah, student baru.

So. Sibuk duk sebut sebut kuim ni, by the way tahu ke kuim kat mana? Kuim tu stand for what? Hehe. Kuim tu maksud dia, KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA. Jadi, lokasi dia kat Melaka lah. Kat Kuala Sungai Baru. Ko sampai Masjid Tanah, tegak lagi sampai Kuala tu haa dekat dah tu. Kuim ni pun dekat jugak dengan Port Dickson (PD), Linggi Negeri Sembilan tu. Tp sepanjang aku belajar kat sana tak pernah pun sekali aku p PD tu. Linggi pun tak pernah. Kuim ni dekat dengan Alam. Tau Alam tu apa? Heheh. Bapak aku dulu masuk Alam, AKADEMI LAUT MALAYSIA. Besar tempat dia weyh. Cantik pun cantik. Aku pernah masuk sekali je sbb masa tahun lepas sbb ikut bapak aku ambik sijil kursus kat sana. Orang kata student Alam ni hensem belaka. Kahkahh. Betul ke? I is taktau lah pulak. Maklumlah dok kuim pun bukan g merantau satu melaka pun.

Best ke study kat kuim ni? Well setelah graduate ni, aku rasa best laa gak. Kadang tu rindu pun ada. I got the best friends there, also the best housemates there. So mesti lah best. Lecturer yg ajar aku pun semua best-best baik-baik belaka. 

Kat bawah ni gambar prasarana yang ada kat kuim. All the pictures kredit to website kuim because I got from them.

BAHAGIAN PENTADBIRAN

AUDITORIUM IBNU KHALDUN

KOMPLEKS ICT AL-BIRUNI

STADIUM TARIQ BIN ZIYAD

MASJID AL-ILMI


ASRAMA/ RUMSIS

PERPUSTAKAAN


KEMUDAHAN PENGANGKUTAN


KAFE DAN KOPERASI "KOOP MART"


Disebabkan ada yang search pasal kelebihan masuk kuim, meh aku listkan apa yang aku rasa kelebihan belajar kat sana. Ikhlas dari hati gue. Kihkih

1. Hostel yang selesa dan best. Hostel kat sana lebih kurang macam rumah. Ada tiga bilik, satu dapur, satu ruang tamu dan dua toilet. So for me, best lah. Sbb hostel dia tak macam dorm yang katil deret-deret lepastuh toilet jauh nun. Tapi skrg dah ada tambahan hostel baru, cantik gak hostel tu, dekat dgn kedai, dekat dgn dobi, dekat ngan kedai makan, tapi junior aku kata cam dorm. Aku tatau laa sbb aku tak pernah tgk lagi. Tapi dari luar aku tgk cantik.

2. Senang dapat bas dan bas yang selesa. Kalau kat kuim, even dia macam terceruk sekalipun, bas senang sgt nak dapat. Sbb bas masuk sampai depan pintu besar kuim tu. So mmg senang lah kalau nk g mana-mana lagi2 nak balik rumah. Tunggu kejap je bas dah datang. Bas dia bas panorama usually dengan apa ntah satu lagi nama bas tu. Ada ekon laa. Tapi ada satu bas tu dia bas buruk sikit takde ekon hahahahaa so kadang siapa dpt bas tu nasib lah. Tapi selalunya ada ekon lah.

3. Keselamatan terjamin. Guard kat kuim ni cam polis sikit. Garang mmg garang tapi dieorg baik. Pernah satu kali tu aku tunggu bas kat luar pintu kuim tu dgn kawan aku, lepastuh ada anjing. Terus makcik guard tu datang halaukan anjing tu dari datang kat kiteorang. Guard kat situ pun selalu ronda kawasan kuim tu. So InShaaAllah takde pencuri perompak ke yg masuk. Selama ni aku dok sana alhamdulillah kejadian pecah masuk belum pernah berlaku.

4. Ada kemudahan ATM. So dont worry. Tapi kadang ada jugak berlaku, duit kat atm dah habis. Hehee. So jangan laa tunggu sampai terdesak sgt baru nk p kuakan duit yee. Pernah sekali tu aku nak kuakan duit kat ATM depan, lepastuh duit habis. Then aku pun berjalan laa g ATM belakang. Pastu terserempak ngan pakcik guard yg kat ATM depan tu, dia kata, laa asal tak gtau pakcik, kalau tak pakcik boleh call kan guard belakang tuuu, mesin belakang tak boleh guna jugak, kalau awk gtau tadi, takde susah susah awk jalan jauh. Sobbb sobbb. Baik pakcik tuu. Tak ingat pasal apa aku nak kuakan duit masa tu. Sadis weyh cari ATM, ATM takleyh guna. So tunggulah esok baru kuakan duit sbb masa tu dah petang. Nanti ada laa org ATM datang betulkan.

5. Lecturer kuim baik-baik belaka. Hehehh. Ni bukan nak bodek yee. Iolss dah grad dah pun. Berdasarkan pengalaman aku kat sana, leturer aku semua baik-baik dan best-best. Mostly lah. Masa mula2 masuk jee takut2 dengan lecturer. Dah sem sem atas tu dah berani dah dok borak dengan lecturer. Sporting habis dieorang! Puan Ada, Puan Yuhanis, Puan Su, Puan Ika, Ustaz Fabli, Ustazah Shahrina, ramai lagi lah.

6. Ada kedai sup power dan sup dia sedap. HAHAHAHAHAHA. Ini pun kelebihan ke? Kat cafe tu ada kedai jual mee sup, ada banner tulis sup power kat kedai tu. Tu lah kedai favourite aku sbb aku suka makan mee sup. Masa aku datang sana utk setel hal konvo pon aku g makan sat kat kedai sup power tu. Fuhhh. Sup dia mmg power lah. Sedap!

7. Jarang ada kes takde air kat hostel. Nak kata tak pernah berlaku tak jugak. Sepanjang aku kat sana rasanya sekali je pernah berlaku kes air takde. So kena laa tadah air utk mandi. Tapi sekejap jee. Tak lama pun. Air ada. Tapi kena turun tingkat bawah sekali. Sbb air kat tingkat atas takde.

Cukup lah ekh tujuh. Kira kelebihan laa tu kan. Hahahaha. Aku ada juga berkira-kira nak masuk kuim semula utk degree. Tapi hold lah dulu sbb nk tunggu upu. InShaaAllah kalau dah ada degree law kat kuim, boleh gak difikir2 nak masuk sana eeheheheee.


My last day on my last sem at kuim. Last paper masa ni. Lepas tu jaa aku terus balik. Taknak tunggu esok lusa. Time tu gak aku nak balik hahahaha.


My friends. Semua ni sama course dengan aku, undang-undang dan syariah. Gilaa tak happy, dah habis belajarrrrrrrrr oiiiiii. hahahaa

So now I wanna share the pictures of me and my friends di kuim. Sesi throwback laa kengkonon ni. *sambil otak mainkan lagu peterpan-semua tentang kita*

Gambar hostel kuim. Aku dok Tun Fatimah, berhadapan dengan asrama Tun Teja. So yg dalam gambar tu gambar asrama tun teja lah. Kat sana tak panggil asrama tu asrama. Kami panggil rumsis. Hihii.

Pandangan dari balkoni, tu sana tu stadium. So kalau ada event apa2 boleh nampak gak laa dari hostel.

Tu auditorium. Depan ni actually blok bestari. Sapa suka online boleh dok sana sbb wifi sana kuat. Tapi skrg kat hostel pun dah ada wifi free. Cafe pun dah ada wifi free. Library pun ada wifi. Seronok ah budak kuim. Masa aku masuk sem awal2 dulu kat blok bestari tu jelah tempat aku online hehehe.

 Study kat library. Sejuk. Ada ekon hahaha. So mmg syok ah study kat sini. Ni dalam bilik discussion. Kalau nak dok dalam ni kena beberapa orang takleyh dua tiga orang. Tak ingat minimum bape ramai. Kiteorg mula2 buat kat luar yang ada meja luar tu. Tapi kiteorg kalau discussion mmg lah kompem bising. So decide buat dalam bilik discussion. Kena mintak izin dulu dari org yg jaga library. Masuk library wajib pakai kad matrik. Kalau tak kena halau.

Banyak tak buku? HAHAHAH. Ini bukan acah2 k. Mmg buku utk guna. Tak silap masa ni bincang pasal undang-undang tort.

Ada cermin besar. So org luar boleh nampak laa apa korang buat dalam bilik discussion.

Ni kat blok bestari. Kat tingkat atas. Kat blok ni pun ada kemudahan meja dgn kerusi utk pelajar. Mmg selalu org datang sini utk buat discussion atau bincang pasal assignment. Yang ni kiteorang tengah bincang pasal kes utk pembentangan esok. Ceh. Kengkonon lawyer to be lah ni. Kehkeh

Tamat presentation dengan jayanya. Kelas undang-undang tanah masa ni. Hihihh.

Kelas takde atau kelas dah habis masa ni, aku lupa lah. Tapi dalam kelas lah. Hee. Payung tu cam bukan payung kiteorang jekkk rasanya main kutip sbb ada org tertinggal payung tuu hahahahahahah.

 Masa ni dah habis kelas. Dah habis kelas mmg lah waktu paling syok sbb kiteorg mesti akan fikir nak beli lauk apa kat cafe.

Kelas petang. Pukul 6 k kelas ni tamat. Sob sobbb.

Kelas malam. Abaikan muka aku tutup mata tu. Kat kuim pun ada gak buat kelas malam in case kalau kena buat kelas ganti atau ada midterm/kuiz yg mmg lecturer tu nak buat malam. Best gak laa sbb tak panas.

Beli makanan kat cafe. Berbungkus-bungkus uolssss. Nak buat sampai malam punya pasal.

Cafe time malam. Lengang jaa masa ni. Sbb masa ni masa final tak silap aku.


Ni pun kat cafe. Kiteorg buat jamuan kelas time ni. Meriah gilaa hahahaa. Makan kfc tak silap aku.

Ada jamuan rumsis masa ni. Disebabkan ada tema, so weolsss pun kena pakai mask. Aku pakai jubah hitam jaa masa ni.

 Legendario BBQ! I miss this so much! Kiteorang buat bbq mini kat tepi lobi. Tapi kena minta permission dari warden dulu laa. Mujur warden izinkan. 


Yang tingkap kat belakang tu lobi laa tu. Kiteorg buat kat tepi lobi. Harum semerbak bau ayam bbq uolsss. Jgn jeles laa eah hakak yang tengah dok kat lobi. Oh ya. Kat lobi ni ada tv, kerusi kusyen tu, dan tikar. So korang boleh buat discussion atau lepak kat bawah ni. Selalu org lepak lobi sbb nakkan wifi je. Sbb wifi letak kat bawah tu. So mmg kuat ah kalau kat lobi.

Gambar kat depan lobi. Ada kipas k. So takde lah panas.

Lobi jugak. Nampak tak tikar kat belakang tu. Tikar tu bersih. Org selalu dok situ belajar. Makcik yg kemas2 tu pun selalu sapu kawasan tu.

Gambar dalam auditorium. Kadang2 ada kelas buat kat audi. Sejuk ibarat dalam wayang gittew.

Ni pun kat audi jugak. Kat depan pintu masuk. Act. ada tiga pintu masuk audi ni. Heheh. Yang gambar atas ni, kat depan pintu masuk utama. Kat audi ada toilet. So jangan risau kalau korang rasa nk buang air ke eah hehehhe.

Dalam toilet fakulti. Lol

Kat fakulti. Yang mengarah tu aku lettuw. Yg tudung kuning tu Fiza. hahahahaha. entah apa ahhh aku arahkan kat si fizaaa time tu haishhh Rrai Rraiii.

Sukan time! Hehe. Padahal tak masuk pape acara pun. Ada expo time tu kat kuim. So syok ah pakai seluar g beli makanan kat expo kekekekee. Kuim tak benarkan student pakai seluar waktu2 biasa. Melainkan kalau ada koko ataupun sukan.

Johan As'ari. Heheh. Pahal senyum kambing tu Rrai? Kalau korang nak tahu Johan selalu datang kuim. Berdasarkan apa yg senior aku cakap, dia dulu pernah study kat kuim. So sbb tu laa aku rasa dia friendly dengan budak2 kuim ni. Selalu dia datang sini. Masa ambik gambar ni nampak sgt dia penat dan nak cepat hahahahaha sian Johan. Dia kata nak maghrib dah ni dia tak solat lagi. Tapi dia layankan jugak nak ambik gambar ni dgn sepantas kilat. Lol. Rasanya around pukul enam lebih masa ni. Sorry Johan As'ari.

Dah. Itulah sedikit sebanyak yang aku boleh kongsi pasal kuim. Untuk maklumat lanjut korang boleh tgk kat website rasmi kuim- http://kuim.edu.my/v2/ . Kayak promoter sih gue. Actually kuim ni taklah besar cam Uitm Shah Alam ke kan hahaha. Kecik jaa. Tapi still mengah laa kalau kau jalan kaki dari depan sampai belakang tuu. Harga course kat kuim pun taklah mahal sangat sampai 60k. Bawah 20k tak silap aku utk diploma. Belas ribu laa harga dia. Untuk diploma undang-undang dan syariah sekarang ni dikenali sebagai diploma syariah. Tapi belajar still undang2. Aku batch terakhir yg pakai nama undang-undang dan syariah.

Aku harap perkongsian aku ni dapat membantu sesiapa yang plan nak masuk kuim atau yg tengah gambarkan kuim tu macam mana. Aku masuk kuim bukan kena paksa pun. Kehendak aku sendiri. Aku dapat pun dulu politeknik je. Bidang teknologi makanan, yg aku mmg tak minat. So aku decide utk masuk kuim. Siapa yang beruntung tu mungkin laa akan datang ni masa korang masuk kuim dah tukar nama universiti. Takdak kolej universiti lagi dah. Untung lah sapa dapat merasa. Sbb kuim tengah dok sibuk ke arah universiti penuh sekarang ni.

Panjang kan entry ni? Hahahaha. Harap dapat membantu sesiapa yang search pasal kuim di google dalam blog saya. Tataaa!




You Might Also Like

34 COMMENT

  1. pergh rrai...bagus perkongsiaannya...semoga bermanfaat utk bakal mahasiswa/wi kat luar.
    bestnya ada gambar dgn johan :D jelly I!

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. perubahan baik ke buruk?

      Delete
    2. perubahan semakin baik ke buruk? bole masak ke kt sne

      Delete
  3. phew~ details gila.. rsa mcam nak sharing course kita pulak.. hahaha senior, byk dah benda berubah senior..

    ReplyDelete
  4. SALAM, seronok tengok rrai throwback. akak pon fefeeling je

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Terima kasih perkongsiannya sangat sangat bermanfaat untuk saya yg sedang berada dalam dilema kahkahkah.

    ReplyDelete
  6. Akak Kat sane disediakn iron X?

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Bawak jela...stanby...xkan semua nak sediakan 😔

      Delete
  8. Nak tanyaaa.. mengenaii asrama di kuim boleh tak? 🙁

    ReplyDelete
  9. Wah... Mmbntu btul ni... Sy pon tngh dilema. Hadeh... 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  10. Kak, wish me luck.. sye pun akan masuk kuim isnin nih and course syariah juga! ❤❤❤❤❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam jumpa je nanti . Hahahaa hi awak.

      Delete
  11. Jauh tak dari rumsis ke kelas?

    ReplyDelete
  12. Sy pun bakal masuk kuim ni diploma pndidkn awl knak2 ..rsa bdebar pla

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat respon.. apapun tahniah dan good luck yaa! semoga maju jaya!

      Delete
    2. saya masuk kuim sabtu ni,dpak,doakan saya!

      Delete
  13. Replies
    1. kalau nak bwk kereta kena tampal pelekat khas kat cermin. masa zaman sy dulu boleh je student nak bawak kereta..takde masalah.. skrg ni taktau laa..

      Delete
  14. Klau spm xde bahasa arab...boleh masuk diploma usuluddin kt kuim x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu sy tak pasti.. kalau kos yg sy ambik dulu, ramai je kwn2 yg x ambik arab masa spm termasuklah sy.. tp sem 1 dan sem 2 kami mmg diwajibkan ambik arab masa kat kuim.. usuluddin rasanya sama je kot, rasanya boleh jee.. cuba tanya pihak kuim kalau nak kepastian..

      Delete
  15. Yuran diploma biasanya bawah rm20k kan? Dapat pinjaman pendidikan tak ya? sebab kuim ni swasta kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy dulu ptptn.. kuim half swasta sbb under kerajaan negeri

      Delete
  16. saya bakal budak dpak hehe, thanks sis, doakan saya!

    ReplyDelete
  17. Nak tnya kt sana yuran asrama per bulan per sem byrnyaa?

    ReplyDelete
  18. Kalau nak balik kg , bas yang ada berenti dekat luar kuim tu berhenti kat mana ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul-betul berhampiran dgn pondok pengawal..dekat je dgn pintu masuk.

      Delete
  19. Johan ni klo ikut kn junior aku mse last sem kat kuim dlu.. Mse tu die sem 1 ke 2 mcm tu.. 1 geng jgk ni mse lepak2 kat rumsis.. Die ske main gitar and mengaji klo ade masa lapang.. Rindu dgn suasana lepak dgn kwn2 dlm rumsis.. Meriah.. 😁

    ReplyDelete
  20. Slm,trm ksh ats info yg sgt berguna ttg KUIM tp sya msh dlm dilema sama ada nk bljr di sna sbb ada org kta pljr2 KUIM ssh dpt keje @ sambung bljr ke ipta. Betul ke??? Please...mhn respon. 😥

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam. Alhamdulillah. Lepas habis belajar kat Kuim sy tak ada masalah utk sambung belajar & kerja. Sy lulus utk iv course law kat UKM tauuu tp ada isu sikit masa tu sbb tak submit dokumen yg UPU nak so bila result keluar kt UPU sy tak dpt. Sbb time tu mohon melalui UPU. Tp rezeki Allah sgt luas. Tak lama kemudian sy dapat tawaran dari SPA utk tawaran kerja. Lulus ujian & interview dan syukur Alhamdulillah skrg sy bekerja di jabatan skrg dgn Diploma yg sy miliki daripada KUIM. Percaya rezeki Allah dik. In Sha Allah. Kwn2 course sy kebanyakan kerja kat law firm now. If berminat nk jadi lawyer, boleh sambung belajar. Sy doakan awk berjaya!

      Delete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.