Tahniah. Sarjana Muda Pengurusan Sistem Pejabat [Kepujian]. TAPI..

Friday, February 05, 2016

ASSALAMUALAIKUM | SALAM SEJAHTERA

Haloo everyone. Hari ni lambat sis bukak laptop. Berikutan semalam mata memerah dan pagi tadi sakit kepala yang sakitnya berdenyut-denyut sampai aku tak boleh bukak mata masa angkat call KAHKAHH. *over* Serius ohh. Ni pun sakit lagi. Berkurang sikit je. Hari ni result UITM untuk second intake keluar, 5hb February 2016 jam 3 petang. Pukul empat lebih tadi aku check. Bukak2 je lepas bubuh number ic terus nampak yg kaler merah tu. Aku speechless jap. Alaaa. Tak dapat ke? Sobb sob. Sunguh2 aku baca bawah2 tu tanpa tgk yg atas tuu. Takpelah bukan rezeki kot. Sekali scroll balik. Alhamdulillah. I got a place in UITM!

SARJANA MUDA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT [KEPUJIAN]
Uitm Kampus Machang

At first Idono pun Machang ni kat mana heheh. Boleh aku fikir Machang kat Selangor apesal entah. So aku cam okay lagi laa kat kepala fikir, alaaa selangor kot. Bosan2 ajak laa Shafa tengok cerita hantu. Nak merayap ke suruh laa Tyra singgah bawak aku jalan jalan ke. At least aku pernah laa jugak jejak TBS sana naik bas dari Melaka. At least aku pernah laa jejak sana main kat tasik belakang rumah Tyra kecik-kecik dulu. Kahh. Amende ko Rrai. Machang kat Selangor?


Nah. Siap google okay. And I was like, YA ALLAHHHHHHHH KELANTAN KEEEEEEEEEEE hahahahahhahahahahahaa.


Yaaa ampunnnnn kelantannnnn keee cemana nak balik selaluuuuuuu woiiii tiket kompem selalu habis hwarghhhhhhh

Seriously. Soal nak terima atau tidak, soal susah ke senang, soal aku boleh bawak ke tak subjek dia tu semua aku tak fikir langsung mula-mula. Aku fikir macam mana je aku nak balik Muar kalau study kat Kelantan. Sah laa Mak aku kata balik time Raya je. Mampus aku. Aku ni dahlah cengeng lebih.

Nak terima atau tidak itu nanti dulu. Rasanya aku kena menitik beratkan soal subjek setiap semester dia. Aku pelik kejap antara course aku mohon tu ada ijazah muamalat dgn apa entah lagi satu. Aku memula ingatkan kompem aku dapat Muamalat sbb aku ada belajar Muamalat dulu masa kat KUIM. Lagi satu course perbankan kot ke yang ada kaitan dengan islamic study sikit. Aku mmg ada belajar undang-undang perbankan islam pun dulu. So I wonder ah kenapaku terpilih untuk course ini? Adakah sbb aku letak course ni sebagai pilihan nombor satu? Ah. Lupa. Serius aku mohon sekali tu je lepas tu takde bukak dah betulkan nak tukar course lain ke. Sbb kita diberi peluang tiga kali nak kemaskini maklumat atau pilihan course masa mohon tu. Aku tak guna pun peluang tu. Lol. Lagipun tak banyak sgt pilihan masa second intake ni. Aku pilih jelaa apa adanya. Rm17 kot beli nombor pin kat BSN. Fuhhh

Aku google degree sistem pejabat ni punya course description. Sumber SINI. Ni aku jumpa. Barangkali ada yang dah berubah.

Administrative Management
• Administrative Office Management
• Administrative Office Procedures
• Office Project Management
• Office Business Process
• Office Practicum
• Issues in Administrative Management
• Management of Administration Records
• Research Methods

Computer and Information Technology
• Office automation
• Software Applications
• The Internet and Web Design
• Management of Computer Networks
• Administrative Database System
• Telecommunications Technologies
• Office Systems Analysis and Design

Business Management and Communication
• Fundamentals of Business
• Financial Accounting Economics
• Communication of Admin. Professionals

Language
• English
• Third Language

Minor/Elective
• Human Resource Management



Aku ni bisnes dulu diploma pun belajar pasal undang-undang perniagaan dengan undang-undang syarikat je. Lebih kurang ah bisnes tu kan hahahaha meskipun takde bukak akaun semua. Kira-kira? Rasanya bab Faraidh je aku main kira-kira jumlah harta nak agihkan kepada waris semua tu.

Tengok laa subjek course diploma aku kat bawah ni. Layakkah saya untuk sambung pengurusan sistem pejabat? :'(


Kalau nak ikutakn aku terima jeee weyh tawaran ni. Sebab serius nak sangat sambung belajar. Tapi entahlah taktau aku mampu ke tak. Ni degree. Bukan diploma :(

So now nak sangat tanya sesiapa yang ambik course ni. Sebenarnya orang takde basic macam aku ni wajar ke tak ambik course ni? Rata-rata aku baca semua yg sambung ni dulu diploma course ni jugak. Sorang je aku jumpa dari tesl sambung sistem pejabat ni.

Kalau aku tolak, InShaaAllah aku cuba nasib mohon upu online yang mana tawarannya terbuka untuk universiti kerajaan yang lain.

Tapi kalau tolak, Allah.. Sayangnyaa.. Mungkin ada orang yang betul2 nk course ni tapi gagal dapat sbb Uitm beri peluang kat aku. Mungkin dia kena buat rayuan kalau nak course ni. Alaa tapi ni second intake kot. Biasa second intake ni bukan tak gah mana ke? KAHHKAHH. Dulu first intake aku tak mohon pun. Sbb tak ambik muet lagi dan masa tu aku tak konvo lagi. Lepas konvo baru aku fikir pasal degree dan masa tu tak lamanya uitm second intake pun open. So I pun mohon laa hiihi.

Mak aku macam on jee kalau aku terima. Bapak aku pulak, KELANTAN???? Hahahaa. Entahlah. Jangan main sambung je yedakk? Mana tahu aku tak mampu bawak course ni ke. Btw course ada akaun bagai tu banyak maths ke HAHAHA. I mmg k.o bab mengira ni. Slow sikit. Ada sekali tu aku mention nak belaja course apa entah dekat Kak Ayin then dia kata, ko seriuslah tuuuu banyak mengira kau mana pandai maths! HAHAHAHAA. Aku rasa law lagi senang kot dari subjek mengira ni. Tak kesahlah lembab mana aku menghafal. But still better dari aku hadap kertas soalan dengan kalkulator di sebelah.

So. Yes or No?


*UPDATE* 13/6/2016
SINCE RAMAI SANGAT YANG TANYA MENGENAI COURSE NI, MAKA SY NAK MAKLUMKAN YANG SY TAK AMBIL PUN DEGREE PENGURUSAN SISTEM PEJABAT NI. DAN UNTUK PENGETAHUAN, SY JUGA BUKAN PELAJAR DARI DIPLOMA PENGURUSAN SISTEM PEJABAT. SY DULU AMBIK LAW AND SYARIE. SAYA JUGA BUKAN MANTAN STUDENT UITM. HUHUUU. HARAP MAKLUM YAA. Ramai sangat ni tanya even suruh email dan wechat bagai sbb nak tahu dgn lebih lanjut pasal course ni. Maaf sangat sangat dear. Sy tak ambil course ni. Basic pun takde. Jadi mmg tak boleh nak bgtau dgn lebih lanjut pasal course ni. Sy harap Allah permudahkan urusan korang dalam course ni. Maaf sbb tak dapat membantu..



You Might Also Like

47 COMMENT

  1. Solat istikharah Kak Rrai, In shaa Allah ada petunjuk. :D

    ReplyDelete
  2. orang kata, tawaran pertama tu pilihan terbaik. so, yeay, TERIMA !!!

    ReplyDelete
  3. Salam Rrai , mula-mula Tahniah dan Alhamdulillah sebab dapat tempat di Uitm,

    Akak dulu diploma UITM Dungun, Degree Arau.

    Terengganu-Arau 10-12jam dalam bas, akak cuma bali midsem cuti perayaan dan cuti sem, memula tuk cengeng la jugak, tapi akak dah biasakan diri masa kat dungun hari tu , so tak ada lah nak nangis je.


    pada akak la why not rrai cuba sebab akak ni pon fuh kira kira kelaut jugak.

    *Istikharah minta dengan Allah.
    *Musyawarrah dengan mak ayah dan orang yang arif pasal ni.
    *Yang penting mak ayah kasi insyaAllah dipermudahkan.

    Akak doakan rrai jumpa jawapan nye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou akak.. Wahhh akak UITM yee.. Wah lama tu kak sampai 12jam... Hmm tak dpt selalu balik tu yg takbest tuu :(

      Delete
  4. hahaha sama lah kita. bab maths ni memang k.o ,lebih baik hafal karangan daripada buat maths hahaha lol btw,goodluck. tak berani nak kata apa2 sbb keputusan ditangan akak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hiiihiii kannnnnnn. Akak maths mmg laaaa tolak tambah darab bahagi jeee boleh pergi. Kakaakakakaa

      Delete
  5. tahniah.. peluang untuk sambung ni.. and say yes! hehe.

    ReplyDelete
  6. tahniah btw sya pown dapat kos yg sama tmpat yg sama masa yg sama...

    ReplyDelete
  7. tahniah btw sya pown dapat kos yg sama tmpat yg sama masa yg sama...

    ReplyDelete
  8. Congrates Rai. Machangster tu, lepas ni bolehlah makan makanan manis selalu :D Selamat belajar :)

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah Tahniah Rai :) Moga dapat yang terbaiik dan melaluinya dengan baik aamiin :)

    ReplyDelete
  10. hehe fikir baik baik Rrai :) Machang jauh dari KB tu, kalau dok kampus kat KB bolehlah balik ngan flight dari Pengkalan Chepa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kawan kite pun cakap mcm tuuu berhuhuuuu sendu jeee denga HAHAA

      Delete
  11. Saya dpt kos ni jugak and kebetulan kat sini jugak. Good luck.

    ReplyDelete
    Replies
    1. second intake jugak ke? wahh tahniah. good luck too!

      Delete
    2. Yup. Second Intake. Make a very good decision ye Rai. Salam kenal dari saya. *wink

      Delete
    3. Thankyou. Dulu ambik course sama ke awak? [eh awak ke kakak ekh nak panggil hehehee sorry kalau lebih tua] Sy tak sure lagi risau subjek ada account dia tuuu :(

      Delete
    4. Kos yg ala2 tu jugak. Saya pun lemah account nii. Hahaha. Mengira kelaut. Oh ya. Kita sebaya.

      Delete
    5. awk kompem masuk sana yaa? good luck tau! moga sukses jadi warga uitm machang!

      Delete
  12. wah ke kelantan lah rrai...
    all the best..no matter what u will choose...

    ReplyDelete
  13. Tahniah Rai..
    Kak Aida pun baru nak smbung degree hehe..tapi Rai fulltime ek..akak amik PJJ dekat uitm shah alam.

    Kalau ikut ape yang akak faham sebenarnye degree pengurusan sistem pejabat ni kesinambungan dari diploma pengurusan & teknologi pejabat. Macam akak dulu amik diploma tu. More to admin la. Tapi akak decide tak nak amik sistem pejabat untuk degree sebab nak keluar sikit dari bidang admin hehe. Takpe Rai gud luck. Mungkin rezeki Rai dekat situ nanti ;)

    ReplyDelete
  14. hi. saya pon dapat machang. same course. good luck

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum kak, saya nak tanya. selain uitm ada tak mana2 ipta/ipts yang tawarkan sarjana muda pengurusan pejabat? sebab uitm hanya untuk bumiputera kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam.. sy tak ambik pun course ni. even diploma pun sy tak ambil course ni. dan sy pun bukan student uitm dear. hihii. swasta rasanya ada jugak yg tawarkan course ni. cuba tanya pihak kolej/universiti tu utk maklumat lanjut..

      Delete
  16. so awak decide study di mana sis?

    ReplyDelete
  17. arrgg...nk tya no pin utk penerapn intake mac ni rm17 ke rm 10.5??sis amik intake mac kn..sy pn nk amik yg intake mac tpi tkot tersalah bli no pin sbb kt web dia tlis ined...spatutnye online.uitm kn...permohonan dia pn problem skrg ni sbb spatutnye da bka 2 okt aritu...

    ReplyDelete
  18. arrgg...nk tya no pin utk penerapn intake mac ni rm17 ke rm 10.5??sis amik intake mac kn..sy pn nk amik yg intake mac tpi tkot tersalah bli no pin sbb kt web dia tlis ined...spatutnye online.uitm kn...permohonan dia pn problem skrg ni sbb spatutnye da bka 2 okt aritu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry sy tak tahu. tak ingat dah berapa harga nombor pin sy beli dulu..

      Delete
  19. Klau dari stpm pointer 2.5 boleh dpt ni kag

    ReplyDelete
  20. Nasihat saya Carilah bidang lain. Sebab graduan dari bidang ini ramai yang tidak berjaya menempatkan diri dalam industri swasta mahupun kerajaan. Sayangi masa depan anda. Buat research dekat pasaran kerja sebelum mohon sambung belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak minta pendapat berkenaan ijazah sumber manusia. Is it better than ijazah pengurusan pejabat?

      Delete

Penghantaran sebarang komen, permintaan, cadangan ATAU komunikasi lain yg lucah, sumbang, palsu, mengancam ATAU negatif dengan niat untuk menyakiti hati, menganiayai, mengugut ATAU mengganggu orang lain dengan ATAU tanpa mendedahkan identitinya adalah suatu kesalahan boleh didenda tidak melebihi 58 ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua-duanya sekali.